Helaian akhbar diselak pantas
oleh jari jemari aku yang tidak sabar melihat senarai siaran televisyen yang
akan ditayangkan pada hari ini. Mata aku segera menangkap pada suatu sudut
akhbar yang menulis mengenai drama-drama edisi khas yang akan ditayangkan
sepanjang bulan ini.
Aku sedikit kecewa apabila
melihat tajuk cerita yang akan ditayangkan pada malam ini. Cikgu Rihanna Anak
Orang Kaya tajuknya. Sinopsis dibaca dan aku hanya menghela nafas kekecewaan.
“Macam tak best je.”Aku bercakap
sendiri. Aku melihat ke arah jam yang jarumnya sudah menunjuk tepat pukul tiga
setengah petang. Memikirkan aku yang tiada apa rancangan untuk dilakukan pada malam
ini membuatkan mata aku terkebil-kebil memandang tajuk drama itu kembali.
“Nak buat macam mana. Setakat
nak isi masa kosong aku. Mintak-mintak bestlah cerita tu.” Sekali lagi aku
bercakap sendirian. Aku terus melemparkan akhbar yang baru selesai dibaca di
tangan ke lantai. Nanti aku juga yang kena kemas.
..........
Lagi lima minit jam pukul
sepuluh malam. Aku sudah siap sedia mengambil tempat di atas sofa yang
berhadapan dengan televisyen. Biasalah orang solo tinggal sendiri. Aku
tersenyum kecil. Kesunyian? Buat apa nak couple-couple ni. Kalau betul seseorang
itu ikhlas, dia akan terus masuk meminang aku.
Aku terus menepuk dahi. Sempat
pula aku mengelamun tentang jodoh. Tinggal lagi dua minit, cerita tersebut akan
bermula. Alat kawalan jauh yang tadi hanya terbiar di atas meja kecil di
hadapan aku dicapai dan ditekan punatnya. Cermin gelap skrin tadi, kini sudah
dihiasi dengan cahaya berwarna warni.
Dah mula rupanya. Mesti jam
dinding aku dah lambat. Sekali lagi. Posisi aku yang tadinya duduk dengan tegak
sudah bergolek. Ah, bestnya. Paket Twisties sudah aku buka, tinggal untuk
diseluk dan dimakan sahaja. Aku mula menumpukan perhatian ke arah skrin
televisyen semula.
...........
Tap. Tap. Tap.
Bunyi kasut tumit tinggi mengisi
kesunyian pagi. Irama yang rancak. Milik siapa? Mestilah milik aku dan milk
seorang gadis manis di sebelah aku. Adik aku. Rambutnya diikat kemas. Matanya
pula terarah ke skrin telefon bimbit pintar di tangan. Biasalah trend orang
sekarang. Baik orang muda mahupun orang tua. Leka dengan telefon pintar.
Dua jejaka di hadapan aku pula
adalah pekerja papa aku. Oh lupa pula aku tentang papa aku yang sedang berjalan
dibelakang aku. Sebaik sahaja pandangan kami bertemu, papa terus menghadiahkan
senyuman yang manis. Rambutnya yang disapu gel dan disikat ke belakang. Haih
hensemnya. Patutlah ramai perempuan nak mengurat papa.
Tapi papa tak pernah tergoda.
Hatinya masih setia kepada arwah mama yang telah meninggalkan kami buat
selama-lamanya pada lima tahun lepas. Aku memandang semula ke hadapan. Dua
pekerja papa pula sudah sampai ke hadapan dan memandang ke suatu arah. Bunyi
hon yang bertalu-talu memaksa aku dan adik aku mempercepatkan langkah. Tapi
adik aku yang sampai dahulu. Kedua-dua pekerja papa pula sengaja menolak
adik aku dan adik aku pula berpura-pura mahu memukul mereka.
