Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Ahad, 22 Februari 2015

LIEBSTER AWARD by Nurul Syafiqah




Okay hari tu aku tag dia. Kali ni dia pulak tag aku. So, mari kita mulakan sesi soal jawab! Hahahaha.


#sowatderules

\\ Answer the questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
\\ Notify your nominate //


#dearjawapan

1. Benda yang kau orang menyesal?

Pergi ke sekolah pada 'detik' sebelum patah kaki kat sekolah.


2. Kau orang suka tak lagu jiwang? Listkan dalam lima lagu.

+ pencuri - mark adam
- dealova - once
+ uptown girl - west life
- love story - taylor swift
+ ribaibaru - mayumi itsuwa


3. Describe pasal kawan-kawan kau orang.

+ suka gossip 
- syok sendiri
+ tut tut dan tut....


4. Benda pelik yang pernah terjadi kat korang.

Pernah nampak nenek kebayan dekat luar kelas sambil melambai ke arah daku...


#dearsoalan

1. Hitam atau putih. Sebab?

2. Benda yang korang suka tengok? 5 sebab.

3. Bila dalam gelap, apa benda yang korang bayangkan?

4. Suka radio atau tv? Sebab?


#deartag


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

LIEBSTER AWARD by Nrd Sktr



Alahai... Lepas ni budak Nrd ni nak sekolah balik dah. So, tak boleh kacau dia dah. Huhuhu. Syok jugak kacau dia. Apa-apapun, jom jawab soalan!

#sowatderules

\\ Answer The Questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
 \\ Notify your nominate //


#dearjawapan

 Berikan 10 lagu fav .

+ dan sebenarnya - yuna
- merpati putih - oag
+ pencuri - mark adam
- dealova - once
+ uptown girl - west life
- que sera sera - doris day
+ big big world - emilia
- love story - taylor swift
+ ribaibaru - mayumi itsuwa
- kiroro - mirae


 Cerita serba sedikit tentang anda pada zaman kanak kanak ribena .

Hahaha. Waktu kecik-kecik dulu banyak kawan lelaki. Kalau tak salah, dulu suka ajak jiran (iqbal n ikram kut?) nyanyi lagu uptown girl. Lepas tu pindah, ada jugak jiran lelaki. Adam, fahmi dan basyirah (adik perempuan diorang). Adam dengan fahmi suka acah-acah orang. Grr geram!

 Anda pakai spek mata atau tidak ?

Simple answer. Tidak :)


#dearsoalan

1. Tahu menjahit? Tulis nama-nama jahitan yang masih diingati.

2. Hitam atau putih? Nyatakan 5 sebab.

3. Sokong telefon pintar atau tidak. Tulis 5 sebab.

4. 5 binatang yang korang takut.



#deartag

1. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/
2. http://kakaktiricinderella95.blogspot.com/
3. http://hanadababygurlzstory.blogspot.com/
4. http://hidayah97-bittersweet.blogspot.com/
5. http://missobsesi.blogspot.com/


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 19 Februari 2015

Patung : Permulaan Sebuah Cerita...


Sambungan...
                Anak mata hitam itu tajam merenung ke satu arah. Hanya sesekali matanya berkedip hanya apabila terasa matanya pedih. Patung.

                “Aku benci kau!” Teriaknya dengan sekuat-kuat hatinya. Suaranya bergema kuat di dalam bilik itu. Hanya sedikit melodi teriakan itu menerobos ke luar.

                Sebilah pisau digenggamannya ditikam berkali-kali pada tilam. Habis span di dalam tilam terkeluar. Kemudian, tilam itu juga ditoreh-toreh sehingga hatinya puas.

                 Matanya yang merah semakin berair. Beberapa detik kemudian, air matanya terus mengalir selaju aliran air di sungai. Dari bunyi esakan yang perlahan bertukar menjadi raungan.

                 Hampir sebulan dia meratap. Menyendiri di dalam bilik yang gelap bercahayakan lilin. Keadaan dirinya sangat jauh berbeza berbanding sebelum berlakunya kejadian yang menyeksakan dirinya. Yang menjadi jawapan apa yang menjadikan dirinya kini.

                Dia tidak pernah menyangka bahawa tunangnya telah mencurangi dirinya. Malahan tunangnya juga meninggalkan dia demi jejaka lain. Dia langsung tidak boleh menerima kenyataan itu.

                “Ariana. Kenapa kau buat aku macam ni?” Jelas getaran kesedihan dalam suaranya. Sayang hati Ariana tewas untuk terus setia setelah mengharungi detik-detik pahit dan manis bersama. Bukan mudah untuk dia memenangi hati keluarga Ariana. Sudah terlampau banyak dugaan yang terpaksa dia tempuhi.

                Patung pemberiannya buat Ariana telah dipulangkan kembali kepadanya setelah kisah kecurangan wanita yang dicintainya itu terbongkar. Perlahan-lahan dia bangun dan mengambil patung perempuan itu. Kepala patung itu dikerat menggunakan gunting dengan berhati-hati.

                Sebaik sahaja kepala patung berpisah dari tubuhnya, pantas pergelangan tangannya dihiris dengan sebilah pisau tanpa ragu. Darah merah pekat yang mengalir dititiskan ke dalam badan patung itu. Kemudian dia mencantumkan kembali kepala dan badan patung itu dengan sisa tenaga yang ada walaupun jahitannya itu sudah tidak kemas.

