Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Ahad, 1 Februari 2015

Bintang Bersama Kita



                Hai, nama aku Adam. Aku ialah seorang abang yang tersangatlah baik kepada adik yang tak berapa nak kesayangan aku. Hehehe aku gurau sahaja. Mestilah aku sayangkan adik aku. Kalau tak, tak adanya aku nak mendera diri sendiri untuk aku pergi ke kedai buku semata-mata nak membeli novel yang dia mengidam sangat.

                Sebenarnya sekarang ini aku tengah monolog dalaman je sambil berjalan-jalan nak ke kedai buku sambil menghirup udara petang. Ceh poyo bebenor! Okay sekali lagi aku tegaskan bahawa aku hanya bergurau saja... ahak.

                “Yo Dem!” Ah sudah, siapalah yang panggil nama aku? Dahlah kuat, dekat tepi jalan pulak tu. Kejap lagi terlebih famous pulak aku. Setelah aku mem’blur’kan diri aku untuk beberapa detik, barulah aku nampak ada seseorang yang aku rasa macam kenal. Iyelah, sebenarnya aku ni rabun, tapi malulah nak pakai spek. Sebab macho aku akan hilang bila aku pakai spek.

                “Lak elah.... kau ke Pedos.”Wow dia ni, lepas habis SPM ni baru kali pertama aku jumpa. Padahal SPM baru habis tiga minggu je, tapi dia panggil aku macam dah bertahun tak jumpa.

                “Iyelah aku ni Pedos.”Katanya sambil tersengih terlebih lebar.

                Err... rasa janggal pula bila aku jumpa geng tepi jalan. Sebabnya aku selalu jumpa Pedos (atau sepatutnya nama dalam kad pengenalan dia bertulis Firdaus) semasa di sekolah sahaja.

                “Kau ni nak kemana? Menonong je aku tengok.”Dia bertanya kepada aku sambil menjeling awek seksi yang jalan sebatu dari tempat kami berdiri. Aku jamin seratus percent mesti dia tengok awek tu. Benda lain tak dipandangnya.

                “Aku saje je jalan-jalan cuci mata.”Sengaja aku menipu dia. Kalau tak mesti dia menyemak nak ikut aku. Isk menyampahlah.

                “Oh...”Tapi tak lama lepas tu aku nampak dia keluarkan satu buku nota kecik dari poket seluar jeansnya dan diselak laju. Aku tak faham Pedos ni jejaka jenis apa. Kalau ke mana-mana mesti dia bawak satu buku nota kecik. Dan dalam buku itu ada tulis...!

                “Wei! Lusa hari jadi adik kaukan? Tak ada buat makan-makan ke? Kau ni sebenarnya nak pergi carik hadiah untuk diakan?”Alamak, dia selalu tahu saja segala rancangan aku. Musnah, rosak lagi jahanam plan aku. Apa yang mampu aku buat melainkan menepuk dahi.

                Pedos seronok betul apabila aku terpaksa mengangguk tanpa rela. Argh... kenapa aku mesti diseksa?!

                “Jadi... kau nak beli apa untuk adik kau?”Tanya si Pedos sekali lagi apabila aku sengaja berjalan laju meninggalkan dia. Gasak, nak sangat ikut akukan? Siapa suruh.

                “Aku? Aku nak beli apa yang dia naklah.”Aku menjawab sambil menguap. Bosan.

                “Jadi apa yang dia nak?”Ya ampun mamat ni.... kacau jelah.

                “Dia nak apa yang dia naklah.” Pedos hanya mengangguk. Tapi tak lama lepas tu dia pandang aku balik.

                “Habis tu Dem, dia nak apa yang dia nak?”Arghhh aku stress betul nak layan mamat seorang ini. Karang aku cakap, mesti dia nak beli jugak sedangkan aku dah simpat bajet duit belanja aku selama berbulan-bulan hanya untuk menghadiahkan adik aku novel yang ditulis Siti Rosmizah iaitu Tujuh Hari Mencintaiku. Siapa dia? Aku bukannya peminat novel.

                Aku cuma mampu buat muka menyampah sambil memutarkan bola mata hitam putihku putar ke atas. Barulah aku tengok Pedos diam sambil mengira duit dalam dompet. Fuh... baru lega.

. . . . . . . . . .

                “Wei Dem kau nak pergi kedai buku ke?” Pedos pandang aku. Ni mesti nak ajak aku beli benda lain.

