Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Isnin, 16 Februari 2015

Patung



                “Gila!” Marah Maira. Tubuh tegap dihadapannya ditolak keras. Namun tubuh itu lansung tidak berganjak walaupun seinci. Dia seperti dinding. Malah dia masih mengikuti gadis itu. Maira berpaling ke belakang.

                Apabila Maira menghentikan langkahnya, begitu juga dengan lelaki misteri itu. Entah kenapa kebelakangan ini dia sering diekori dengan lelaki itu. Entah dari mana. Entah siapa. Entah apa tujuannya.

                “Kenapa kau ikut aku hah!” Soalan entah yang ke berapa kali sudah Maira ucapkan. Bisu. Lelaki itu tidak pernah menyatakan sebabnya. Lelaki itu cuma akan tersenyum. Senyuman yang boleh membuatkan bulu roma Maira menegak.

                “Ak... Aku suka kau. Cantik sangat.”Suara garau itu bergema.

                “Lebih-lebih lagi bila kau sedang takut.” Lelaki itu ketawa dengan kuat. Seperti ayatnya itu satu lawak yang boleh buat orang ketawa. Mungkin ya bagi dia... Tapi bukan bagi Maira.

                Maira tersentak mendengar ayat-ayat yang didengarnya. Bibirnya yang diselaputi lipstick merah ceri terus terketar-ketar. Bingung tidak tahu apa yang harus dilakukan. Walaupun langsung tiada angin yang berhembus, tubuh langsing Maira terasa bagaikan ais sejuknya.

                Arman mula mara mendekati Maira. Berderap bunyi ranting patah dipijak kedengaran beriringan dengan setiap langkah Arman. Tangan kanannya yang sejak tadi disorokkan di dalam saku seluarnya dikeluarkan dan cuba memegang wajah Maira.

                Bulat mata Maira melihat tangan Arman yang semakin menghampiri mukanya. Dia terus mengundur ke belakang walaupun kakinya sudah beberapa kali tersadung pada dahan-dahan yang bertaburan di atas tanah. Mujur sahaja dia dapat mengimbangi tubuhnya agar tidak terjatuh.

                Tiba-tiba sahaja Arman berdiri tegak. Tangannya disilangkan memeluk tubuh. Maira merasakan ini kesempatannya untuk melarikan diri. Pantas dia berlari laju meninggalkan lelaki itu. Arman tersenyum sinis.

                “Berlarilah kau selagi boleh. Sebab aku akan kejar kau sampai pengakhirannya.” Tiba-tiba sahaja angin menderu berhembus. Sangat kuat sehingga daun-daun kering yang berdegil di atas pokok melonglai melayang-layang kerana angin itu. Arman mendongak memandang langit malam sebelum menyambung kembali langkahnya.

                Apabila Maira tiba di flat tempat tinggalnya, dia berhenti seketika. Memandang ke belakang. Memastikan Arman sudah tidak mengekorinya.

                ‘Dia dah tak ikut kut.’ Bisik hatinya apabila dia merenung ke arah jalan yang disimbahi dengan cahaya lampu jalan. Namun serentak dengan itu dia melihat tubuh Arman tiba-tiba sahaja muncul. Walaupun kabur, dari gaya langkahnya Maira begitu pasti bahawa itu adalah Arman.

                Pantas kaki Maira membuka langkah. Dia harus masuk ke dalam rumahnya sekarang. Budak-budak nakal yang melepak di tembok bersiul ke arah Maira juga tidak dihiraukan. Mereka memandang Maira dengan wajah penuh dengan pertanyaan sebelum menyambung memetik gitar diiringi suara-suara sumbang melalak. Berlainan Maira dengan selaju-lajunya dia berlari ke arah lif.

                “Maaf lif rosak?!” Tangan Maira terus mengoyakkan notis yang tertampal di pintu lif. Mulutnya tak berhenti menyumpah. Di saat-saat getir begini, kenapa mesti lif itu rosak!

                Dia terpaksa menaiki tangga untuk sampai ke rumahnya. Akhirnya dia tiba di hadapan pintu rumahnya. Nafasnya sudah bagaikan mahu terhenti. Sempat dia mengurut-ngurut dadanya.

                Walaupun otaknya menyuruh dia supaya segera menyembunyikan diri ke dalam rumah. Namun hatinya menyuruh dia untuk memandang ke bawah seketika.

                “Argh!” Maira terjerit kecil. Arman sedang menunggu di bawah merenungnya sambil memeluk diri. Pantas tangan Maira menyusup ke dalam beg tangannya. Segugus kunci dikeluarkan.  Segugus kunci  dipegangnya berbunyi kerana tangannya sudah menggeletar. Hampir sahaja terlepas dari pegangannya.

                Beberapa detik selepas itu barulah pintu rumahnya itu berjaya dibuka. Maira berasa selamat apabila masuk ke dalam rumahnya. Tubuh kecilnya segera dihempaskan ke atas sofa. Matanya dipejam serapat-rapat mungkin. Sehingga menzahirkan begitu banyak garisan di dahi dan di tepi matanya.

                “Kenapa dia ikut aku? Kenapa mesti aku?” Persoalan tanpa jawapan.

                Malam semakin menggelap. Menonjolkan sisi kegelapan. Suasana sunyi semakin mencengkam menyebabkan Maira semakin ketakutan. Namun dia tiada siapa di rumah ini. Pantas dia bangun membersihkan diri dan bersiap-siap untuk tidur.