                Walaupun tubuhnya sudah tidak mampu menanggung kesakitan, dia masih tersenyum. Tergambar riak kepuasan di wajahnya. Seolah-olah suatu perasaan yang selama ini telah menghempap, menghimpit dan menikam-nikam dadanya selama ini telah pergi. Pergi jauh dari dirinya dan tak akan kembali lagi.

                “Aku bersumpah... aku akan membalas dendam kepada sesiapa yang curang.” Ujarnya sambil tangan kanannya memegang pergelangan tangan kirinya yang telah dikelar.

                Tidak lama selepas itu, tubuh kurus itu terbaring di atas lantai. Tiada lagi tenaga di dalam dirinya. Semuanya mengalir bersama darahnya.

                “Aku bersumpah...” Ayat terakhir yang berjaya diungkapkannya sebelum nyawanya pergi meninggalkan jasad.

                Pada waktu yang sama, seorang wanita sedang mengetuk-ngetuk pintu rumah lelaki itu dengan gopoh. Wajahnya seperti orang yang sedang risau.

                Tetapi dia tidak tahu. Tiada apa lagi yang harus dirisaukan. Roh lelaki itu telah pergi. Dan sudah tidak akan dapat diseru kembali. Betapa lelaki itu terlampau lemah menghadapi dugaan.

                Kemudian barulah wanita itu teringatkan sesuatu. Dia mengangkat pasu di tepi pintu itu. Ada kunci. Tanpa meminta kebenaran, segera dia masuk ke dalam rumah itu. Langkahnya segera menuju ke pintu biliknya yang tidak berkunci lalu ditolak perlahan.

                Terkakulah wanita itu di pintu. Lututnya terasa begitu lemah. Dia terus terjelepok jatuh melutut. Tangannya masih memegang bingkai pintu. Bibirnya terketar-ketar mahu mengungkapkan sesuatu.

                “Ar... Arman?” Mata Arman seolah-olah masih merenungnya. Renungan kebencian.

                “Maafkan Ariana.”Air mata Ariana mengalir deras. Dia tahu dia sudah terlambat. Ariana memukul pehanya sendiri berkali-kali. Dia terasa seperti dirinya dihukum. Kini Ariana tidak tahu sama ada dia perlu menangis dia atas kematian lelaki yang benar-benar mencintai dirinya ataupun takut dengan pandangan mata Arman.

                Kemudian, Ariana melangkah perlahan-lahan ke arah jasad tidak bernyawa itu. Lalu duduk di sisi tubuh Arman. Tangan Arman yang sudah tidak berdetak nadinya digenggam kuat. Lalu jari-jemari itu diletakkan ke pipinya. Tangan kaku itu seolah-olah mengelus pipinya seperti selalu.

                Entah bagaimana mata Ariana terpandang patung di sisi tubuh kaku Arman. Dia masih ingat bahawa patung itu merupakan hadiah hari lahirnya daripada Arman. Patung perempuan di sisi mayat itu diambil dan dipeluk erat. Dikucupnya sepuas hati walaupun patung itu sudah dicemari dengan darah.

                “Arman... Maafkan Ariana. Ariana tau Arman cintakan Ariana. Maafkan Ariana sebab Ariana tinggalkan Arman. Tapi Ariana baru sedar yang Arman dah banyak berkorban untuk Ariana.” Kata-kata nya terhenti seketika untuk mengambil nafas.

                “Arman dah buktikan betapa Arman sangat cintakan Ariana. Sangat sangat... Kenapa Arman buat macam ni? Kalau tak kita boleh mulakan balik perhubungan kita. Maafkan Ariana sebab Ariana dah menyeksa Arman sampai macam ni.” Mata Ariana melihat tubuh Arman yang sudah kurus kering. Hatinya asyik berdenyut kesal.

                “Tapi bila Arman buat macam ni.... Arman lagi menyeksa Ariana sampai mati!” Kata Ariana seperti marah. Entah marahkan kesalahan dirinya atau marahkan Arman yang mengambil keputusan terburu-buru sebegitu.

                Ariana tidak mengetahui ada ‘sesuatu’ di dalam bilik itu yang memerhati setiap perbuatannya. Sesuatu yang Ariana tidak boleh melihat tapi boleh merasa. Tiba-tiba sahaja dia berasa tengkuknya seperti dihembus angin hangat. Nafas.

                Pantas kepala Ariana menoleh ke belakang. Tiada apa. Sesungguhnya dia tidak mengetahui sumpahan yang menanti dirinya.

                “Arman?” Dia mula meneka. Kemudia terasa sekali lagi hembusan hangat di tengkuknya. Bibir Ariana mula mengukir senyum.
..........
                “Hahaha... Arman ingat lagi tak.” Tiba-tiba sahaja Ariana terhenti katanya apabila pintu biliknya diketuk kuat. Mulutnya mencebik geram. Kenapa mesti ada sahaja gangguan?

                “Ariana cakap dengan siapa?” Salmah bertanya kepada anaknya. Ariana cuma mengelengkan kepalanya. Dahi Salmah berkerut-kerut.