                “Iyelah.”

                “Apa benda yang adik kau nak? Novel?”Soalan yang masih aku malas nak jawab.

                “Macam ni, apa kata aku beli benda yang adik aku nak. Dan kau pergi beli benda yang adik aku tak cakap yang dia nak dekat aku.” Nasib baiklah shopping mall yang famous ni dah meredupkan kemarahan aku daripada bahang sang suria. Kalau tak mesti aku dah bertukar jadi Incredible Hulk!

                “Alaa... aku nak jugak tahu apa yang adik kau nak.”Rayu Pedos. Arghh... maaf Pedos. Kaunter rayuan sedang dalam baik pulih. Grrr.

                “Syuh.”Aku cuba menghalau Pedos.

                “Ala...”Dia cuba membangkang aku sambil membuat muka kucing nak mintak makan.

                “Sekali lagi aku kata... syuh, syuh dan syuh!” Aku terus tolak badan Pedos jauh-jauh tanpa ragu. Lepas tu aku masuk dalam kedai buku yang baru kali pertama selipar yang aku pakai jejak. Giler ramai orang Cina! Terlebih seksa aku tengok. Patutlah si Pedos nak ikut aku. Ceh dah agak dah, ada udang sebalik batu.

                Aku terpaksa mencangakkan diri aku untuk mencari novel tersebut. Isk, tak jumpalah pulak. Nak tanya pekerja, muka tak mesra alam. Dahtu buat bodoh sahaja. Tak mesra alam langsung dekat pelanggan. Kalau tak kerana aku nak cari novel tu tak adanya aku nak datang.

                Hah aku dah nampak dah novel tu. Satu je. Aku nampak novel itu sudah menunggu di atas rak nak tunggu aku ambil. Tapi... tiba-tiba ada seorang awek bertudung dah ambik novel itu. Aku cuma mampu ternganga. Dengan langkah berat seperti kaki dirantai besi aku terpaksalah bertanya dekat kaunter sama ada novel itu masih ada atau tidak.

                Tet!!!

                Akhirnya aku berjaya menghembuskan nafas kelegaan sebaik sahaja pekerja berambut tocang memberitahu bahawa stok novel itu masih ada. Awek bertudung tadi aku perhatikan sampailah dia menghaibkan diri daripada pandangan aku. Kenapa aku pandang dia? Sebab dia cunlah. Hehehe.

                “Yo Dem! Lambatnya kau...”Rasa nak terkeluar jantung aku kalau kena sergah dengan si Pedos ni tiap-tiap hari. Isk cancel buat adik ipar, oi!

                “Siapa suruh kau ikut aku. P.E.N.Y.I.B.U.K.” Sengaja aku eja tang perkataan penyibuk. Lagipun dia bukannya jenis makan hati berulam jantung. Eh, kena ke dengan tema. Apa-apalah.

                “Hrmm... apa-apalah.” balas Pedos. Mahu aku tak terkejut. Macam tau-tau pulak dia apa yang aku baru sebut dalam hati. Hehehe.

..........

                “Nah hadiah untuk kau.”Bungkusan hadiah yang aku beli kelmarin bertukar tangan dengan adik aku.

                “Wooohoo... thanks abang. Hahaha.”Uiks apahal muka terlebih seronok adik aku ni? Macam ada yang tak kena je... Oh seri muka birthday girl kut.

                “Apahal kau terlebih dos gelak macam cik ponti je...”Terus adik aku pandang aku dengan pandangan yang err... tau tak apa rasanya duduk dalam bilik gelap tiba-tiba ada sepasang mata merah muncul depan mata. Fuiyooo bikin kecut perut!

                Pak!

                Aduh mak... ada ke patut dia baling kusyen dekat muka aku. Iyekk kurang asam punya adik. Sudahnya dia jelir pula dekat aku bila melihat aku menggosok dahi sebaik sahaja terkena zip kusyen yang baru dibaling. Nak ku cepuk kepala adik aku itu.

                Elok sahaja kami baru nak berperang. Tiba-tiba emak aku dari dapur sudah menjerit menyuruh aku bukakan pintu. Rupa-rupanya semasa permulaan perang tadi ada orang ketuk pintu. Cuma kami yang tidak perasan. Terpaksalah aku melangkah ke pintu bak zombie. Kacau daun pintu betul makhluk yang mengetuk pintu ni. Cis!

