Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Khamis, 22 Januari 2015

Kemma's Huge Giveaway ♡


Haaa... cute tak banner kat atas? Gambar Hello Kitty lagi. Girls sepatutnya join giveaway ni tau. Manalah tau anda yang 'terpilih'. Wow~!

   So, macam biasa kalau korang nak join, tekan je banner kat atas tu. :)

Mangsa tag :






♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 17 Januari 2015

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday Fuza

Ucapan hari lahir:

Semoga Tuan Blog akan gembira selalu di hari lahir :) 


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

Uiks... Nak topap free tak? Kalau nak kenalah join giveaway ni. Klik je banner. Okay :)



Geram betul aku tengok gambar kucing ni. Eeeeiiii! Hahaha.

Mangsa tag : 
1. Jenab


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Jumaat, 16 Januari 2015

Review: Hana Yori Dango-Jdrama

Yosh~! Kali ni aku nak share drama Jepun yang jadi feveret aku iaitu Hana Yori Dango. Kalau di google, ramai juga yang suka drama ni.

   Drama ni mengisahkan seorang budak perempuan bernama Makino Tsukushi yang bersekolah di Eitoku Gakuen yang dipenuhi budak-budak loaded. Di sekolah tu pula, ada empat orang pelajar anak orang kaya kat Jepun sampai cikgupun takut dengan diorang. Makino Tsukushipun tak suka diorang. Tapi, dia syok dekat salah seorang daripada geng tu. Macam-macam yang jadi. Dan ... ?

   Lagipun aku suka drama ni sebab dia ada tentang tiga elemen. Percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Kisah perbezaan darjat pun ada juga. Aku juga suka watak heroin tu. Hehehe! Drama ni ada season 1, season 2 dan movie.

:: kredit ::

Bintang : 9/10


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sayonara Rindu !



                “Arghh... Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapalah aku tak pernah terfikir langsung?!” Bentak Luq dengan berbisik. Penumbuknya menumbuk pehanya sendiri berkali-kali sejak tadi. Tiba-tiba bahunya disentuh lembut oleh seseorang.

            “Mummy....” Rengek Luq dengan mulut yang sudah tercebik-cebik. Pandangan matanya juga sudah dikuyukan sehabis mungkin.

            “Yes Luq?” Mummy terus mengambil tempat duduk di sebelah Luq.

            “Isk bencilah dengan Mummy,” Luq terus mengubah pandangannya ke arah berlainan. Geram apabila Mummynya buat tak faham dengan kehendaknya.

            Mummy tertawa kecil. Puas hatinya apabila berjaya membuat anak lelakinya merajuk.

            “ Yes my cute big baby Luq. Hahaha. Dah besarpun nak merajuk?” Mummy akhiri ayatnya dengan tawanya sendiri.

            Tiba-tiba ada seorang gadis menyampuk perbualan mereka...

            “ Mummy. Luq tu bukan besar je. Dah tua dah pun. Cuba tengok jambang serabai macam laki mati bini,”Gadis itu terus menghilang di sebalik pintu selepas menjelir ke arah Luq. Sebanarnya gadis itulah adik Luq yang dipanggil Ira.

            “Amboi mulut kau Ira! Berani kau cakap macam tu dekat aku. Kau tak tau penantian itu suatu penyeksaan tau.” Jerit Luq dengan kuat. Tangannya terus meraba-raba dagunya.

            ‘Heh. Inilah lambang jejaka macho. Apalah ko Ira. Itupun tak tau.’ Bisik hati Luq sekadar untuk menyedapkan hati.

            “Luq... Luq! Hisy sempat lagi berangan dia ni...” Mummy mula membebel apabila Luq tidak memberi renspon apabila dia memanggil Luq.

            Luq terus berlalu ke pintu. Dia sempat memusingkan kepalanya melihat ke arah Mummy.

            “Mogok!” Ujarnya lalu menyambung langkahnya masuk ke bilik. Geram hatinya apabila Mummynya tidak membela dirinya apabila Ira memerlinya. Mummy tergeleng-geleng kepala apabila mengenangkan karenah anak-anaknya.

            “Dunia ni dah terbalik ke? Ataupun anak aku yang terbalik?” Mug berisi Nescafe dihirup perlahan oleh Mummy sambil melihat susasana petang yang mengasyikkan di kota Jakarta ini.

            Entah kenapa baru tiga hari berada di situ, Luq tiba-tiba nak balik ke Malaysia. Padahal dulu dia yang paling excited bila dapat bercuti ke Indonesia. Mummy hanya tersenyum sinis apabila terfikirkan sesuatu...

            ‘Penantian itu suatu penyeksaan.’Ayat Luq bagaikan terngiang-ngiang di telinga Mummy. Mug di pegangannya diletak semula ke atas meja.