                ‘Mustahil. Tadi aku dengar suara Ariana bergelak sakan.’

                “Mak. Mana ada siapa kat sini. Ariana nak sambung tidur balik ni. Makpun pergilah tidur.” Salmah mengangguk dan perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam biliknya sambil memikirkan apa yang sedang berlaku. Suaminya yang sedang tidur di atas katil digerakkan sehinggalah Haji Muin bangun dari tidur. Dia memandang wajah isterinya sebelum duduk.

                “Apa ni gerak abang malam-malam buta ni. Ada apa?” Soal Haji Muin kepada isterinya. Salmah mengambil tempat di sisi suaminya.

                “Abang. Tadi Salmah dengar lagi Ariana macam cakap dengan seseorang.” Haji Muin mengeleng kepalanya beberapa kali. Mukanya diraup perlahan.

                “Dah berapa malam abang tunggu depan bilik anak kita. Senyap aje. Tak adapun abang dengar suara dia cakap dengan siapa-siapa.” Salmah masih tidak berpuas hati. Kedengaran Haji Muin menghembus nafas. Terlampau banyak benda yang berlaku belakangan ini. Kecurangan anaknya. Kematian Arman membunuh diri.

                “Habis tu suara siapa yang awak dengar?” Salmah mengetap bibir. Payah untuk dia menjawab soalan itu. Namun dijawab juga dengan perlahan.

                “Arman.” Nama seorang lelaki yang sengaja dia meletakkan banyak syarat untuk diterima sebagai menantu. Haji Muin terus tersentak.
...........
                “Ariana sayang...” Suara garau itu menyedarkan Ariana dari lamunan semasa menyikat rambut. Pantas dia menoleh ke belakang. Jelas tubuh Arman di hadapannya kini. Segera dia mencapai tangan Arman dan dipimpinnya ke katil. Kepala Ariana dilentokkan ke bahu kekasih hatinya.

                “Ya Arman. Mana Arman pergi? Lama tak jenguk Ariana. Arman dah tak sayangkan Ariana?” Soal Ariana perlahan. Air mata rindunya sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi. Arman memeluk bahu Ariana. Tangannya yang sebelah lagi pula mengusap wajah Ariana. Seperti biasa.

                “Arman sentiasa cintakan Ariana. Sentiasa cintakan Ariana. Sampai Ariana curangkan Arman, Arman masih mencintai Ariana. Walau sampai Arman mati...” Pantas jari telunjuk Ariana hinggap pada bibir Arman. Disentuh pada bibir merah Arman.

                “Ariana nak dengar yang Arman cinta Ariana. Bukan tentang curang. Bukan tentang... mati.”Ayat terakhir, Ariana sengaja melambat-lambatkan. Kemudian dia memandang tepat ke wajah muram Arman.

                “Maafkan Ariana sebab sakitkan Arman. Berikan Ariana merasakan kesakitan yang Arman pernah rasa.” Barulah Arman tersenyum girang. Inilah senyuman pertama yang Ariana terima semenjak Arman wujud kembali dalam hidupnya. Ariana terus memeluk tubuh itu dengan seerat mungkin.

                Tapi tak lama. Arman membuka pelukan gadis itu. Dia melutut di hadapan Ariana. Ariana tertanya-tanya.

                “Betul Ariana nak rasa betapa sakitnya hati Arman? Buktikan. Jangan cuma cakap sahaja. Buktikan yang sekarang Ariana cintakan Arman semula.” Dengan penuh pengharapan Arman berkata. Ariana terus mengangguk.

                “Jadi Ariana sekarang kena ikut cakap Arman.” Sekali lagi Ariana mengangguk. Baginya ini satu-satunya cara untuk dia menghapuskan rasa bersalahnya terhadap Arman.

                Arman mengerling matanya ke sesuatu di atas meja Ariana. Pin yang besar dan tajam itu diambil sebelum dia duduk di sisi Ariana semula.

                “Ariana nak tahu. Masa mula-mula Ariana tinggalkan Arman, sakit dia rasa macam ni.” Jari telunjuknya ditekan ke dalam pin sehingga keluar sedikit darah. Mata Ariana membasah sekali lagi.

                “Tapi... Lama-lama luka kecil itu semakin meluas. Meluas sehingga ke seluruh diri Arman.” Kali ini pin itu ditoreh berkali-kali di tapak tangannya. Mulut Ariana melopong. Dia tidak sangka Arman melakukan perbuatan sebegitu.

                Mata Arman merenung mata Ariana sedalam-dalam mungkin. Ingin diteroka apa di dalam hati Ariana melalui sepasang mata itu. Tiba-tiba sahaja Ariana mengambil pin itu dari tangan Arman. Dia ingin melakukan sebagaimana Arman telah buat. Namun tangan Arman tiba-tiba mengenggam tangan Ariana.