‘Sunyinya pagi aku tanpa mereka’Aku
tersenyum sendiri. Sebelum aku tiba bersama mereka, pekerja papa di kiri adik
aku terlebih dahulu memandang ke arah aku. Dia yang tinggi lampai. Rambut
disikat kemas. Begitu tampan dalam pakaian seragamnya. Sempat menghulurkan
senyum kepadaku. Senyuman yang selalu membuat aku berasa keliru dengan perasaan
sendiri.
Aku melihat pekerja papa di kanan adik aku juga turut melihat ke arah aku. Senyumannya boleh tahan manisnya.
Namun senyumnya tidak sehebat Si Tinggi Lampai yang mampu mendebarkan hati bila
memandang. Kulitnya yang hitam manis. Walaupun tidak begitu tinggi, dia masih
tinggi dari aku dan berbadan tegap.
Segan betul aku dengan kedua-dua
pekerja papa. Dua-dua tampan. Aduhai... Kenapa mesti papa mengambil pekerja
yang muda-muda dan tampan? Aku cuma tersenyum sipu ke arah mereka.
Bunyi hon masih lagi
membingitkan pendengaran telinga. Aku memandang ke arah sebuah kereta sport
yang diparkir dihadapan pagar rumah banglo kami. Seorang pemuda kacak yang
telah berjaya menambat hatiku sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Dialah
yang empunya tuan badan yang bernama Syafiq. Sudah tugasnya menghantar aku ke sekolah
yang aku bertugas sebagai seorang guru. Pendidik anak bangsa.
Sebaik sahaja Syafiq melihat
aku, dia terus melambaikan tangan ke arahnya. Aku juga membalas lambaiannya.
Aku melihat ke kiri dan ke kanan aku. Papa, adik dan pekerja-pekerja papa juga
melambai ke arah Syafiq. Cuba mengajuk aku.
“Isk kacau je.”Terus mereka
gelakkan diri aku bila melihat bibir aku sudah mencebik. Tak sampai sepuluh
saat, aku juga ketawa. Syafiq menggamit aku. Isyarat supaya aku segera masuk ke
dalam keretanya.
Aku segera berlari menuruni tangga.
Sempat aku melayangkan flying kiss kepada mereka yang aku tinggalkan. Pekerja
Si Tinggi Lampai ditugaskan sebagai pemandu Papa. Manakala Si Hitam Manis pula
ditugaskan untuk menghantar adik ke universiti.
Senyuman Syafiq semakin melebar
apabila aku berada di sisinya. Dia kelihatan seperti bad boy dalam jaket
hitamnya. Tapi itulah yang aku suka!
Seperti biasa kami akan bercakap
bercakap dan bercakap sambil Syafiq memandu. Bercakap tentang apa sahaja. Kami
tidak pernah kekeringan idea semasa bersembang. Dan dia juga seorang pendengar
yang baik.
“Hah! Ada tak cikgu baru yang
hensem dekat sekolah tu.” Soal Syafiq. Macam cemburu sahaja bunyinya. Soalan
itu diajukan apabila aku memberitahu ada beberapa orang cikgu praktikal yang
sedang menjalani latihan di sekolah tempat aku mengajar.
Aku tersenyum nakal sebelum
menjawab soalan itu. Aku mengangguk untuk mengiyakan persoalan itu. Syafiq
geram dengan jawapan tersebut. Tangan kirinya menarik tudung aku. Segera aku
menepis tangannya.
“Apa ni. Penat tau aku pakai
tudung ni. Berbelit-belit pulak tau.”Syafiq ketawa besar.
“Siapa suruh kata cikgu
praktikal tu lagi hensem dari aku.” Balasnya.
“Ada aku kata diorang lagi
hensem dari kau?” Soal aku kembali. Syafiq cuma tersenyum. Senyuman yang
sentiasa membuat aku rindukan dirinya. Dia mengaggukkan kepalanya beberapa
kali.
“Maknanya aku mamat paling
hensem dalam carta hati kaulah kan?”Dia sudah mula tersenyum nakal.
Aku mengeleng. Jari telunjuk
kanan aku luruskan.
“Tak. Mula-mula Papa.” Kemudian
jari hantu pula diluruskan.