            “Penantian itu suatu penyeksaan? Hrmm...”

______________________________________________________________________________


            Buk!

            Luq terus menghempaskan dirinya di atas katil yang empuk. Matanya tajam melihat kipas yang berpusing. Tiba-tiba hatinya terasa sakit. Tangannya terus melekap ke dada.

            Yang pasti sakit di dadanya itu bukan sakit yang berbahaya. Tetapi suatu penyakit yang menyeksakan pesakitnya.

            “Budak kecik.” Bisiknya perlahan. Bantal kepala di sisinya ditekupkan ke mulut. Dia memejamkan matanya serapat-rapat yang mungkin.

            Yeah... Mungkin ini kerja bodoh. Tapi untuk menghilangkan penyeksaannya kini. Ahhh....

            “Budak kecikkkk.... I miss youuuuuuuu!!!!” Jeritan Luq tidak berapa jelas kerana mulutnya telah ditekup dengan bantal. Terus bantal kepala itu melayang ke mana setelah dicampak oleh Luq.

            Huf. Huf. Huf.

            “Adoiii... semput aku.” Luq merasakan jantungnya berdegup begitu kencang. Macam baru lepas kena kejar dengan anjing. Tiba-tiba bibir Luq terukir segaris senyuman.

            Angau.

            Ya, Luq sudah angau. Itulah penyakit yang paling parah yang sedang dihidapnya. Angau dengan seseorang yang dia tidak menyangka orang itu juga mempunyai perasaannya yang sama sepertinya. Budak kecik? Yes. Itulah orangnya.

            Laci kayu disisi katilnya ditarik perlahan. Luq mengeluarkan sepucuk surat. Sepucuk surat yang menjadi punca penyakitnya itu.


Kepada:
             Mat Jelly.
            Mula-mula sekali aku nak ucapkan tahniah dekat engkau result SPM kau. Aku tahu mesti kau dapat result  yang terbaekkkkkan? Tak payah kau bagi tahu aku sebab aku dulu hari dah tahu tau!

            Kalau kau tengah baca surat aku ni, maknanya kau tengah bercuti dekat Indonkan? Seronok tak bercuti kat sana? Dari awal tahun lagi kau dah kepoh kat satu kelas yang kau nak bercuti kat Indon. Ceh Indon je pun. Tapi betulkan kau baca surat ni yang sekarang kau ni kat Indon? Kalau kau tak pergi lagi Indon kau simpan dulu surat aku ni. Kalau tak aku cocok mata kau macam sate nak? Hahaha.

            Sebenarnya aku tak ada apa-apapun aku nak cakap dekat kau. Cuma aku nak cakap... Eh tulis ...yang kalau kau tak ada kat sini mesti boring. BORING GILER!!!  Nanti aku tak ada kawan nak gaduh-gaduh. Kau je kawan aku tau. Peace!

            Sekarang ni dah berapa ramai koleksi aweks kau dekat Indon? Ramai tak? Ada tak yang macho-macho? Nanti kau kenen kat aku tau. Hehehe. Aku gurau je.

            Luq tertawa kecil.

            “Budak kecik... Budak kecik... Kalau kau tak bagitaupun aku tahulah yang kau bergurau... Kalau tak... Siaplah kau!” Jelas nada cemburu di situ.

            Erm... Kau bercuti berapa lama kat sana? Lama ke? Aku saje je tanya kat dalam surat ni sebab kalau aku tanya kau face to face sure kau bahan aku nantikan? Huh. :p

            Itulah je lah aku tulis. Lagi satu cuba kau pusing kertas ni ke belakang. Kau rasa kau ingat lagi tak? Hahaha. Surprise~

Adious Amigos n Sayonara!
Ash

            Kertas itu terus dipusingkan.


Aku sayang kau.
I love u.
Aishiteru.
Hadirnya dirimu
Bagaikan bintang yang menerangi malamku
Menghiasi gelapnya langitku
Aku pula hanya bayang-bayang gelap
Yang hilang apabila diterangi terang cahayamu
Akan aku sentiasa ingatkan dirimu
Kerana namamu telah terpahat di hati ini.

#Kenapa aku bagi tau kau? Sebab Ira kata kau syok kat aku kut. Hehehe betul ke?

            Surat itu dicium oleh Luq berkali-kali. Tangannya menyentuh gambar animate Ryotsu yang ditampal oleh budak kecik di sudut surat itu.

            Baris kata di atas gambar Ryotsu tak jemu membuatkan Luq tertawa sendiri.

Ini Luq. Bulu kening tebal seinci macam Ryutsu. Tapi kenapa ramai minah lain kata kau macam Mario Maurer?