                “Hai!” Eh... tak ada makhluk lain ke yang nak ketuk pintu ni.

                “Hekelleh... tak ada mamat lain ke? Semak je.” Tengok adik aku, si Serra pun dah muak tengok muka Pedos. Dengan muka tak tahu malu, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

                “Mak cik!” Pedos menyapa emak aku yang sudah bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Emak aku pula sempat membalas teguran Pedos. Ceh, ini tak lain tak bukan mesti nak kasi saham naik. Sampai senget mulut aku nak tahan menyampah. Serra pula sudah pergi mencuri cekodok yang emak baru letak di dalam pinggan di dapur.

                “Serra!”Pedos melambai tangannya memanggil Serra. Ya ampun budak ni, macam besar sangatlah rumah ni. Rumah flat satu bilik sahaja. Malas aku nak ambik tahu. Lebih baik aku tengok tv. Lagipun cerita Spongebob dah nak mula.

                “Nah.” Pedos menyua satu kotak hadiah saiz cute dekat Serra. Serra mengambilnya dengan dahi yang berkerut. Bukan dia sahaja yang berkerut, aku pun ikut berkerut. Uiks dia nak bagi cincin melamar. Eh, takkanlah....

                “Poyyo...!” Adik aku campak kotak hadiah ke muka Pedos. ‘Hadiah’ misteri itu dengan tak penuh saspen terus tercampak keluar. Katak? Ceh patung katak dia bagi dekat Serra tak patut betul.

                Well... aku sebagai abang yang penuh bertanggungjawab lagi penyayang mestilah backup adik sendirikan? Aha, idea terus je muncul bila aku baru perasan kucing aku aka Cok (nama penuh Cokelat) tengah tidur bawah kerusi.

                Serra pula sedang gigih menggunakan rotan nak merotan si Pedos. Adik aku memang brutal. Cok pula aku angkat dan selepas itu diletakkan dekat kaki Pedos. Bukan atas, dekat je. Dan....

                Pap!

                Miawww!

                Adoihhhh!

                Apa lagi aku dengan Serra gelak segelak-gelaknya. Nak tahu apa yang dah jadi? Lepas aku letak Cok dekat kaki Pedos, aku tepuk ekor Cok. Cok apa lagi, cakarlah kaki si Pedos.

                “Hisy... kucing kau ni sama garang macam kau jugaklah Serra.”Kata Pedos meminta belas kasihan sambil menggosok luka cakaran Cok.

                “Argghh... kau memang kejam Dem! Kejam! Sanggup kau mengkhianati aku yang... uhuk lemah ini.” Iskk geli betul bila aku tengok Pedos ni. Hahaha. Serra dah terjelir lidah nak tunjuk betapa gelinya dia dengar ayat si Pedos.

                “Serra bak ah minyak gamat. Sakit tau.”

                “Huh gedik!”Marah Serra. Tapi marah-marah dia bangun juga pergi almari mencari minyak gamat. Botol minyak gamat dihulur Serra kepada Pedos. Pedos tunggang botol minyak gamat berkali-kali ke tempat luka. Tapi hampeh, satu titispun tak keluar.

                “Apa ni Serra. Dah habis ni.”

                “Elleh.. apa susah, kau sapulah tempat luka kau dengan air liur. Lagilah free of charge.” Pedos terus buat muka geli.

                “Eiii gelilah.”balas Pedos.

                “Itupun nak geli. Yang dulu cikgu cakap air kencing jadi ubat sakit mata tak pulak kau geli?”Aku menyampuk. Terus Pedos tutup telinga tak nak dengar aku cakap lagi. Sengaja aku cakap begitu sebab aku suka tengok muka Pedos geli-geli macam ini.

                Sniff sniff.

                Lah bila pula si Serra bawak cekodok yang emak goreng tadi ke sini? Dahtu melantak sorang-sorang.  Oh iyelah kan aku tengah khusyuk tengok Spongebob dengan Pedos. Aku terus buat lari pecut pergi dapur basuh tangan dalam masa lima saat. Seketul cekodok aku capai dan dikunyah dengan penuh penghayatan. Fulamak sedapnya cekodok ni!

                Pedos dah meleleh air liur. Dia nak capai cekodok dalam pinggan. Tapi Serra dulu hari dah hempuk tangan Pedos sambil membebel menyuruh dia membasuh tangan.