“Lepas tu Abang Man.” Si Tinggi
Lampai. Akhir sekali aku luruskan jari manis kananku.
“Last sekali...” Aku cuba buat
saspens.
“Aku?” Teka si dia.
“Tak. Abang Khai.” Si hitam
manis.
“Isk sampai hati...” Cebik
Syafiq. Aku pula gelakkan dia. Kemudian, kami segera menukar topik perbicaraan
kami.
“Dah sampai.”Ujar Syafiq sambil
memberikan sebuah senyuman semangat kepada aku. Sebenarnya kereta itu berhenti
bukan di hadapan sekolah tempat aku mengajar. Tapi masih tidak begitu jauh
untuk aku berjalan. Sengaja kerana aku tak mahu kecoh di sekolah itu. Biarlah
aku kekalkan low profile diri aku.
Tapi pagi ini, aku dapat merasakan
sesuatu kelainan. Dari pagi aku bangun tidur. Jumpa dengan semua orang. Masuk
ke dalam kereta Syafiq. Bersembang dengan dia. Dan sampai ke sini. Jalan yang
sunyi aku tatap dengan pandangan kosong.
Syafiq mencuit bahu aku dengan
pen. Aku memandangnya.
“Cepatlah nanti lambat.” Aku
segera keluar dari kereta Syafiq. Dia melambai dan aku membalas lambaian itu.
Berdesup bunyi enjin kereta sport itu. Aku lambai sehingga kereta itu pergi.
Pergi meninggalkan aku.
Sesi pengajaran berjalan seperti
biasa. Lega. Kini waktu rehat dan tibalah masa untuk para cikgu dan murid-murid
untuk berehat. Aku menggeliat badan yang sudah letih. Kemudian baru aku sedar
ada beberapa anak murid yang ternampak aku. Aku cuma tersengih kepada mereka.
Beberapa orang murid masih lagi
turun dari kelas mereka di tingkat atas. Berebut-rebut mereka berjalan. Sudah
lapar sangat agaknya. Sudah reda murid-murid turun, barulah aku menggunakan
tangga itu.
Aku yang mesih memegang beberapa
buah buku berjalan berhati-hati menuruni tangga. Tapi rupa-rupanya masih ada
seorang murid perempuan bergegas berjalan menuruni tangga. Rambutnya bertocang
dua dengan wajah comel berbaju kurung.
Tapi cara dia melompat melangkau
turun dari tangga membuatkan darah aku berderau. Bimbang pula dia terjatuh
bergolek walaupun ini tingkat terakhir.
“Hei... Jangan! Nanti...”Baru
aku hendak menegah. Aku sudah nampak tubuh kecil itu sedang melayang. Kalau jatuh
bergolek ke atas lantai, aduh tak sanggup! Tangan aku ingin mencapai tangan
anak kecil itu. Buku-buku aku biarkan jatuh bertaburan. Tapi aku sendiri juga
tersadung ke bawah. Sempat aku memeluk tubuh itu. Aku terjatuh.
Aku membuka pandangan dan aku
melihat murid itu masih dalam keadaan baik. Ramai orang mengelilingi aku. Bunyi
hingar bingar. Bunyi tapak kasut semakin ramai mengelilingi aku. Mata aku
semakin berat. Gelap.
‘Jangan. Jangan jadikan ini
pengakhiran aku!’ Rintih hatiku.
..........
Pandangan aku gelap. Kejap mata
aku masih terpejam. Bagaikan baru bangun tidur.
‘Segarnya’. Akupun membuka mata.
Kehijauan pagar pokok di hadapan yang aku nampak terlebih dahulu.
“Kejap. Tadi bukan tadi aku
jatuh ke? Kenapa aku ni? Kenapa aku tak rasa sakit?” Tangan aku memegang tangan
kaki aku. Elok. Apa dah jadi.