            Bulu kening tebal terangkat sebelah setiap kali membaca ayat itu bak Ziana Zain. Luq mengurut keningnya sendiri.

            “Dah kurniaan Illahi. Nak buat macam mana? Mario Maurer tu kan kiranya cousin aku tau budak kecik. Kau tak ingat ke yang aku ni ada keturunan Thailand?” Luq berbicara sendiri seolah-olah budak kecik berada di hadapannya.

            Surat itu dilipat kembali dan dimasukkan semula ke dalam sampul sebelum ditempatkan semula ke dalam laci. Luq merebahkan semula dirinya di atas katil.

            “Golek-goleh ah~ Golek-golek ih~ Golek-golek ah~ Golek-golek ih~” Sambil mengikut alunan lagu nada dering telefonnya, dia juga menggolekkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Sehinggalah....

Gedebuk!

            “Adoihhh... Sakitnya bontot aku...” Terus Luq mencapai telefon bimbitnya sambil tangan kirinya menggosok-gosok punggungnya.

            Tertera nama panggilan dari Daddy tertera di skrin telefon Luq.

            “Mushi mushi~” Luq cuba mengajuk seperti suara perempuan.

            “Assalamualaikum Luq. Banyaklah kau punya mushi-mushi. Nak pergi keluar makan tak malam ni?” Luq terus melompat kegembiraan. Tangannya dijulang angkat ke atas.

            “Waalaikumussalam. Of courselah nak. Bila?” Soal Luq.

            “Well next year? Hahaha...”Mulut Luq terus menyenget. Kegembiraannya terus direntap apabila mendengar lawak bodoh dari Daddynya.

            “Mushi-mushiiiii.... Hello Luq. Dah pengsan ke budak ni?”

            “Dahlah Daddy ni sama je macam Mummy. Heh!”

            “Alah gurau sikitpun tak boleh. Kita dinner malam ni.” Terus Luq tersengih lebar.

            “Kat mana?”

            “Kat rumahlah.” Mulut Luq terus membulat. Hekelleh.... Kat rumah pun nak kepoh ke?

            Terdengar tawa di hujung talian. Luq menggigit bibirnya sendiri. Geram.

            “By the way.... Kita akan ada tetamu malam ni. Jadi....”Luq Mengeluh. Dia sudah tahu siapa tetamu jemputan itu sebelum daddy memberitahunya.

            “Yes Daddy. I know. Mesti kawan business Daddykan?”Jelas nada kecewanya.

            “Yup. Bye Luq. Siap-siap tau.”Pesan Daddy sebelum menamatkan talian.

            Perasaan bosannya segera ditepis dan diganti dengan perasaan rindunya terhadap budak kecik. Tuala yang tergantung di ampaian terus dicapai lalu dibalutkan di kepalanya.

            Kakinya dikangkangkan dengan seluas-luas mungkin. Matanya dipejam rapat. Penumbuk tangan kanannya digenggam erat. Penumbuk itu terus dirapatkan ke mulutnya.

My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don't have to wonder why
Baby You
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground


            Setiap baris kata lirik Marc Anthony dinyanyikan semula oleh Luq dengan penuh perasaan. Bibirnya dihiasi senyuman yang manis. Lagu itu seolah-olah menggambarkan perasaannya. Hisy teruk betul kalau orang dah angau.

            Mulut Luq terus menyanyikan lagu itu sehinggalah dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

______________________________________________________________________________

            Kawan Business Daddy dah balik. Ahaaa... Inilah masanya!

            Luq menyendeng ke arah Mummynya. Ira yang asyik membelek majalah sempat menjelirkan lidah kepada Luq. Luq terus mengalihkan pandangannya ke arah Mummy.

            “Mummy.... Bila kita nak balik Malaysia?” Nada kegedikan Luq mula menjelma.

            Mummy memandang Daddy. Daddy memandang Ira. Ira yang kebingungan hanya menaikkan bahunya.

            “What?” Soal Ira.

            “Luq... Luq... Luq... Kenapa tak sabar sangat nak balik Malaysia?” Soal Mummy dengan pandangan yang mencurigakan. Tangannya juga disilangkan. Pandangannya tersirat sesuatu yang mencurigakan.

            Luq menyengetkan kepalanya.

            “Ala Mummy... Orang boringlah tengok cerita sinetron kat sini. Luq nak tengok artis Malaysia. Boringlah Mummy...”

            “Eleh alasan je tu...” Ira menyampuk.

            “Hish ko ni diamlah. Mulut nak kena salotape?”Ira terus mengeleng laju. Dia masih teringat Luq pernah mengejarnya kerana selalu menyampuk dan dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi. Serik!