                Usai saja Pedos basuh tangan, dia turut ikut duduk bersila di sebelah aku.

                “Cekodok apa ni?”Tanya Pedos sambil meniup pelahan cekodok yang masih panas.

                “Kodok ikan bilis.”Dengan slambernya Serra bercakap macam tu sambil mencicah cekodok ikan bilis ke piring yang terdapatnya sos. Aku dengan bersandar ke kerusi terus menghayati betapa asyiknya mengunyah nikmat dunia.

                “Kodok?!”

..........

                Wah, Pedos dah balik! Adik aku dah tergolek tidur. Lantak, janji aman aku nak online. Sebenarnya lepas habis exam hari tu, aku ada join satu geng chatbox dekat satu laman web. Ramai geng gila-gilalah dekat situ walaupun lain-lain umur. Dan aku ada kenal dengan seseorang. Nama ‘manja’ dia Keroro. Hahaha aku tahu dia awek. Tapi aku tak tahupun macam mana rupa dia.

                ‘Jam pukul dua. Mesti dia on ni.’Suara aku sendiri berlegar dalam kepala. Apa lagi, cepat-cepat aku buka laptop aku.

Keroro : Hello.... ada siapa-siapa? Aku dah busangg giler ni~!

                Adoihhh mak. Dia ni memang nak buat lawak ke? Nampak sangat dia tengah kesunyian. Hahaha apa lagi, akupun joinlah!

Meyyow : Yo keroro roro roro~~ dah terlebih busang? Meh, akupun nak join jugak. Hahaha.

Keroro : Yo Meyyoweee! Wahaha mizz kau. Haha.

Meyyow : Ehem. Rindu? Alala... cairnya~ (Aku dah mula mode sengih depan laptop)

Keroro : Kenapa? Kau memang tak sabar nak masuk hospital ek? Grrr!

Meyyow : Well... I am crazy for you my princess. You are so sweet macam candy. <3

Poyyoo : Woi nak bercengkerama pergi jumpa tok Kadilah !!! (Hahaha dia ni pun geng aku jugak. Setahu aku dia satu sekolah dengan Keroro)

Meyyow : Kenapa kau jeles ke? Jomlah kita fighting.

Poyyoo : Nehi... mana ada. Aku ni sebenarnya super warrior si keroro tau. (Aik? Super warrior)

Meyyow : Super warrior ke super Mario. Hahaha. Keroro where are you???

Keroro : Apa seru-seru aku ni? Nak minum air kejappun tak senang! :p

Poyyo : Well dem. Kau tak tau kan aku sebenarnya sepupu Keroro. (Ehhhh?)

Meyyow : Iyelah tu... macam musykil je.

Keroro : Betullah. Sebab tu dia jadi super warrior aku. Kenapa jeles ke? ( Aduhai.. memang aku tak boleh tahan gelak)

Meyyow : Okay. Okay. Saya mengaku kalah. *Angkat bendera putih*

Poyyoo : Woi ketiak kau busuklah. Turunlah tangan kau. (Ceh memang si Poyyoo ni kurang asam)

Poyyo : Bye2. Aku off mau bobok!

Keroro : Bye2.

                Hrmm... apasal aku rasa macam aku nak tau je muka si keroro? Apa kata kalau aku minta nak tambah rakan dekat facebook?

Meyyow : Wei roro. Kau ada fb tak?

Keroro : Ada. Kenapa?

Meyyow : Bak sini aku nak add.

                Okay... setelah beberapa minit berlalu akhirnya aku jumpa juga facebook dia. Tapi dia tak onlinepun. Hohoho nak stalklah. Aku tengok nama sekolah tak ada pulak. Hari tu aku pernah tanya dekat poyyoo, diapun tak nak bagitahu dia sekolah mana.

                Jari-jemari aku masih tak penat nak klik folder gambar dekat facebook Keroro aka Arsya nama fb dia. Ceh, keputusannya masih hampeh tak ada.

                Kejap.

                Apasal aku rasa macam ada yang tak kena? Aku pandang ke belakang. Lah... Serra tengah skodeng aku! Eiii geramnya. Bila masalah dia bangun?

                “Kenapa abang tengok facebook Kak Arsya?”Terus aku rasa terkejut. Serra kenal ke?