“Cikgu.”Suara seorang wanita
dari belakang menyedarkan aku dari lamunan. Wanita itu menghulurkan tangannya
untuk bersalaman dengan aku. Aku terkebil-kebil seketika sebelum menyambut
salam itu. Bibirnya terhias dengan senyuman yang manis.
“Saya Cikgu Ayu. Awak Cikgu
Sarakan?”Aku mengangguk. Perasaan pelik mula menguasai diri. Macam mana dia
tahu nama aku?
“Macam mana tahu?”Tanya aku
sambil mengerutkan dahi. Begitu banyak persoalan memenuhi benak aku. Sesak.
Sekali lagi dia tersenyum.
“Sepatutnyakan Cikgu Sara hari
mula-mula mengajar dekat sini. Tapi tadi saya nampak cikgu hampir pitam dekat
pagar. Jadi saya tolong bawa cikgu duduk dekat sini dulu. Nah, minum.” Cikgu
Ayu menyuakan sebotol air mineral. Teragak-agak juga aku mengambilnya.
Mata aku melihat pemandangan
sekolah sambil minum air botol tersebut.
“Bentuk sekolah ni memang lain
betul dengan sekolah yang aku mengajar. Macam mana aku sampai sini?”Bisik aku.
Mujurlah Cikgu Ayu tak dengar. Isk, pelik pelik.
“Jomlah cikgu. Perhimpunan dah
nak mula.”Walaupun pelik, aku kena ikut juga Cikgu Ayu. Aku tak nak duduk
seorang diri dekat tempat yang aku tak tahu. Maka, terpaksalah aku mengikut langkah
dia.
Dari jauh aku sudah melihat
guru-guru yang sedang berdiri menyanyikan lagu sekolah. Lagu sekolah yang asing
dari pendengaran telinga aku. Aku dan Cikgu Ayu berdiri tegak menghormati lagu
tersebut.
“Abang Man?” Nama itu terpacul
tanpa aku kawal apabila aku terpandangkan seseorang yang aku kenali. Kenapa
Abang Man boleh berada di antara cikgu-cikgu di situ?
Cikgu Ayu memandang aku dengan
riak terkejut terpancar di wajahnya.
“Cikgu cakap pasal Cikgu Arman
ke?” Memang betul nama Abang Man ialah Arman. Tapi macam mana dia boleh ada di
sini. Tak ini mesti mimpi. Tadi akukan jatuh. Entah-entah sekarang ni aku
tengah tidur atau koma. Aku cuba membuat andaian sendiri.
“Tak. Cuma saya perasan Cikgu
Arman tu macam kenalan saya.”Aku cuba mengawal riak wajah dengan senyuman yang
dibuat-buat. Cikgu Ayu mengangguk disusuli tawa kecil tercetus dari bibirnya.
“Cikgu Sara nak tahu. Sebenarnya
Cikgu Arman tu baru masuk dalam sekolah ini bulan lepas. Umur dia baru dua
puluh enam. Tapi dia tu ramai peminat. Yang kelakarnya, pengetuapun suka dekat
dia.”Mulut Cikgu Ayu dijuih ke arah seorang wanita empat puluhan yang sedang
bercakap di mikrofon. Kemudian dia segera meletakkan jari telunjuknya ke bibir.
Aku juga tertawa kecil. Abang Arman pula tiga puluh enam. Pasti Abang Man juga
kacak seperti dia semasa umurnya dua puluh enam.
Kemudian aku pandang semula ke
arah Cikgu Arman. Ya, memang wajahnya sebiji seperti Abang Man. Bezanya
rambutnya lebih kemas dengan potongan rambut belah tepi masih disapu gel.
Wajahnya lebih kemas dan dicukur licin. Ya, memang kacak.
Sedangkan waktu dia jadi pemandu
papa dah kacak, inikan penampilannya sekarang. Cop! Jangan cakap yang aku dah
syok dekat Cikgu Arman. Tak. Hati aku masih lagi dengan Syafiq.
‘Tapi... Kenapa aku tak sedar
lagi dari pengsan ni? Cepatlah sedar!’ Harapan menggunung dalam hati.
