Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Isnin, 16 Februari 2015

Review Novel : Jangan Baca Novel Ni

Yosh~!



      Sejujurnya aku nak bagi tahu kalau korang nak cari dan beli novel ni, korang kena lengkapkan semua siri novel ni. Kalau tak korang memang tak akan faham jalan cerita dia. Buku ni ada tiga siri dan turutannya macam nombor dalam gambar dekat atas.

   Kisah setiap watak yang berbeza karekter. Sejarah masa lampau yang cuba diselindungi. Juga berkait dengan persahabatan di antara dua alam. Seutuh mana persahabatan mereka? Apa pengakhirannya? Apa rahsia 'itu'?

Penulis : Ismi Fa Ismail
Penerbit : |F| Enterprise
Harga : 1-RM 20.90 // 2-RM 23.90 // 3-RM 25.90 (semenanjung)

Sinopsis :

Dalam perjalanan, Munir telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang kanak-kanak yang bernama Adib, Dia tertarik dengan novel milik Adib yang ditulis oleh ibu Adib sendiri. Cerpen-cerpen pendek di dalam novel yang tidak logik mula menguasai diri Munir. Rupa-rupanya buku itu ditulis dengan sejenis dakwat dadah. Walaupun Munir menjadi gila, Suraya kekasihnya masih setia bersamanya. Pertemuan Munir di hospital gila dengan penulis Ismi Fa Ismail telah berjaya mengkomersialkan novel itu. Setelah pulih, Munir berkahwin dengan Suraya dan Adib dipelihara oleh mereka. Beberapa tahun kemudian, Munir dihantui dengan kes Pembunuh Batik Biru yang meninggalkan klu sambungan kisah cerpen yang ditulis ibu Adib. Zack si pembunuh kejam melakukan pembunuhan demi kekasihnya,Anom iaitu ibu Adib yang dibunuh kejam. Doktor Dayang cuba mencungkil rahsia antara Zack dan Adib. Rahsia lampau Anom dan Zack menjadi kunci pembuka sebuah rahsia. Pohon yang berasal dari alam lain telah menjadi pelindung sejati Anom. Pada pengakhirannya kisah, bermulanya sebuah kisah baru...

Bintang : 5/5

Komen :

Cerita dia tak serampun. Kecuali bila aku bayangkan rupa Pohon. Cuma novel ni mampu membuat kepala aku jadi pening. Jalan cerita best jugak. Ada unsur-unsur saspen. Apa yang aku suka pasal novel ni sebab adanya kisah persahabatan manusia dengan 'sesuatu'. Yup, aku percaya ada orang yang boleh berkawan dengan 'sesuatu'. Mak bapak akupun baca novel ni. Ibu aku sampai habis tiga-tiga novel ni dia baca. Lagi satu benda yang aku suka novel ni ialah penulis Kak Ismi ni pandai buat siri novel yang menyuruh pembaca berfikir. Berfikirkan kaitan antara peristiwa yang berlaku. Good job akak penulis ^^ .

Sayonara, 


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

2 ulasan:

  1. saya suka novel jenis macam ni.. nanti nak carilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak beli kena sekali tiga-tiga. kalau tak pening woo...

      Padam