                “Buat di tempat yang mereka tak boleh nampak. Ariana tak nak mereka jadi penghalang lagikan? Lebih-lebih lagi mak Ariana.” Arman berkata sambil tersenyum. Ariana mengangguk faham. Dilipat lengan bajunya. Matanya dipejam rapat. Dibenamkan pin itu ke dalam lengannya. Ukiran-ukiran tidak berseni mula terukir. Bibirnya diketap apabila dia terbayangkan penyeksaan yang telah Arman lalui.
...........
                “Sekarang tiba masanya untuk pengakhiran.” Bisik Arman di tepi telinga Ariana. Kali ini Ariana tersenyum lesu. Bibirnya yang dahulu sentiasa lembab dengan lipbalm kini sudah kering dan mengelupas. Mukanya pula tiada berseri lagi.
                “Pengakhiran?”

                “Ya. Pengakhiran. Pengakhiran yang gembira.” Dahi Ariana masih berkerut tidak faham dengan kata-kata Arman. Arman memegang wajah Ariana dengan lembut.

                “Apa yang lebih indah selepas melalui pelbagai penyeksaan. Selain... kematian?” Kata-kata itu ditutur dengan lembut. Ariana mula ceria. Kini baru dia mengerti kenapa Arman mengambil keputusan yang dikatakan tindakan yang pernah dianggap paling bodoh.

                “Ariana nak ikut Arman? Kita sama-sama selamanya.”

                “Ariana memang tunggu Arman cakap macam tu. Ariana nak sentiasa bersama Arman.”

                Senyuman Arman semakin melebar. Tangannya mengelus rambut panjang Ariana.

                “Mula-mula Ariana kena pergi ke dapur. Jangan bagi siapa-siapa sedar tau. Ambil...” Arah Arman. Ariana tersenyum kecil sebelum pantas bangun dari pembaringan. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Kakinya dijengket menuju ke arah dapur seperti yang diarahkan oleh Arman. Tangannya baru mencapai sesuatu...

                “Ariana buat apa tu?” Terus Ariana terasa seperti jantungnya mahu melompat keluar. Dia terus menoleh memandang Haji Muin. Haji Muin memandang tangan Ariana yang memegang sebiji epal dan sebilah pisau.

                “Lapar...” Ujar Ariana sambil tersengih. Haji Muin juga tersenyum. Lega apabila Ariana sudah mahu makan setelah tiga hari dia berkurung di dalam bilik. Haji Muin cuma mengangguk apabila Ariana meminta izin hendak makan buah epal di dalam bilik.

                “Dah.” Arman memegang bahu Ariana.

                “Okay. Mula-mula Ariana kena pejamkan mata.” Kemudian Arman berdiri di belakang Ariana. Disuruhnya Ariana membuka mulut. Disumbatnya buah epal ke dalam mulut gadis itu. Jari-jemarinya mengenggam tangan Ariana. Dirapatkan tangan Ariana ke leher Ariana sendiri.

                Dahi Ariana mula berpeluh. Dia baru sedar bahawa dia masih punya banyak dosa. Masih banyak benda yang dia belum buat. Malangnya kini tubuhnya sudah beku. Tidak mampu bergerak langsung. Lama-kelamaan pisau itu benar-benar di kerongkongnya. Ariana cuma mampu menelan air liurnya.

                “Kau tahu Ariana apa punca aku bunuh diri...” Bisik Arman di telinga Ariana.

                “ Kau. Kau puncanya.” Ujarnya sambil mengetap giginya. Selepas itu digelengkan kepalanya.

                “Bukan kau. Tapi anak kau. Kau jangan ingat aku tak tahu kau mengandungkan anak lelaki tak guna tu!” Jerit Arman. Ariana cuma mampu mengerutkan dahinya.

                “Aku tau. Mak kau tak akan terima cucu haram dia. Sebab tu kau nak suruh aku jadi pak sanggup. Kau jangan ingat aku tak tahu Ariana sayang...” Nada suara Arman semakin menurun. Perlahan-lahan pisau itu ditekan ke kerongkong itu. Sehingga mengalir darah merah membasahi baju Ariana.

                Pap.

                Tubuh itu terus jatuh ke lantai. Di dalam gelap. Gelapnya bilik. Gelapnya malam. Dan gelapnya dendam.
..........
                “Perempuan bodoh. Dia ingat aku hadap sangat dengan dia? Dah matipun aku tak nak dengan kaulah!” Jerit Arman. Matanya meliar mencari mangsa baru. Masih tiada yang boleh menepati cita rasanya. Tangannya masih memegang patung sumpahannya. Entah siapa yang ‘bertuah’ akan menerima hadiah patung itu.

                Arman berjalan di tengah-tengah ramainya manusia. Tiada siapa yang menyedari kehadirannya. Tiada siapa yang sedar kewujudannya. Tiada siapa yang merasa apabila berselisih dengannya.

                “Ya sayang. Maira busylah. Bos bagi kerja banyak. Tak dapatlah nak keluar sama-sama. Hrmm... okay. Janji. Bye!” Bibir gadis itu terus mengetap bibir sambil dahinya berkerut setelah panggilan itu ditamatkan. Pada mulanya Arman cuma melangut di hadapan gadis itu.

                Memerhati tubuh gadis seksi itu. Dari atas sehingga bawah. Tiada apa yang terlepas dari pandangannya. Dia juga memerhati gadis itu mula mendail sebuah nombor.