Kemudian Cikgu Ayu menyuruh aku
ke hadapan untuk memperkenalkan diri aku sebagai guru baru. Aku menyedut
seberapa banyak oksigen ke dalam paru-paru. Semakin dekat aku menghampiri ke
pengetua yang sedang tersenyum, semakin aku berdebar.
Kini aku berjalan di hadapan
Cikgu Arman. Ya, memang tak syak lagi. Seperti klon abang Man. Kebetulan pula
matanya bertembung dengan mata aku.
Dub Dab.
Aku rasa aku boleh dengar
sendiri bunyi degup jantung sendiri.
‘Aduhai hati jangan berpaling
tadah. Syafiq mungkin tengah menunggu kau di alam nyata!’ Marah aku pada diri
sendiri.
Pengetua memberikan mikrofon di
tangannya kepada aku. Aku menelan air liur. Memandang murid-murid yang beratur
di hadapan aku. Berpakaian baju putih dan biru laut bagi perempuan manakala
putih dan hijau tua bagi lelaki.
“Assalamualaikum dan selamat
sejahtera. Nama saya Cikgu Sara. Saya dari Kuala Lumpur. Di sini saya akan
mengajar subjek bahasa Melayu.” Dengan lancar ayat-ayat itu dituturkan. Tapi,
ayat-ayat itu tidak aku rancang. Seolah-olah bukan diri aku sendiri yang
bercakap. Aku keliru!
Aku berpaling ke arah pengetua.
Dia tersenyum apabila semua guru dan murid-murid bertepuk tangan meraikan
kehadiran aku. Aku terpaksa mengulum senyum paksa.
Beberapa jam kemudian, semuanya
masih berjalan lancar. Cikgu Ayu juga seperti selesa dengan aku. Dia mengajak
aku untuk makan di kantin bersama-sama.
Secara automatik aku teringatkan
kejadian terakhir aku terjatuh di tangga. Adakah akan berulang lagi sekali dan
aku akan sedar? Aku tak sanggup nak melihat wajah Cikgu Arman yang buat hati
ini menjadi tak tenteram. Biarlah aku melihat wajah Syafiq sekali lagi. Kenapa
kita terpisah?
“Cikgu Sarra jom kita duduk
dekat situ.”Aku bersetuju. Di tangan aku hanya secawan air sirap. Sedangkan di
tangan Cikgu Ayu terdapat sepinggan nasi lemak dan secawan air teh.
“Cikgu tak makan?”Soalnya. Aku
hanya mengeleng. Macam mana aku nak berselera selepas semua benda yang tak logik
berlaku pada diri aku.
“Ehem.”
Cikgu Arman? Aku melihat Cikgu
Ayu sudah tersenyum malu. Kalaulah dia tahu ada klon Cikgu Arman yang kerja
sebagai pemandu papa aku. Kalaulah dia tahu...
“Boleh saya duduk dekat sini.”Dia
meminta izin. Waktu rehat yang memenuhi ruang rehat guru memaksa dia duduk
bersama kami. Oh tuhan, apakah ini ujian Mu? Sekali lagi aku teringatkan
Syafiq.
Cikgu Arman duduk apabila Cikgu
Ayu mengizinkannya berbuat demikian. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku rasa
geram. Aku langsung tidak memandang wajahnya. Walaupun dia rancak bersembang
dengan Cikgu Ayu, aku pekakkan telinga. Aku taknak melihat dia, apatah lagi
mendengar suaranya yang... Entahlah. Aku Cuma mengacau air batu di dalam cawan
sambil melihat murid-murid yang sedang berjalan di tepi tingkap bilik rehat
guru.
“Cikgu Sara!”Suara Cikgu Arman
meninggi. Aku terpinga-pinga. Apa yang aku dah buat?
Cikgu Ayu mengerutkan dahinya.
Aik, tak pernah tengok orang termenung ke?
“Saya tanya tadi. Cikgu kenapa
taknak makan.”Soal Cikgu Arman. Prihatinlah pula dia dekat aku. Sedangkan kalau
boleh aku nak lari jauh-jauh dari sini.