                “Kenal ke?” Dahi Serra terus berkerut. Jadi dengan aku sekalipun ikut terkerut dahi.

                “Mestilah. Kan dia sama tingkatan dengan abang. Lain kelas je.” Mulut aku terus ternganga. Serra bangun meninggalkan aku. Aku terus tarik tangan dia. Budak ni, aku tak habis soal ni!

                “Apa ni. Orang nak tunjuk gambar dia dalam majalah sekolahlah. Nak tengok ke tak nak?”

                “Mestilah nak.”Tak sampai dua minit, dia sudah keluar dengan bawa keluar majalah sekolah tahun lepas. Tangan Serra terus buka ke halaman yang dikehendaki. Jari telunjuknya terus menghala ke satu wajah.

                “Inilah Kak Arsya.” Aku rasa macam kenal tapi tak ingat. Maklumlah otak berkarat lepas habis SPM. Tapi aku tetap nak ingatkan juga siapa Arsya.

..........

                Malam semalam aku tunggu Arsya on. Tapi dia tak on langsung dekat facebook. Dekat chatboxpun tak ada. Aku tengok jam baru pukul sembilan malam. Aku capai laptop dan tekan butang on.

                “Wah dia dah accept. Hehehe nak kacaulah.”

Adam : Hai... [okay aku tunggu seminit... dua minit... tiga minit... lima minit... cis tak berbalas. Tak pe aku cuba lagi.]

Adam : Uiksss keroro... roro roro~

Arsya : Meyyowee? [haaa... baru ada respon. Aku dah mula senyum tanpa kawalan. Hahaha]

Adam : Yup. Aku nak tanya satu soalan boleh?

Arsya : Boleh. Satu soalan satu candy.

Adam : Candy kau tuntut bila aku dah gaji ok. Aku nak tanya, hari selasa hari tu kau ada tak pergi ke kedai buku dekat shopping mall? Kau pakai baju jeans warna biru. Seluar jeans warna biru. Tudung hitam?

Arsya : Woi kau stalk aku ke? [yes dia marah. Betullah tu~]

Adam : Mana ada. Takdir wei. Takdir aku nampak kau dan takdir kau pulak tak nampak aku.

Arsya : Mana kau tahu orang tu aku.

Adam : Sebab adik aku bagi tahu. Dia tunjuk majalah sekolah ada gambar kau.

Arsya : Adik kau sama sekolah dengan aku? Maknanya kau sama sekolah dengan aku?

Adam : Yup dan no. Adik aku ya. Aku tak. [Saja je aku tipu sebagai satu strategi. Aku nak tahu siapa Poyyo pulak lepas ni.]

Arsya : Ohhhh....

Adam : Aku nampak hari tu kau beli novel Siti Rosmizah. Tajuk dia Tujuh Hari Mencintaiku kan? Tak sangka ganas-ganas kau tapi suka baca jiwang. [Aku nampak dia sedang menaip membalas ayat aku.]

..........

                Dah tiga hari aku kenal dengan Arsya. Nampaknya walaupun dia suka baca novel jiwang, tapi dia tak percaya cinta sejati.

                Aku sebenarnya suka baca je. Tapi tak percayapun cinta. Iyelah sebab aku tengok mak bapak aku kahwin keluarga atur. Jadi dalam novel sama ada dia orang bercinta pastu kahwin atau kahwin baru bercinta. Tapi aku tak nampakpun apa benda yang dinamakan ‘cinta’. Bagi aku cinta bukannya satu sebab untuk kahwin. Kahwin itu jodoh. Sebab orang bercinta belum tentu kahwin. So the conclusionnya aku tak percaya cinta sejati.

                Isk pening juga aku dengan fahaman perempuan. Tiba-tiba mata aku terpandang novel adik aku. Hah, Serra!

..........

                “Apa ni. Macam semacam je soalan abang.” Mata Serra memandang aku dengan penuh curiga.

                “Aku tanya je. Jawab jelah.”

                Serra meletakkan buku komiknya dan ditelangkupkan ke atas kusyen. Dagunya diurut beberapa kali.

                “Macam ni. Abang tengok langit waktu siang. Abang nampak tak bintang?”Eh budak ni. Aku bukannya tanya soalan sains. Aku tanya dia maksud cinta sejati. Bukannya pasal bintang, bulan atau planet! Tapi dia desak aku jawab juga.