                “Hello Jack. What? Dinner? I boleh je. Tapi wife you tak marah ke? Oh... Outstation? Patutlah hihihi. Nakal you ni tau. Eh?” Gadis itu mengetap bibir sekali lagi. Tapi kali ini mengetap bibir menahan jeritan keseronokkan. Wajahnya terpancar kegembiraan. Arman yang duduk mencangkung di hadapan gadis itu masih memerhatinya. Menunggu.

                “Nak bermalam kat rumah I? Erm. Okay. Sunyi? Tak apalah kan malam nanti kita jumpa. Time biasakan? Mestilah nanti I pakai baju cantik-cantik. Hihihi. Love you too Jack. Muah.” Gadis itu memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg tangannya. Bibirnya terukir senyuman. Dalam masa yang sama Arman juga tersenyum.

                “Interesting... My dear next target.”

Sebenarnya ini permulaan yang menerangkan siapa Arman. Hehehe. Jadi dah baca jangan lupa komen tau! ^^

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

LIEBSTER AWARD by Asyu




Yosh Kak Asyu. Okay lihat di bawah...

#sowatderules

\\ Answer The Questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
 \\ Notify your nominate //


#dearjawapan

1. Karya Air Mata Terbaik yang pernah baca? bagi 3.

+ Siri Novel Romeo vs Juliet [Nass Alina Noah]
- Mawar [NAN]
+ cerita pasal kucing yang mati- tak ingat tajuk


2. Memori memalukan *yang korang rasa malula... orang lain tak hebohpun*

Ada budak lelaki cakap yang lagi sorang suka daku depan cikgu dan satu kelas. Cis.


3. Pengalaman pelik

Kena paksa jadi Cinderella! Ewwwwwwwwwwww.... Tak faham betul.


4. Tempat holiday paling best pernah pergi dan apa yang menarik kat situ?

Kat rumah. Ada air. Ada makanan. Ada jamban. Ada kerusi. Ada netbook. Ada ... Hahaha entahlah pernah pergi bercuti ke zoo je.


5. Pernah baca buku FIXI tak? Kalau pernah suka ke tak? Kenapa?

Tak.


#dearsoalan

1. Ciri-ciri lelaki tak idaman. bagi 10.

2. Suka aiskrim? Perasa apa?

3. Benda paling berharga? sebab?

4. Ada cawan yang dah cop? Orang lain tak boleh pakai? warna apa?


#deartag

1. http://themachoskater.blogspot.com/
2. http://supersagaaaa.blogspot.com/
3. http://auroralangitbiru.blogspot.com/
4. http://mynameiskatikk.blogspot.com/


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

LIEBSTER AWARD by Nrd Sktr



Hehehe. Nakal betul Nrd Sktr ni. Orang tag dia, dia tag balik. Okay tak pe. Jawab jangan tak jawab. Dahsyat jugak soalan dia kali ni. Sungguh menyentuh sensitiviti. Isk isk isk.

#sowatderules

\\ Answer The Questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
 \\ Notify your nominate //

#dearjawapan

 Kalau anda suka sesorang , apa yang akan anda buat untuk cover dari dia perasan perasaan anda itu ?

Hahaha. Ini biasalahkan? So what will I do? Okay disebabkan kita geng guna perkataan aku jelah. Sportingkan? 
Selalunya mata kita dengan mata orang yang kita suka macam magnet. Selalu sangat tertembung. Hahaha. So aku akan pandang ke tempat lain buat macam tak ada apa-apa. Walaupun dalam hati dah....

 Anda seorang yang funny or caring ? or both ? Jelaskan sekali macam mana tuh .

I will choose caring. Because I am a cat lover. Meow meow. Sayangkan kucing caring jugak tau! Hahaha,

 Anda ada kawan baik yang pindah , awak dan dia jarang contact , kalau rindu anda buat apa ?

Yup. Inilah soalan yang menyentuh sensitiviti. Kadang-kadang akan bergulung dalam selimut dan nanges sorang-sorang. Atau tulis dalam diari walaupun tak tulis nama. Sebab takut bapak skod. Ataupun doakan diri dia.

 Anda kalau keluar suka pakai outfit yang macam mana ?

Pakai seluar jeans. Baju t-shirt lengan panjang. Tudung bawal hitam dengan pin kiri kanan. Dan sarung selipar.

 Nyatakan kekurangan dan kelebihan pada blog Nerd Skater .

Kekurangan terlampau cute sangat blognya sampai daku menjadi jeles. Kelebihannya header yang ada gambar kucing dengan girl tu. Geram sangat!

 Pada tanggapan anda melalui blog Nerd Skater dan cara penulisan dia , anda tengok dia macam mana ? 

Okay. Aku ni tak reti sangat nak nilai. So for me. Seorang yang gila-gila, maybe. Too girly kut? Budak baik.

 Apa impian anda ?

Soalan paling susah. Impian? Nak jadi kaya. Pergi langit biru. Kalau dahsyat gila nanti nak bagi derma kat sekolah tempat belajar. Nostalgik sungguh. Impiankah itu?

 Bila anda rindu Allah swt dan Rasulullah saw , apa yang anda buat ?

Doa. berzikir ^^

 Sediakan ucapan yang paling bermakna untuk kedua ibubapa anda dan keluarga anda .

Ehem. I love you.