“Maaf. Saya termenung. Tak
perasan pula cikgu tanya saya. Sebenarnya saya tak ada selera.”Hanya alasan itu
sahaja yang paling logik.
“Oh. Teringatkan orang jauh ke?”Gedegup!
Sekali lagi aku boleh dengar bunyi degup jantung aku sendiri. Darah mengalir
pantas ke seluruh tubuh. Panas. Tabuh aku rasa panas. Soalan tadipun panas
juga.
‘Memang aku teringatkan orang
jauh. Aku tak tahu macam mana aku nak kembali kepada dia. Aku nak jumpa dia pun
tak dapat. Aku rindu dia!’ Bentak hati aku. Kalaulah jawapan itu boleh menutup
menutup mulut Cikgu Arman. Alangkah bagusnya kalau begitu.
Cikgu Ayu pula tersenyum suka.
Bukannya aku tidak tahu makna tersirat dari pandangan matanya. Aku terpaksa
mengeleng. Cikgu Arman tersenyum. Diapun senyum? Sabarlah wahai hati.
“Kalau tak ada selera, mungkin
saya ada penawarnya.”Ujarnya sambil menghulurkan sebuah bekas makanan. Tangan
aku tanpa dikawal terus mengambil bekas tersebut dan membuka penutupnya.
Bau aroma gulai ikan masin
menambat selera aku. Tiba-tiba sahaja aku jadi lapar. Lepas itu apa jadi? Aku
makan lauk itu dengan penuh selera.
Adat bumi berputar. Walaupun di ‘alam
lain’, pagi pasti berpasangan dengan malam. Jangan ditanya kepada aku bagaimana
aku boleh tinggal serumah dengan Cikgu Ayu atau dirumahnya aku disuruh
memanggilnya Ayu sahaja.
“Sara. Sinilah.”Aku mengambil
tempat di sebelahnya menonton televisyen. Wajahnya ditoleh kepada aku.
“Kau tahu. Cikgu Arman pesan
kepada aku. Dia ajak kau keluar hari Sabtu nanti.”Ujarnya dengan ceria. Aku
mengangguk bersetuju.
‘Eh kenapa aku setuju? Syafiq?’
Hati aku berbisik mengingatkan aku kepada si dia yang aku tidak dapat tatap.
Gambarpun tiada. Rupanya juga entah seperti lenyap dari memori. Cuma namanya
terpahat di dalam hati yang mengingatkan aku masih mencintainya.
Tiga hari berlalu pantas. Hari
ini aku akan berjumpa dengan dengan Cikgu Arman. Atau lebih tepat aku disuruh
memanggilnya Arman. Sampai di tempat yang dijanjikan aku menunggu dirinya yang
masih belum muncul.
Dia yang tiba memakai baju jaket
hitam mengingatkan aku kepada Syafiq. Betapa setiap kali aku memandang wajahnya
aku pasti teringatkan Syafiq. Aku rasa dekat dengan Syafiq setiap kali aku
bersamanya. Kenapa?
‘Syafiq muncullah. Kalau aku
mimpi, jagalah aku!’ Doa aku di dalam hati.
“Jom.” Ajak Arman. Aku cuma mengangguk.
Aku berjalan di sisinya berasak-asak dengan orang ramai yang berjalan di jalan
yang padat ini.
Aku memandang wajah Arman.
Terasa bagaikan bayangan wajah Syafiq yang masih kabur disitu. Kenapa? Adakah
mata aku yang silap. Tidak. Arman masih beriak biasa walaupun aku merenung
wajahnya.
Tiba-tiba aku merasakan hati aku
sakit. Begitu sakit. Aku tak pernah merasakan sakit yang sebegitu. Aku memegang
dada. Ya, memang aku sangat sakit. Kemudian aku bagaikan terdengar suatu suara
yang berbisik ke telinga aku.