            “Alah Luq. Lagi tiga minggu je. Kejap je. Pejam celik pejam celik nanti tiga minggulah,” Ujar Daddy sambil tergelak besar.

            Luq terus membatukan diri. Matanya dikedipkan beberapa kali.

            “Daddy...”

            “Yes?”

            “Dah tiga minggu ke?” Soal Luq dengan nada yang sungguh polos. Mukanya dibuat seperti muka innoncent.

            Mummy terus mengetip bahu Luq. Semua gelakkan Luq yang mengaduh kesakitan.

            “Nama je dapat straight A’s. Tapi perangai... Fail!” Sekali lagi Luq ditertawakan.

            “Luq... Kan kita nak tunggu Aunty Rina balik sini. Kita tolong jaga rumah dia. Bila dia dah balik sini nanti barulah kita balik Malaysia, okey?”Luq mencebik.

            Heisy lambat lagi rupanya aku nak balik Malaysia. Luq mengeleng kecewa.

            “Kenapa Daddy tengok Luq macam orang frust je?” Pergh! Luq dapat rasakan jantungnya berdegup empat kali ganda lebih laju dari biasa. Dia dapat merasakan bahang panas terus naik ke kepalanya.

            “ Mana ada,” Luq menafikan ayat Daddynya.

            “ My baby you. Are the reason I could Fly... And cause of you...” Mulut Ira terus ditutup oleh Luq. Ira meronta-ronta minta dilepaskan.

            ‘Hisy mesti buak ni sekodeng aku petang tadi!’ Bisik hati Luq.

            “Hei Luq. Kenapa buat Ira macam tu?” Soal Mummy yang pelik dengan kelakuan Luq. Luq terus mengangkat kedua belah tangannya sebagai isyarat menyerah kalah.

            “Mana ada Luq buat apa-apa.”Ujar Luq seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sambil tersengih. Mummy dan Daddy hanya mengelengkan kepala.

            “Entah Luq ni. Aku mana ada cakap apa-apa. Aku nyanyi jer pun. Heh.”Ira berkata perlahan tapi masih boleh didengari oleh Mummy.

            “Cakap? Cakap apa?” Luq terus meraup mukanya. Ira pula terus menutup mulut dengan tapak tangannya sendiri. Luq berasa pelik. Kenapalah malam ni Mummy dengan Daddy dah macam detektif?

_____________________________________________________________________________________

10 tahun lalu,

            Seorang budak perempuan berlari-lari kecil mendapatkan Danial. Dia mengeluarkan sepucuk surat dari poket baju pinaforenya dan diletakkan di atas telapak tangan Danial.

            “ Danial. Tolong bagi surat ni dekat Luq. Ada budak lain bagi. Aku nak pergi tandas ni. Tak tahan dah.” Ujar budak perempuan itu lalu terus berlari ke tandas yang tidak jauh dari situ.

            “Oh. Okey.”

            Danial terus membelek-belek sampul surat kecil itu. Danial menghidu-hidu surat itu. Wangi.

            “Sah. Ni mesti surat cinta. Luq... Luq... Dahsyat betul engkau. Nak bukak ke tak? Nak bukak ke tak?”Danial menggaru-garu kepalanya. Hati kecilnya menyuruh dia membuka surat itu dan membaca isi surat itu. Tapi.... Argh tunggu Ash keluar dari tandaslah.

            Pap.

            “Oi Luq. Kau ni memang suka buat aku terkejutkan.”Marah Danial kepada Luq. Luq tersengih-sengih.

            “Dari tadi aku tengok kau tengok tandas budak perempuan. Lepas tu pegang surat.... Heeeee......” Luq bercekak pinggang.

            “Surat cinta ek? Tak sangka aku kau boleh dapat surat...” Danial terus menayangkan surat itu di hadapan muka Luq.
Kepada: Luq J

            “Sekarang kau cakap... Surat ni untuk siapa.” Danial terus gelak terbahak-bahak bila  Luq terus merampas surat itu dari tangannya.  Tangannya dipaut pada tengkuk Luq tetapi terus ditolak oleh Luq.

            “So sweet.” Sekali lagi Danial tergelak besar.

            “Syuh-syuh. Aku nak baca surat ni. Blahlah kau.”Marah Luq.

            “ Ok. Luq tadi surat tu Ash bagi dekat aku. Lepas tu dia pergi tandas. Dia kata ada orang lain bagi. Ntah-ntah dia tak?” Ujar Danial sambil memandang Luq dengan pandangan yang mencurigakan. Kemudian dia terus berlari meninggalkan Luq.

            “Ash? Takkanlah.” Luq membelek-belek surat itu.