                Bantal peluk di tepi katil dipeluk kuat. Sebuah bantal kepala dilapik bawah kepala. Sebuah lagi dipekup di telinganya. Berharap dia tak akan mendengar bunyi yang pelik-pelik malam ini.

                Tuk tuk.

                Pada mulanya dia membiarkan bunyi itu. Namun semakin lama bunyi itu semakin menyesakkan pendengarannya.

                Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk. Tuk.

                Seperti bunyi batu kecil dilontar ke tingkap rumahnya. Maka mahu atau tidak dia yang masih mamai terpaksa membuka tingkap biliknya sedikit. Kemudian dia melompat turun dari katil dan menjerit kuat.

                “Arman!” Apabila dia membuka matanya, tiada lagi wajah Arman di tingkap rumahnya yang berada di tingkat sepuluh!

                Hampir sepuluh minit dia terduduk di atas lantai biliknya sambil menutup muka dengan tapak tangan. Selepas itu barulah dia mengintai dari celah-celah jarinya. Tiada!

                Maira menganggap itu hanya khayalannya kerana dia sering diekori Arman. Walaupun matanya sudah hilang mengantuk, tapi dipaksa dirinya menyambung tidurnya kembali. Namun masih gagal.

                Selepas itu barulah ternampak sebuah patung di atas almari bajunya. Patung perempuan berbaju gaun yang cantik itu dicapai dan dipeluk kemas sehingga kedengaran dengkuran halus beralun mengisi kesunyian bilik itu.

                Seminggu kemudian flat itu heboh dengan kematian seorang wanita yang terjun dari tingkat sepuluh. Kejadian pertama yang berlaku di flat itu.

                “Muda lagi dah gila.”Kata Meriam sambil mengeleng kesal. Ain mengangguk lalu bersuara .

                “Patutlah aku selalu nampak dia berlari macam kena kejar. Lepas tu selalu menjerit sorang-sorang.” Muka Meriam seperti memikirkan sesuatu.

                “Kau tak rasa ke macam ada benda yang aneh?” Soal Meriam. Ain cuma mengangkat bahu.

                “Kau tahu kan Pak abu sebelah rumah Maira? Dia ada cakap dekat aku... Tapi kau jangan pulak heboh dekat orang lain tau.” Laju Ain mengangguk. Dia juga ingin tahu rahsia apa yang ingin dikongsi oleh Meriam.

                Sempat Meriam menoleh ke kiri dan ke kanan. Bimbang ada orang memasang telinga. Dia tidak mahu kekecohan berlaku di flat itu. Cukuplah dengan berita kematian Maira yang sudah menjadi perbualan hangat. Sudah pasti tiada orang di situ, dia merapatkan mulutnya ke telinga Ain.

                “Sebenarnya Pak Abu nampak Maira waktu nak bunuh diri. Cuma dia tak sempat nak halang. Yang peliknya... Pak abu cakap yang Maira peluk satu patung perempuan masa dia terjun. Tapi lepas jatuh, patung tu hilang!” Ain menelan air liurnya. Serta-merta tubuhnya terasa seram.

                “Eh dahlah. Merepek je kau ni.” Karut! Nak bunuh diri dengan peluk patung? Entah-entah mata Pak Abu yang tak betul. Bibir Ain mencebik. Kemudian matanya mengerling jam yang di pergelangan tangannya.

                “ Aku ada hal ni. Tak boleh lama-lama sangat. Sebab karang aku nak jumpa dengan buah hati aku.” Ujar Ain tersengih-sengih. Meriam juga.

                “Buah hati? Isk banyaknya buah hati kau. Yang mana pulak kau nak jumpa karang? Tak ada ke sorang sedekah dekat aku?” Giat Meriam. Segala kisah misteri tamat di situ sahaja. Kini yang kedengaran perbualan mengenai kisah cinta bersegi-segi mereka.

                Malam itu Ain bermimpi didatangi seorang jejaka kacak bersama sebuah patung perempuan yang cantik. Ain mengambil patung itu.

                “Kau seterusnya!”

                Gema tawa jejaka itu menjadi mimpi ngeri Ain.

Cerpen ni ada sambungannya. Sambungan kepada permulaannya. Saje tak mau post lagi. Tunggu...


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

18 ulasan:

  1. Yeayyy nak sambungannnn

    BalasPadam
  2. knp msti ada smbungan.???!! huwaa.
    tkpe,sy tngguuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saje... sebab penantian tu suatu penyiksaan! hehehe

      Padam
  3. fuhhh menyeramkannya Ya Allah ! berdup dap dup dap jantung baca . huhuk T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... kakak macho diharap supaya mengekalkan kemachoan anda >_<

      Padam
  4. ya Allah. seramnya.. haha.. nak baca lagi..

    BalasPadam
  5. Tolong lahhh sambungggggggggg T_T Such a nice storyyyyyyyyyyyy... Nanti dah sambung bagitau cepat cepat tauuu =D Saya suka baca cerita genre seram / thriller ginie Hikhikhik

    BalasPadam
  6. wow.. good writing.. best la citer misteri camni :)

    BalasPadam
  7. Rasa curious sangat nak tahu apa jadi dekat Ain....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas ni sambungan kisah siapa Arman sebenarnya :)

      Padam
  8. aduh saspen gila xD nice story. btw gambar patung tu seram gila ok:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe barulah kena tema kan? peace!

      Padam
  9. SALAM DAN HI , ANDA BERADA DI SENARAI TAGGING SAYA UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' JEMPUT SERTAI DAN MENANGI HADIAH LUMAYAN INI . ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    BalasPadam