                “Mana ada. Bintangkan ada waktu malam je.” Kata aku. Serra hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil jari telunjuknya digoyangkan ke kiri dan ke kanan.

                “Abang silap. Nampak sangat tak khatam belajar sekolah. Kan matahari tu bintang jugak. Kita boleh nampak bintang pagi dengan malam. ”Aku tertanya-tanya. Apa yang dia cuba nak sampaikan?

                “Jadi?”

                “Sebenarnya kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah jumpa dengan cinta sejati. Padahal kita dah jumpa. Macam abanglah. Matahari tu bintang. Dan abang tak tahu pun yang matahari tu spesies bintang juga. Macam Kak Arsya pula, mungkin pada masa depanlah, dia tak perasan yang dia dah jumpa cinta sejati. Padahal cinta sejati dia ada dekat depan dia.” Aku mengangguk cuba menghadam apa yang disampaikan oleh Serra. Tapi lima saat kemudian kepala aku mula menangkap beberapa perkataan.

                ‘Kak Arsya?’Aku mula memuncung.

                “Mana kau tahu aku tanya pasal Kak Arsya? Kau stalk fb aku lagi kan?”Serra cuma tersengih sambil membuat peace. Aku baru nak baling bantal terus tak jadi bila Serra mengangkat tangannya.

                “Oppp ada sambungannya.”Tangan aku terus memeluk kusyen.

                “Mungkin mak ayah Kak Arsya tak kahwin sebab bercinta... tapi itu keputusan yang mengembirakan ramai orang. Mungkin mereka jugak bercinta selepas kahwin? Selagi diorang ditakdirkan untuk bersama dan masih mampu hidup bersama. Sebenarnya cinta ni dirasai, tak semestinya ditayang. Tak gitu? By the way, cinta itu hanya boleh dirasa oleh orang yang bercinta. Orang lain mungkin payah nak nampak cinta yang orang sedang bercinta rasa.”Aku mengangguk walaupun tak faham apa yang Serra cuba sampaikan. Pergh... Adik aku ni memang ada bakat jadi falsampah cinta.

                Malam ini juga aku membalas mesej Arsya dan hantar ke private message di facebook Arsya. Walaupun malam ini Arsya tak on. Biarlah malam ini mesej itu menunggu Arsya membaca. Semoga pendapat dia berubah.

..........

Arsya : Adam. Aku cuba fahamkan apa yang kau cuba sampaikan tentang mak bapak aku. Aku rasa mungkin pendapat aku akan berubah.
Mak bapak aku-masih bergembira bersama walaupun tak bercinta.
Macam mana pulak kalau cinta sejati? Terangkan lagi.

                Terus aku terkaku apabila membaca soalan Arsya. Apa yang aku nak kata dekat dia tentang cinta sejati? Kali ini aku akan tulis apa dari hati aku pulak. Jari-jemari aku sudah mula bersedia di atas keyboard.

Adam: Sebelum aku jawab soalan tu, aku nak tanya kau satu soalan dulu.

Arsya: Apa dia?

Adam: Kau tengok tak cerita Indon yang main petang-petang tu?

Arsya: Hahaha. Mestilah. Aku ni peminat sinetron tegar tau! Lagipun aku suka tengok hero tu- Nara.

Adam: Saje je aku nak bagi tau yang aku pun tengok cerita tu! Hahaha. Aku pulak suka heroin dia- Nia.

Arsya: Eeeiiii... Saje je. Bagi tau lah cepat jawapan kau tu.

Adam: Cinta sejati? Ada orang kata cinta sejati tu tak semestinya bersama. Bagi aku apa gunanya menyintai kalau si dia bukan untuk kita miliki. Cinta tu selalu datang dan pergi. Cinta juga boleh pudar, hilang, datang, pergi, hinggap dan macam-macam. Cinta tu susah nak dijangka apa akan terjadi. Jadi bagi aku cinta sejati tu macam ‘magik’. Cinta sejati ini memerlukan perasaan yang kuat antara dua pasangan. Bukan bertepuk sebelah tangan je. Dan kita tak tahu bahawa someone special tu cinta sejati kita atau tak. Hope my dear keroro roro roro akan faham!

                Aku cuma tersenyum selepas jari aku menekan butang enter. Pada waktu yang sama juga dia offline. Cis.