            “Kejap. Ni bukan tulisan Ash. Pasti! Tulisan Ash buruk giler. Bila masa pulak tulisan dia jadi cantik. Hahaha.”Bahagian tepi surat itu terus dikoyakkan.

            Luq membaca baris ayat di dalam surat itu. Pendek sahaja. Tapi ayat itu membuatkan dia tergelak besar.

Aku sayang kau.
I love u.
Aishiteru.
Hadirnya dirimu
Bagaikan bintang yang menerangi malamku
Menghiasi gelapnya langitku
Aku pula hanya bayang-bayang gelap
Yang hilang apabila diterangi terang cahayamu
Akan aku sentiasa ingatkan dirimu
Kerana namamu telah terpahat di hati ini.
Peminat rahsia


            “ Siapalah peminat rahsia aku ni?” Luq menggosok-gosok dagunya. Luq ternampak Ash keluar dari tandas dan datang menghampirinya. Surat itu segera dimasukkan ke dalam poket.

            “Surat tadi tu tulis apa?” Soal Ash. Luq mengelengkan kepala.

            “Surat lawak.”


            “Surat lawak?” Ash mengerutkan dahinya. Luq menganggukkan kepalanya. Bibir kecilnya tersengih lebar.

            “ Nak tengok.”

            “Tak boleh.”

            “Kenapa?” Ash masih tidak berpuas hati dengan tingkah Luq.

            “Sebab... Sebab... Hah. Sebab surat ni untuk aku. Bukan untuk kau.” Luq terus berlari dan Ash mengejarnya. Luq berhenti di tong sampah.

            Tangannya terus mengeluarkan surat cinta itu dari poket seluarnya dan mengoyaknya. Luq terus tersenyum puas.

            “Kenapa kau koyak?”

            “Sebab aku tak nak kau atau siapa-siapa baca.” Luq berkata bersahaja sambil mengatur langkah ke kantin.

            “Oh...” Langkah Ash terus terhenti. Luq memandang Ash dan menunggu dia menghabiskan ayatnya.

            “ Okey. Bye aku nak pergi ke tandas kejap. Kau pergilah dulu.”Ujar Ash terus meninggalkan Luq.

            Pelik.

            “Bukan tadi dia baru pergi tandas ke? Musykil musykil...” Luq terus mengatur langkahnya ke kantin yang telah terhenti sambil menggook-gosok dagunya.

            Sementara Ash di tandas...

            ‘Sampai hati... Sampai hati kau koyak surat aku, Luq.’ Mata Ash mula berkaca. Dia terus membasuh mukanya dengan air. Betapa sakitnya hati dia bila dia melihat Luq mengoyak surat yang ditulisnya hingga menjadi cebisan-cebisan kecil di hadapannya. Kemudian Ash mengeleng-ngelengkan kepalanya.

            ‘Tak. Luq tak jahat. Aku yang bodoh. Kenapalah aku tulis surat itu?’Ash menggengam penumbuknya. Dia masih ingat. Dia curi-curi tulis surat cinta itu selepas emak dan bapanya tidur. Mujur dia sudah mengagak segala kemungkinan yang akan berlaku.

            Sebab itulah Ash menukar bentuk tulisannya berlainan dari tulisan kebiasaannya. Sekali lagi Ash membasuh mukanya dengan air.

            “ Sekurang-kurangnya dia tak tahu siapa yang tulis surat tu. Nasib baik aku tak tulis nama aku.” Ash tertawa kecil sebelum meninggalkan tandas. Dia mengetawakan kebodohan dirinya sendiri.

            Luq melihat Ash melangkah ke arahnya dengan sebungkus nugget di tangannya. Seperti biasa Ash akan rehat bersama-sama dengan Luq dan Ira yang ketika itu baru darjah satu.
            Luq menjeling ke arah Ash yang duduk di sebelahnya yang mengunyah nugget seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Luq melihat Ira dan Ash berbual seperti biasa.

            Seperti biasa!

            ‘Dia ni tak jelous ke aku dapat surat tu?’Sekali lagi Luq menjeling Ash sebelum menyambung kunyahan roti yang dibelinya tadi.

            ‘Ash... Aku tak nak bagi kau baca surat tu sebab aku tak nak bagi kau sedih. Aku...’Luq melihat nugget Ash sudah tinggal lagi seketul. Sedangkan roti di tangannya masih berbaki lebih dari separuh.

            ‘Ash... Aku suka kau ke?’ Bisik hati Luq sendiri.

______________________________________________________________________________

            Luq meletakkan tangannya di atas kepala. Bilah kipas yang berpusing laju masih tidak dapat menyejukkan tubuh Luq.

            “Tinggal lagi dua hari jer Luq. Sabar Luq.” Luq tersenyum sendiri. Hatinya gembira. Sangat gembira sebab dia akan pulang semula ke Malaysia lagi dua hari. Tapi dia juga dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Kenapa?

______________________________________________________________________________

            “Yo Mat Jelly!” Suara yang dirindui Luq membuatkan kepala Luq terus terangkat. Namun tidak lama. Luq terus memuncungkan mulutnya dan memandang ke luar tingkap. Kerusi di hadapan Luq ditarik  dan dipusingkan ke arah Luq.

            “Alamak.... Dasar kau ni Mat Jellylah. Cepat sangat merajuk. Kalah aku. Aku jugaklah yang kena pujuk kau . Nah denda aku sebab buat kau merajuk.” Ash menghulurkan aiskrim Cornetto kepada Luq. Luq mengecilkan matanya.

            Tangannya pantas mencapai aiskrim di tangan Ash. Terus Ash tersenyum lebar. Senyuman yang membuatkan hati Luq berdebar kencang.

            “Kenapa kau lambat? Lama aku tunggu tau!” Soal Luq dengan nada merajuk sambil menjilat aiskrim.

            “Saja.”Bulat mata Luq mendengar jawapan yang keluar dari bibir Ash.

            ‘Sabar Luq. Dia nak test kau je.’Luq cuba menyabarkan hatinya.

            Mata Luq menjeling ke arah Ash yang sedang menongkat dagu melihat dirinya. Seragam sekolah menengah yang tersarung di tubuh Ash membuatkan diri Ash kelihatan lebih kecil. Entah kenapa.

            “Woi budak kecik. Mana aiskrim kau? Kenapa kau tak makan?” Soal Luq setelah menyedari Ash tidak makan aiskrim.

            “Saja.” Luq mengerutkan dahinya. 

            Kenapa budak kecik ni lain macam je?

            Ash tiba-tiba terus berdiri. Tiba-tiba dia menggosok-gosok rambut dan mencuit hidung Luq.

            “Eh?”Ash hanya tersenyum. Dia melangkah menuju ke pintu kelas.

            “Bye.”Ujar Ash sambil melambai ke arah Luq. Luq masih membisu.

            “I  love you.”Terus Ash membuat flying kiss kepadanya.Mata Luq terkebil-kebil melihat kelibat Ash yang berlalu pergi.

            Luq menyentuh rambut dan hidungnya.

            ‘Dia... Dia suka aku ke?’ Muka Luq terus memerah.

            ‘Tapi...’Luq memegang dagunya. Mukanya jelas dengan kehairanan.

            “Kenapa dia pegang aku?Aku bukan mahram dia.” Tanpa sedar, Luq terus menampar mukanya sendiri.

            “Ouch. Hehehe...” Luq tergelak sendiri. Tiba-tiba ada benda sejuk di atas seluarnya. Mata Luq terus membulat.

            “Makkkk ... Aiskrim aku dah cairrrr!”

            Dush.

            “Apa aiskrim-aiskrim hah? Banyaklah kau punya aiskrim. Air liur yang meleleh. Tak malu.”Marah Ira.

            “Astaghfirullah” Mimpi rupanya Luq. Alahai....

            Mummy dan Daddy terus menggelakkan Luq.  Kali ini Luq juga ikut ketawa.

            “Eleh mimpi pasal aiskrimpun nak gelak ke?”Soal Ira. Tak pernah abang dia gelak kalau kena gelak. Merajuk lagi adalah.

            Luq menjeling ke arah Ira.

            “Kau jeles apahal?”Ira hanya mencebikkan mulut mendengar ayat yang dikatakan Luq.

            ‘I love you.’

            ‘I love you.’

            ‘I love you.’

            Luq menongkat dagu di tepi cermin tingkap kereta. Dia melihat banyak kereta bergerak di atas jalan raya apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Ya, kini dia sudah pulang ke Malaysia.

            ‘Ash. Kau memang buat aku angau. Itu kau baru cakap dalam mimpi. Kalau aku dapat dengar kau cakap....’ Sekali lagi Luq tersenyum sendiri. Namun senyum itu tidak lama. Dahinya pula berkerut.

            ‘Ehhh.... Tak logik betul mimpi aku tadi. Kan kita orang dah habis sekolah. Apalah aku ni...’ Terus Luq menepuk dahinya sendiri.

______________________________________________________________________________

            “Takkanlah...” Ujar Luq hampir menjerit. Dia tak percaya. Tak percaya!

            “Luq sabar Luq... Sabar.”Pujuk Mummy sambil memeluk Luq. Mummy dapat rasakan suhu tubuh Luq berasa benar-benar panas. Ira pula hampir menangis apabila mendapat tahu Ash kemalangan dan sedang koma.

            “Mak cik tahu Luq kawan baik Ash. Luq... Ira... Tolong doakan Ash ya.”Pinta Mak Ash. Mummy mengangguk lalu menyentuh bahu Mak Ash sebagai tanda simpati atas kejadian yang telah terjadi kepada Ash. Ira memeluk Luq.

            Mereka masih tidak percaya. Ibarat bermimpi. Luq mengetuk rumah Mak Ash tetapi tiada jawapan. Tiba-tiba Mak Ash berada di belakang mereka dan memberitahu mereka Ash sedang koma.

            Daddy pula sedang berbincang sesuatu dengan ayah Ash. Kelihatan Daddy sesekali menganggukkan kepalanya.

            “Tadi...”Semua memandang ke arah Luq.

            “Luq mimpi Luq jumpa Ash.” Luq terdiam seketika sebelum menyambung katanya.

            “Dia pujuk Luq.”Air mata mak Ash sudah tidak tertahan apabila mendengar ayat Luq itu.

            “Dia...” Tangisan Ira yang semakin kuat menghentikan kata-kata Luq.

            Mak Ash menghampiri Luq dan Ira. Dia memeluk kedua-dua insan itu dengan seerat mungkin.

            “Malam ni korang rehat dekat rumah. Besok kalau Luq dengan Ira sudi, jenguklah Ash dekat hospital ya.” Ira menganggukkan kepalanya.

            Luq memandang ke arah ayah Ash.

            “Macam mana Ash boleh kemalangan?” Soal Luq. Dia ingin tahu. Kenapa? Kenapa Ash boleh kemalangan.

            Namun, belum sempat ayah Ash berkata, kedengaran suara azan dari masjid berdekatan.

            “Balik dulu. Lepas Isyak nanti baru pakcik cerita.”Ayah Ash berkata.

______________________________________________________________________________

            “Ash.” Luq rasa tidak sanggup melihat wajah Ash yang lebam-lebam. Ingin sekali dia menyentuh wajah itu namun dia masih tahu batas mereka.

            “Luq.”Mata Luq terus memandang ke arah Ira.

            “Jom kita cari hadiah yang Kak Ash nak bagi tu?” Ajak Ira. Dia masih ingat kata-kata mak Ash malam tadi.

            “Dia kemalangan sebab dia kena ragut. Dia sebenarnya baru lepas belikan hadiah untuk Luq. Lepas dia beli hadiah tu terus dia bagi tahu kat makcik. Dua hari sebelum tu sebenarnya Ash demam teruk. Tapi semalam tak tahulah kenapa dia degil sangat nak carik hadiah untuk Luq.” Terus wajah Luq berubah mendengar kata-kata Mak Ash. Hatinya terasa sangat sakit.

            “Tapi kami tak salahkan Luq.”Sambung mak Ash. Ayah Ash menganggukkan kepalanya.

            “Jadi Luq jangan rasa bersalah. Tolong jangan salahkan diri Luq.” Luq masih menundukkan wajahnya. Ira hanya memandang abangnya.

            “Luq?” Ira memegang tangan Luq. Luq terus tersentak.

            “Jom cari?” Ajak Ira sekali-lagi.

            “Mesti Kak Ash kecewa bila dia tahu hadiah dia bagi hilang,kan?”Pujuk Ira. Pantas Luq mengangkat mukanya.

            Ya, dia tak mahu menghampakan Ash lagi. Cukuplah dulu dia pernah mengoyakkan surat pemberian Ash dulu.

            Luq memandang Mummy, Daddy, mak Ash dan ayah Ash bergilir-gilir. Mereka semua mengangguk sebagai isyarat bersetuju. Luq sempat menjenguk Ash sebelum meninggalkan kawasan hospital.

______________________________________________________________________________

            “Argh... Mana hadiah tu? Luq rasa hadiah tu ada lagi ke kat sini?”Ujar Ira sambil mengelap peluh di dahi. Matahari sudah naik meninggi. Sudah berejam Luq dan Ira mencari hadiah Ash, tapi masih tak jumpa.

            Luq melangkah perlahan ke sebatang pokok yang rendang dan duduk berteduh di situ. Dia memejamkan matanya dan cuba membayangkan kejadian ragut yang menyebabkan Ash koma.

            Tanpa sedar dia menyebut nama itu. Di dalam hatinya dia berdoa supaya dia jumpa hadiah pemberian Ash. Tiba-tiba bagaikan ada bayangan imej yang dapat dilihatnya.

            Luq terus berdiri dan menyambung pencariannya semula. Ira juga menyambung semula mencari hadiah itu.

            “Ira. Sini aku dah jumpa.” Jerit Luq. Ira terus berlari ke arah Luq. Bulat matanya melihat bungkusan plastik di tangan Luq. Tangan luq mengeluarkan objek di dalam plastic itu.

            Baju.

            “Pink?”Luq seolah-olah tak percaya. Warna pink bukan warna kegemarannya. Badan Ira sudah bergerak-gerak akibat menahan ketawa.

            Mata Luq tajam menjeling Ira.

            “Kalau nak gelak tu gelak ajelah.” Muncung Luq sudah kedepan.

            “Dia nak test aku ni... Sebagai anak jantan, dugaan ini tersangatlah kacang.”Sambung Luq sambil ketawa. Ira juga mengeleng-ngeleng kepala melihat abangnya yang gembira mendapat pemberian dari Ash. Baju itu dikucup berkali-kali oleh Luq.

            “Mana tau hadiah tu dari Kak Ash?”Soal Ira. Tangan Luq menunjuk sehelai resit. Tarikh Ash kemalangan. Ira mengangguk berpuas hati.

            Mereka terus ke motor dan pergi ke hospital semula.

            Pencarian sudah tamat.

______________________________________________________________________________

Dua minggu.

            Dua minggu Ash koma.

            Dua minggu itu, setiap hari Luq akan pergi ke hospital.

            Melawat Ash.

            Melihat wajah Ash.

            Hati Luq sakit setiap kali melihat mata Ash terpejam setiap kali dia melawatnya.

            “Budak kecik. Cepat bangun. Kalau tak bangun aku carik makwe lain. Melepaslah kau tak dapat nak tengok kening Ryotsu aku ni.” Bisik Luq di tepi telinga Ash.

            “Yuhuu... Hari ni hari jadi aku. Aku nak kau bagi aku katak macam tahun lepas. Hehee.”

            Ash masih diam. Koma.

            “Budak kecik. Sampai hati kau bagi aku baju warna pink. Kau tau aku tak suka kan? Kau ni saje je.” Luq mengulum senyum.

            “I love you Ash.” Luq tersengih sendiri.

            “Lepas ni aku nak kau bangun dan kau kena cakap I love you kat aku jugak. Hahaha.”

            “Ash. Bangun tau. Kita orang semua ada kat sini. Kita orang tunggu kau. Aku tunggu kau.”

            “Luq.”Terus Luq memandang ke arah Ira di belakangnya.

            “Mummy dengan Daddy datang kejap lagi. Mak ayah Kak Ash tak dapat datang hari ni sebab ayah Kak Ash demam.”Luq hanya mengangguk mendengar kata-kata Ira.

            “Luq. Happy birthday.”Luq hanya memberi senyuman tawar mendengar ucapan itu dari Ira.

             Apalah ertinya dia menyambut hari lahirnya sedangkan ada orang kesayangannya sedang terlantar koma.

            Suasana kembali sepi. Jam di wad baru pukul tiga petang. Luq mengeliat kecil. Sudah sejam dia di situ menemani Ash rupanya. Ira pula asyik membelek majalah yang baru dibelinya sambil duduk di sebelah katil Ash.

            “Luq...”Mata Luq dan Ira terus memandang Ash lalu tersenyum. Akhirnya!

______________________________________________________________________________

***Nota penulis

Sebenarnya cerita ni aku pernah tulis dalam blog lama aku. Cerpen ni sangat sangat sangat istimewa bagi aku. Sebab cerita dalam cerpen ni ada kaitan dengan aku. Watak Mat Jelly kacukan Indon dengan Thailand memang wujud. Itupun kalau dia tak tipulah. Kisah surat cinta.  Sangat gila kan? Oh, lupa pula. Jangan pula korang ingat Mat Jelly tu hero dalam hidup aku. Aku cuma suka karakter dia. Hahaha. Aku masih ingat lagi ada sorang kakak comel ni, nama dia Kak Asyu dan dia pernah suruh aku buat sambungan. Kak Asyu, I ingat lagi tau! Hrmm... Kena tunggu ilham ni. *gelak lagi*. Jenab pulak, nantikan hadiah istimewa dari aku nanti!

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 13 Januari 2015

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com



Note :

Mula-mula sekali saya nak kata hai! Hmm... Lepas tu baru boleh masuk point. Apa yang saya suka pasal blog akak ye? Sebenarnya mula-mula bukak blog akak terus nampak gambar akak. Apa yang attractivenya? Mata dan senyuman yang dihiasi dengan gigi yang sungguh... Wow! Jelesnya. Pendek kata yang menarik tentang blog akak adalah akak sendiri. You are beautiful. Peace! :)


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

1st Segmen Blogwalking 2015 by Mai AtiQah


Teringin nak join? Klik je banner :)


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