“Sekarang hati kau luka. Hati kau
luka kerana kau terpaksa memilih antara dua. Syafiq atau Arman. Kau kena buat
pilihan sekarang!” Keras suara itu memekak di telinga. Aku sudah
terhuyung-hayang berjalan bagaikan orang mabuk. Pantas tangan Arman memegang
bahuku. Terasa hilang semua sakit di dada.
Adakah itu bererti aku memilih
Arman, tidak!
‘Arman maafkan aku. Aku dapat
rasakan yang aku akan kembali kepada Syafiq semula. Izinkan aku...’
“Okay ke?”Tanya Arman. Aku
mengatakan aku tiada apa-apa.
“Izinkan saya luangkan sedikit
masa ini untuk dijadikan memori apabila saya ke dunia sebenar. Awak cinta kedua
saya.”Aku cuma mampu berbisik kepada angin ayat itu. Mana boleh aku menyakiti diri
dia yang langsung tidak tahu apa yang terjadi kepada diri aku.
Kini aku sedar. Aku memang
cintakan Syafiq. Dalam masa yang sama, aku juga cintakan Abang Man ataupun
Arman. Di sini aku baru perasan itu semua. Mana mungkin aku memilih abang Man apabila
aku sedar dari semua ini. Biar hati aku terbelah dua sekalipun, aku ingin
keadaan masih menjadi seperti biasa.
“Jom pergi sana.” Lurus jari
telunjuk Arman menunjuk ke arah hadapan yang semakin padat manusia di situ. Aku
mengikut langkahnya. Aku perasan dia ingin memegang tangan aku, namun dia
membatalkan niatnya dan menggenggam penumbuknya sahaja. Sakit di dada muncul
sekali lagi.
‘Oh hati... Aku pilih Syafiq. Jangan
diseksa aku lagi dengan kesakitan!’Rayu aku kepada hati.
Tubuh aku masih mengekori Arman,
tapi bukan jiwa aku. Pandangan aku bertukar. Dalam masa yang sama aku seperti
melihat Syafiq berjalan bersama aku dan ingin mengenggam tangan aku. Tapi seperti
Arman dia membatalkan niatnya itu.
‘Baju Syafiq sama dengan baju
Arman. Apa semua ini.’ Aku bertanya kepada diri sendiri. Namun aku sendiri
tidak tahu. Seolah-olah diri aku terapung-apung, aku melihat diri aku dan Arman
dan di sebelahnya aku dan Syafiq. Apa semua ini?
Tapi aku tidak melihat mereka
berdua dalam masa yang sama. Cuma, apabila aku pandang ke arah kiri, aku dan
Arman, manakala aku bersama Syafiq di bahagian kanan.
Tidak lama kemudian, aku
terbayangkan segala kenangan aku dan syafiq di dalam kepala aku. Aku semakin
jelas melihat dia. Senyumnya. Rajuknya. Segala keletahnya!
“Aku tahu. Semua antara aku dan
Arman sekarang sebenarnya pernah berlaku antara aku dan Syafiq dulu!” Aku
bercakap sendiri. Aku terasa bodoh seperti diri dipermainkan. Hati aku semakin
sakit. Aku tak tahan.
Aku terus melencongkan langkah
ke sebuah bangunan. Arman aku tinggalkan dan semasa aku memandang ke belakang,
aku dapat meihat Arman mengejar aku beserta bayangan Syafiq. Aku segera masuk ke
dalam lif dan menekan butang ke tingkat paling atas sekali. Sempat tangan Arman
menahan pintu lif daripada tertutup.
Aku dapat merasakan dirinya
sedang memandang aku. Sudah pasti wajahnya sedang keliru dengan apa yang
terjadi. Kalau dia keliru, aku lebih keliru!
Aku cuma membatukan diri dengan
melihat pemandangan di luar menerusi kaca lut sinar lif tersebut. Sepi
mencengkam suasana. Aku tak mampu memandang wajahnya. Dia atau Syafiq
sebenarnya di hadapan aku?
Aku memejamkan mata. Aku terbayangkan
Syafiq memegang kepala aku sambil tersenyum. Dia seolah-olah memujuk aku. Tapi
aku tidak mendengar ayat yang diungkapkan.
Mata aku dibuka semula. Secara
paksa, tubuh aku dihadapkan ke arah Arman. Wajahnya sayu memandang aku.
Seolah-olah tahu aku akan pergi meninggalkan dia. Kemudian dia mula tersenyum
memujuk. Seperti merelakan aku pergi.
Aku pejamkan mata aku sekali
lagi. Aku tak sanggup kalau Arman memegang kepalaku. Bimbang hati aku berat
meninggalkan dia. Masa terhenti. Gelap. Kosong. Aku rasa bebas.
..........
Tiba-tiba aku membuka mata.
Memandang siling putih. Memegang kusyen tempat tidur aku. Mimpi? Ini semua
mimpi. Aku terus duduk. Termangu-mangu apa yang baru terjadi.
“Syafiq? Arman?” Aku
menghembuskan nama itu dengan perlahan. Mujur bapa aku telah pergi kerja. Mujur
juga ibu aku sedang berada di bilik. Aku segera ke dapur dan membasuh muka.
Barulah segar.
Kusyen yang sejak tadi menjadi ‘katil’
dihenyak sekali lagi oleh aku. Aku termenung mencari jawapan.
“Mimpi di dalam mimpi di dalam mimpi
di dalam mimpi.” Aku mengelengkan kepala beberapa kali. Kenapa pelik betul
mimpi aku.
Tengok tv? Papa? Abang Man? Si
hitam manis? Adik? Cikgu Ayu? Arman? Sara? Gulai ikan masin? Itu semua mimpi. Tapi
macam benar-benar berlaku.
Semua orang di dalam mimpi aku
tidak kenal. Kecuali salah seorang daripada mereka. Dia kawan sekelas aku.
Biarlah aku sahaja yang tahu. Yang penting dia bukan Arman.
Oh, aku tak pernah tengok lelaki
sekacak Arman. Memang benar-benar wujudkah pemuda bernama Arman? Dapatkah aku
bertemu dengannya?
‘Hello wake up! Ini mimpi
sajalah.’ Aku cuba marah diri sendiri. Tapi kemudian aku menggigit bibir
sendiri. Mana tahu nanti akan terjadi? Mudah-mudahan.
Aku keliru. Dapat aku rasakan
setiap perasaan di dalam mimpi aku sebentar tadi benar-benar belaka.
Pandangannya. Gayanya. Degup jantung yang aku dengar. Dan yang paling penting.
Betapa kuatnya perasaan aku kepada Syafiq setiap kali aku bersama dengan Arman.
Cuaca di luar semakin gelap. Aku
terpaksa menjalankan misi. Misi mengangkat kain. Selesai sahaja aku mengangkat
kain di jemuran, tiba-tiba datang satu idea.
“Apa kata aku buat cerpen?”Ya
buat cerpen. Cerpen memori mimpi aku yang kedua paling sweet. Yang pertama?
Biarlah rahsia.
Aku terus mencapai netbook yang
memang sudah ada di atas meja kecil di ruang tamu. Ikon Microsoft Word terus
diklik sebaik sahaja netbook dinyalakan. Jari-jemari aku sejak tadi memang sudah
tersedia di atas keyboard. Menunggu masa untuk digerakkan.
‘Apa tajuk yang sesuai?’ Sekali
lagi aku bertanya kepada diri sendiri.
Lima minit
kemudian...
“MEMORI tentang
DIA DARI HATIKU”
Ya, itulah cerpen aku. Cerpen
yang sedang anda baca.
aku suka arman. wahahahaha
BalasPadamHahaha. Okay. Kau jangan tanya aku suka siapa. konpius. xD
Padamcehhhh... mimpi indah ye cik Tee... he he he best la :) kita pun pernah mimpi di dalam mimpi di dalam mimp Ngeeee
BalasPadamhahaha jangan jeles aaa :p
Padam