#dearsoalan

1. Apakah ciri-ciri Malaysia masa depan yang diidamkan?

2. Dalam banyak-banyak negara, negara mana nak pergi. Beri 5 sebab. 

3. Pelakon lelaki yang paling menyampah? Nyatakan sebab.

4. Suka tengok P. Ramlee? Namakan cerita paling seronok pernah tengok.

5. Pandai masak atau tidak? Nyatakan sebab.

6. Barang make up yang ada. Nyatakan 3.

7. Suka melaram atau tidak? Nyatakan 5 sebab.


#deartag

1. http://themachoskater.blogspot.com/
2. http://patrickcute97.blogspot.com/
3. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/
4. http://mynameiskatikk.blogspot.com/
5.http://supersagaaaa.blogspot.com/
6. http://luvmia97.blogspot.com/
7. http://ckecilberbicara.blogspot.com/


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Arigatou Kak Asyu

Yosh~!

#entrikhas-kakasyu

   Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih sangat dengan Kak Asyu. Mesti Kak Asyu tengah bacakan? Well sebenarnya Siti dah dapat hadiah manga tu dari hari selasa. Tapi lambat pulak uploadnya. Sorry.

Kiut sangat. Dahlah warna merah! :p





   Hari mula-mula dapat, Siti dah baca dua kali. Best sangat cerita tu. Memang kelakar giler. Colur dia dahlah merah menyala. Warna favourite I tu. Hehehe.

   Dekat muka surat 5 ada tulis ayat macam ni...


Kalau aku boleh jumpa balik diri sendiri
masa sekolah menengah rendah dulu...

...memang aku rasa nak bagi penumbuk sebiji.

Aku dah cukup relaks...

... bila anggap kitorang ni kawan
bergaduh je...


   Terus teringat kat somebody. Jahat tau Kak Asyu. Hehehe. Jangan marah. Cuma terasa macam nostalgia sikit bila baca komik ni. Rasa macam deep. Isk syahdulah pulak.

   Apa-apapun, I love that manga. Bye Kak Asyu. Muah :*

By the way, Kak Asyu ingat lagi ke janji tu?

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 18 Februari 2015

LIEBSTER AWARD by Manusia



   Rupa-rupanya sekali lagi daa aku kena jadi mangsa tag. Baru ingat nak hooray sebab baru buat soalan Liebstar Award. By the way, terima kasih wahai manusia kerana sudi mengetag aku daa... Hahaha.

#sowatderules

|| Answer The Questions .||
|| Nominate others bloggers .||
|| Create your questions .||
 ||Notify your nominate .||

#jawapan
1. describe awak orang jenis macam mana.

Pendiam. Tak suka berkawan dengan orang yang menyakitkan hati. Tak reti nak tunjuk ekspressi muka depan 'alien'. Selalu tak confident. Selalu buat benda yang memalukan diri sendiri.

2. awak minat harry potter movie sekuel tak? klau minat, character mana yang awak suka?

Tengok. Tapi tak berapa ambil berat nama pelakon. So, diorang tiga sekawankan? Suka watak perempuan tu.

3. makanan apa yang awak dislike?

Nugget, sosej, ikan keli dan terlampau banyak.

4. awak suka ular atau hamster, ataupun goldfish, ataupun anak harimau bintang, ataupun.. -

Kucing! Meow-meow~

5. cuba bagi list lagu(sikit je, tk byk) yg awak gilagilagila suka.

+ uptown girl - westlife
- pencuri - mark adam

6. awak introvert, ambrivert atau extrovert ?

Introvert dengan 'alien' dan extrovert dengan siapa-siapa yang rapat. So... =3=

#soalansarkas

1. Movie yang paling best pernah tengok.

2. Drama melayu paling best pernah tengok.

3. Nombor kegemaran ?

4. Hobi masa lapang? Beri 4.

5. Warna kegemaran?

6. Tips bila nervous habis di hadapan orang // ramai orang.

#mangsatag

2. Macho
3. Namy

Dah jawab tinggal link ye. Terima kasih ^^a


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

LIEBSTER AWARD by Nrd Sktr

Wah, tenkiu Macho. Sebenarnya memang ternanti-nanti Liebster Award ni. Terharu habis ni. Rasa macam nak sengih sampai pipi je. Hahaha.

#sowatderules

                    + Answer the questions

- Nominate others bloggers                   
    
                + Create your questions

- Notify your nominate                         


#jawapan

Berikan 5 senarai blog yang anda minati.

>> Dayang Deno
>> Kartunster
>> Anne, Oi & Ying
>> Princess Teddy Punya Blog
>> Amore Volta

Kalau diberikan cuti yang panjang dan duit banyak sampai tujuh keturunan tak habis, anda nak pergi kemana? Bagi 5 juga.

>> Pergi menjejak kasih pakwe lama
>> Nak pergi pantai
>> Nak pergi ke satu tempat yang penuh bintang
>> Nak pergi Melaka
>> Nak borong buku kat semua kedai buku

Jap... Aku merepek ke? Hahaha sorry kalau ya.

Isi biodata di bawah

+ Nama penuh
Nama penuh pertama - Siti xD (secrettodeh)

- Nama manja
Tee / Anje / Sayang / Kotap / Yang (aku prefer first sekali)

+Tarikh lahir
10 April 97

- Cita-cita
Orang kaya lagi terkenal / penulis

+ Idola 
Nass Alina Noah

- Quotes
Sebelum kau terbang di langit biru, kau kena belajar untuk mengepak sayap dahulu kalau kau nak terbang di langit.

#tagkejam

^^ Jenab
^^ Kak Liena
^^ Kak Asyu
^^ Dak macho

#soalansarkas

1. Apa ciri-ciri suami idaman? Berikan 10 ciri gila-gila.

2. Bila kali pertama anda dilamun cinta kepada seorang jejaka. Dan tulis kisah serba sedikit tak kurang tiga ayat.

3. Tinggi berapa?

4. Nyatakan angan-angan yang tak akan pernah berlaku. Nyatakan 5.

5. Nyatakan nama novel yang pernah buat korang menangis gila-gila.

Sila jawab dengan jujur dan tinggalkan link di bawah. Muah~

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 16 Februari 2015

Patung



                “Gila!” Marah Maira. Tubuh tegap dihadapannya ditolak keras. Namun tubuh itu lansung tidak berganjak walaupun seinci. Dia seperti dinding. Malah dia masih mengikuti gadis itu. Maira berpaling ke belakang.

                Apabila Maira menghentikan langkahnya, begitu juga dengan lelaki misteri itu. Entah kenapa kebelakangan ini dia sering diekori dengan lelaki itu. Entah dari mana. Entah siapa. Entah apa tujuannya.

                “Kenapa kau ikut aku hah!” Soalan entah yang ke berapa kali sudah Maira ucapkan. Bisu. Lelaki itu tidak pernah menyatakan sebabnya. Lelaki itu cuma akan tersenyum. Senyuman yang boleh membuatkan bulu roma Maira menegak.

                “Ak... Aku suka kau. Cantik sangat.”Suara garau itu bergema.

                “Lebih-lebih lagi bila kau sedang takut.” Lelaki itu ketawa dengan kuat. Seperti ayatnya itu satu lawak yang boleh buat orang ketawa. Mungkin ya bagi dia... Tapi bukan bagi Maira.

                Maira tersentak mendengar ayat-ayat yang didengarnya. Bibirnya yang diselaputi lipstick merah ceri terus terketar-ketar. Bingung tidak tahu apa yang harus dilakukan. Walaupun langsung tiada angin yang berhembus, tubuh langsing Maira terasa bagaikan ais sejuknya.

                Arman mula mara mendekati Maira. Berderap bunyi ranting patah dipijak kedengaran beriringan dengan setiap langkah Arman. Tangan kanannya yang sejak tadi disorokkan di dalam saku seluarnya dikeluarkan dan cuba memegang wajah Maira.

                Bulat mata Maira melihat tangan Arman yang semakin menghampiri mukanya. Dia terus mengundur ke belakang walaupun kakinya sudah beberapa kali tersadung pada dahan-dahan yang bertaburan di atas tanah. Mujur sahaja dia dapat mengimbangi tubuhnya agar tidak terjatuh.

                Tiba-tiba sahaja Arman berdiri tegak. Tangannya disilangkan memeluk tubuh. Maira merasakan ini kesempatannya untuk melarikan diri. Pantas dia berlari laju meninggalkan lelaki itu. Arman tersenyum sinis.

                “Berlarilah kau selagi boleh. Sebab aku akan kejar kau sampai pengakhirannya.” Tiba-tiba sahaja angin menderu berhembus. Sangat kuat sehingga daun-daun kering yang berdegil di atas pokok melonglai melayang-layang kerana angin itu. Arman mendongak memandang langit malam sebelum menyambung kembali langkahnya.

                Apabila Maira tiba di flat tempat tinggalnya, dia berhenti seketika. Memandang ke belakang. Memastikan Arman sudah tidak mengekorinya.

                ‘Dia dah tak ikut kut.’ Bisik hatinya apabila dia merenung ke arah jalan yang disimbahi dengan cahaya lampu jalan. Namun serentak dengan itu dia melihat tubuh Arman tiba-tiba sahaja muncul. Walaupun kabur, dari gaya langkahnya Maira begitu pasti bahawa itu adalah Arman.

                Pantas kaki Maira membuka langkah. Dia harus masuk ke dalam rumahnya sekarang. Budak-budak nakal yang melepak di tembok bersiul ke arah Maira juga tidak dihiraukan. Mereka memandang Maira dengan wajah penuh dengan pertanyaan sebelum menyambung memetik gitar diiringi suara-suara sumbang melalak. Berlainan Maira dengan selaju-lajunya dia berlari ke arah lif.

                “Maaf lif rosak?!” Tangan Maira terus mengoyakkan notis yang tertampal di pintu lif. Mulutnya tak berhenti menyumpah. Di saat-saat getir begini, kenapa mesti lif itu rosak!

                Dia terpaksa menaiki tangga untuk sampai ke rumahnya. Akhirnya dia tiba di hadapan pintu rumahnya. Nafasnya sudah bagaikan mahu terhenti. Sempat dia mengurut-ngurut dadanya.

                Walaupun otaknya menyuruh dia supaya segera menyembunyikan diri ke dalam rumah. Namun hatinya menyuruh dia untuk memandang ke bawah seketika.