                 Oh, apa yang aku dah buat ni. Argh aku memang kena masuk hospital. Kronik sangat aku ni.

..........

                Aku melangut dekat beranda. Kenapalah KL ni payah betul nak nampak bintang? Aduh bila aku tengok bintang, terus aku teringat Arsya.

                “Yo bang!”Serra tepuk belakang kepala aku. Ceh aku baru je nak layan jiwang.

                “Besok dah hari ambil result. Dah berapa lama aku menanggung rindu?”Aku mula mencebik mulut. Tak tahu kenapa malam ni aku nampak satu bintang berlatarkan malam gelap.

                “Sabar jelah.”Serra menjawab sambil melangkah masuk ke dalam ruang tamu semula bila iklan di televisyen sudah habis.

..........

Tiga hari kemudian...

                Sekeping kad berbentuk empat segi masih aku tatap. Walaupun kad itu tak ada bau, tapi aku hidu berkali-kali. Bila letak dekat dada, alamak rasa macam dekat dengan hatilah pula.

Kepada: Meyyow
          TERIMA KASIH

                Nasib baiklah emak aku pergi kerja. Serra pula pergi sekolah. Aman sikit aku nak layan jiwang. Memori tiga hari lepas masih aku ingat.

..........

                Slip keputusan SPM sudah berada dalam genggaman. Selepas aku melangkah keluar dari sekolah ini, adakah aku akan merindu? Ah, hidup kena diteruskan.

                Tiba-tiba baru aku teringat yang aku datang dengan Pedos. Tapi selepas aku bersalaman dengan budak-budak sekelas dengan aku, dia dah hilang. Biarlah. Dia bukannya budak kecik yang aku kena pantau selalu. Sekarang ini, mata aku sedang meninjau mencari empunya badan yang bernama Arsya.

                Tak nampaklah pula. Tak datang ke? Aku cuma mampu mengembuskan nafas yang bercampur haba kecewa. Kecewa kerana tak dapat tengok Arsya secara face to face. Sudahlah facebooknya sudah lama menyepi. Ke mana kau menghilang Arsya?

                “Dem!” Suara Pedos menjerit memanggil nama aku. Jari telunjuk kiri aku sumbat ke dalam telinga. Dia ni kalau tak jerit panggil aku memang tak sah hidup dia.

                Mata aku membulat melihat Arsya berdiri sebelah Pedos. Apakah ini? Adakah ini yang dinamakan sebagai fatamorgana? Langkah aku semakin laju apabila Pedos melambai ke arah aku.

                “Dem. Ini sepupu aku, Arsya. Dia kelas 5 Zamrud. Aku tau, kau bukannya tengok aweks-awek kelas lainkan? ”Terang Pedos. Mulut aku nak menegur Arsya. Tapi pipi aku terasa kebas nak bercakap. Keroro Roro Roro. Betapa aku nak sebutkan perkataan itu sendiri dari mulut aku. Aku dah faham, maknanya Poyyo selama ni ialah...

                “Pedos.”Pedos terkebil-kebil memandang aku. Iyelah, punya dia membebel dari tadi tapi aku buat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

                “Ya?”

                “Engkau sebenarnya Poyyokan?”Soal aku. Ya, aku inginkan kepastian. Mata Arsya dan Pedos mula memberi respon. Mereka memandang antara satu sama lain.

                Aku menyedut oksigen sebanyak mungkin. Belum sempat mereka berdua mengeluarkan satu huruf dari mulut mereka, aku dulu hari dah potong.

                “Keroro Roro Roro?” Ujar aku sambil tersenyum nakal. Berbulan-bulan aku praktis untuk menyebut nama itu. Bibir Arsya mula mengukir senyuman.

                “Meyyow!”Jerit mereka berdua serentak. Beberapa orang yang lalu ditepi kami mula pandang semacam.

..........

                “Mana kau tahu aku Keroro?”Soalan tahap mega punya kacang. Aku menghirup beberapa teguk air sirap sebelum menjawab.

                “Well... Aku ada penyiasat tak bertauliah.”Arsya dan Pedos terus mencebik.

                “Mesti Serrakan?”Soal Pedos.

                “Oh Serra yang kau syok ke? Yang selalu gelar kau Poyyo kan?”Serra bertanya pula pada Pedos sambil memandang tepat ke mukanya. Mata Pedos terus berair apabila dia sendiri tersedak air yang diminumnya. Aku cuma tergelak walaupun aku sendiri terkejut. Arsya juga.