                “Argh!” Maira terjerit kecil. Arman sedang menunggu di bawah merenungnya sambil memeluk diri. Pantas tangan Maira menyusup ke dalam beg tangannya. Segugus kunci dikeluarkan.  Segugus kunci  dipegangnya berbunyi kerana tangannya sudah menggeletar. Hampir sahaja terlepas dari pegangannya.

                Beberapa detik selepas itu barulah pintu rumahnya itu berjaya dibuka. Maira berasa selamat apabila masuk ke dalam rumahnya. Tubuh kecilnya segera dihempaskan ke atas sofa. Matanya dipejam serapat-rapat mungkin. Sehingga menzahirkan begitu banyak garisan di dahi dan di tepi matanya.

                “Kenapa dia ikut aku? Kenapa mesti aku?” Persoalan tanpa jawapan.

                Malam semakin menggelap. Menonjolkan sisi kegelapan. Suasana sunyi semakin mencengkam menyebabkan Maira semakin ketakutan. Namun dia tiada siapa di rumah ini. Pantas dia bangun membersihkan diri dan bersiap-siap untuk tidur.

                Bantal peluk di tepi katil dipeluk kuat. Sebuah bantal kepala dilapik bawah kepala. Sebuah lagi dipekup di telinganya. Berharap dia tak akan mendengar bunyi yang pelik-pelik malam ini.

                Tuk tuk.

                Pada mulanya dia membiarkan bunyi itu. Namun semakin lama bunyi itu semakin menyesakkan pendengarannya.

                Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk.

                Seperti bunyi batu kecil dilontar ke tingkap rumahnya. Maka mahu atau tidak dia yang masih mamai terpaksa membuka tingkap biliknya sedikit. Kemudian dia melompat turun dari katil dan menjerit kuat.

                “Arman!” Apabila dia membuka matanya, tiada lagi wajah Arman di tingkap rumahnya yang berada di tingkat sepuluh!

                Hampir sepuluh minit dia terduduk di atas lantai biliknya sambil menutup muka dengan tapak tangan. Selepas itu barulah dia mengintai dari celah-celah jarinya. Tiada!

                Maira menganggap itu hanya khayalannya kerana dia sering diekori Arman. Walaupun matanya sudah hilang mengantuk, tapi dipaksa dirinya menyambung tidurnya kembali. Namun masih gagal.

                Selepas itu barulah ternampak sebuah patung di atas almari bajunya. Patung perempuan berbaju gaun yang cantik itu dicapai dan dipeluk kemas sehingga kedengaran dengkuran halus beralun mengisi kesunyian bilik itu.

                Seminggu kemudian flat itu heboh dengan kematian seorang wanita yang terjun dari tingkat sepuluh. Kejadian pertama yang berlaku di flat itu.

                “Muda lagi dah gila.”Kata Meriam sambil mengeleng kesal. Ain mengangguk lalu bersuara .

                “Patutlah aku selalu nampak dia berlari macam kena kejar. Lepas tu selalu menjerit sorang-sorang.” Muka Meriam seperti memikirkan sesuatu.

                “Kau tak rasa ke macam ada benda yang aneh?” Soal Meriam. Ain cuma mengangkat bahu.

                “Kau tahu kan Pak abu sebelah rumah Maira? Dia ada cakap dekat aku... Tapi kau jangan pulak heboh dekat orang lain tau.” Laju Ain mengangguk. Dia juga ingin tahu rahsia apa yang ingin dikongsi oleh Meriam.

                Sempat Meriam menoleh ke kiri dan ke kanan. Bimbang ada orang memasang telinga. Dia tidak mahu kekecohan berlaku di flat itu. Cukuplah dengan berita kematian Maira yang sudah menjadi perbualan hangat. Sudah pasti tiada orang di situ, dia merapatkan mulutnya ke telinga Ain.

                “Sebenarnya Pak Abu nampak Maira waktu nak bunuh diri. Cuma dia tak sempat nak halang. Yang peliknya... Pak abu cakap yang Maira peluk satu patung perempuan masa dia terjun. Tapi lepas jatuh, patung tu hilang!” Ain menelan air liurnya. Serta-merta tubuhnya terasa seram.

                “Eh dahlah. Merepek je kau ni.” Karut! Nak bunuh diri dengan peluk patung? Entah-entah mata Pak Abu yang tak betul. Bibir Ain mencebik. Kemudian matanya mengerling jam yang di pergelangan tangannya.

                “ Aku ada hal ni. Tak boleh lama-lama sangat. Sebab karang aku nak jumpa dengan buah hati aku.” Ujar Ain tersengih-sengih. Meriam juga.

                “Buah hati? Isk banyaknya buah hati kau. Yang mana pulak kau nak jumpa karang? Tak ada ke sorang sedekah dekat aku?” Giat Meriam. Segala kisah misteri tamat di situ sahaja. Kini yang kedengaran perbualan mengenai kisah cinta bersegi-segi mereka.

                Malam itu Ain bermimpi didatangi seorang jejaka kacak bersama sebuah patung perempuan yang cantik. Ain mengambil patung itu.

                “Kau seterusnya!”

                Gema tawa jejaka itu menjadi mimpi ngeri Ain.

Cerpen ni ada sambungannya. Sambungan kepada permulaannya. Saje tak mau post lagi. Tunggu...


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