                “Woi mana ada. Mana ada. Dia ni pandai-pandai je.”Nafi Pedos sambil kedua belah tangannya dibuat symbol ‘X’. Heh. Bibir Arsya terus mencebik. Nak tipupun agak-agaklah.

                “Dia pun suka kau.”Kata aku.

                “Iyeke?”Sekali lagi Pedos tersedak.

                “Entah.”Pedos terus mengetap bibir. Aku pula yang tergelak.

                “Tipu je tau.”Ada orang dah mula merajuklah.

                “Kau nak tau tanyalah dia sendiri.”Aku mencabar. Arsya hanya mengangguk sambil tersenyum mempamerkan gigi. Atau lebih tepat kalau aku katakan dia sedang menahan gelak.

                “Oh. Arsya lama tak on. Pergi mana?”

                “PLKN”Aku mengangguk. Patutlah dia lama tak ada.

                Kemudian Arsya mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Sekeping kad dihulurkan kepada aku. Aku menyambut kad tersebut.

Kepada: Meyyow
          TERIMA KASIH

                “Kenapa bagi?” Arsya mengangkat keningnya sebelah. Tak faham.

                “Tak. Kenapa bagi kad ni. Sedangkan kau tak kenal aku. Hari ni baru kita jumpa. Kenapa dah siap-siap buat kad ni.”

                “Firasat. Sebab aku tahu kau kenal aku. Dan kau mesti tegur aku bila kita jumpa.”

                Aku mengangguk faham. Aku senyum. Dia senyum. Pedos yang tadi buat muka muncung mula berkerut dahi.

..........

                Kini kami akan membawa haluan masing-masing. Ingin mengejar bintang kejayaan dalam kehidupan. Bintang kejayaan. Sebenarnya kami semua dapat sambung belajar di tempat yang berbeza dan jauh!

                Tentang Arsya . Pada hari terakhir kami berjumpa, aku sempat berterus-terang dengan Arsya. Rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan!

                 Dia unik. Dia juga insan yang mengajar aku supaya melihat cinta daripada pelbagai perspektif.  Dia yang aku sayang. Dia yang aku cinta. Cinta dalam penantian. Selagi ada bintang, aku akan mengingati dia.
...........

                “Kalau aku rindu kau macam mana?” Arsya terus tergelak.

                “Bagilah aku satu keping gambar kau.”Pinta aku. Arsya terus mengeleng.
               
                “Bahaya.”
               
                “Kenapa pulak bahaya?” Tanya aku.
               
                “Bantai nanti kau bawak gambar aku jumpa tok moh macam mana?” Ceh. Dia ingat aku ni apa. Nak jampi-jampi orang.
               
                “Tapi...!” Aku hanya mengangkat kening.
               
                “Senang je. Kau tengok bintang. Sebab hobi aku tengok bintang. Mungkin kita sedang merenung langit pada waktu yang sama. Dan mungkin kita juga sedang melihat bintang yang sama.” Senyumannya terus terukir. Matanya dipejam rapat. Seperti membayangkan betapa indahnya bintang di langit.
               
                Aku juga memejamkan mata.

*** Nota pengarang

Mungkin kisah ini taklah seronok mana. Bagi aku sendiri, aku menulis untuk menggerakkan jentera otak kiri aku. Itu sebabnya aku menulis. Jejaka seperti Adam wujud ke? Aku sendiri tak tahu. Cuma satu yang aku pasti. Ada orang yang mencintai seseorang dan cuma mendiamkan diri dan cuma menunggu. Hanya membiarkan masa, perasaan dan takdir untuk mengatur kisah cinta mereka.  Apa-apapun, tajuk asal tajuk ni ‘Bintang Cinta’.  Aku berharap korang tak muntah baca tajuk asal cerpen ni. Aku sendiripun rasa geli-geliman nak gunakan tajuk ini. Sebab tu aku tukar tajuk dia. Hahaha. Persoalannya. Mampukah melihat bintang dapat mengubat rindu? Hehehe... Sebelum itu aku nak cakap yang aku buat cerpen ni untuk Kak Arsya (sorry curik nama... Hahaha) dan Jenab yang suka tengok sinetron. Agak-agak korang tahu tak cerita sinetron apa yang aku maksudkan tu?

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

6 ulasan: