Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Rabu, 31 Disember 2014

Melangkah Ke Tahun Baru -2015!

Adat bumi berputar keliling matahari. Sekaligus masa terheret sama untuk terus berdetik setiap saat, minit, jam, hari, bulan atau tahun. Tak pernahpun masa berhenti walaupun hujan, kilat atau taufan melanda.

   Ya, tahun 2015 bakal menjelma. Aku hanya akan rasa meluat bila orang kata -"Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je sambut tahun baru.". Kadang-kadang aku rasa manusia yang terlalu lembab sampaikan banyak saat yang disia-siakan. Heh.

   Apa ada pada tahun baru? Bagi aku, tahun baru bermaksud aku akan membuka helaian diari baru. Yup aku ada diari dan tahun 2015, aku masih belum ada nama untuk diari aku lagi.

   Well... Bagi aku tahun 2014 terlampau banyak benda yang berlaku. Terlampau banyak. Itu belum lagi dicampur dengan apa yang terjadi dekat negara kita.

   Tahun 2014 terlampau banyak perasaan yang aku terpaksa hadap. Mungkin lebih tepat kalau aku kata tahun 2014 tahun dugaan. Bila aku diduga rasa marah, aku rasa nak 'meletup'. Bila rasa malu, aku rasa 'stupidosss'. Bila aku rasa rindu, aku rasa nak benci. Bila aku rasa sedih pulak, aku rasa nak pergi ke satu tempat yang khas untuk aku seorang.

   Apa yang menanti aku pada tahun 2015? Itu semua rahsia tuhan sebab aku bukan tukang tilik. Sekarang harapan aku untuk tahun 2015 sedang menggunung. Setinggi langit, mungkin. Apa-apapun semua terserah pada kehendak Allah. Tuhan yang maha mengetahui. Semoga aku lebih tabah. Semoga kita lebih sabar.

   Kalau nak tahu, berbelas-belas tahun dulu, satu januari ialah tarikh atok aku meninggal. Yang dituruti semua 25 (kalau tak salah) saudara yang lain. Aku tak kenalpun siapa mereka. Cuma sejarah keluarga.

   Apa-apapun, selamat datang wahai tahun 2015. Semoga setiap helaian diari aku akan diisi dengan perkara yang lebih bermakna.

o=(^3^)=o
♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 15 Disember 2014

GA MYSTIC CITY BY BAJUWARNACOKLAT

Jom join! ^^

:: klik banner ::


Tarikh expired : 30 Januari 2015


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Eksperimentasi Header #1

Hohoho~ Aku rasa ini header aku yang paling cun aku pernah buat xD

   Uikzz nampak bebenor masuk bakul angkat sendiri. Lagipun sekarang aku dah ada cap mohor aku sendiri!




    Fuh~ inilah hasil kejayaan aku setelah mengadap netbook berjam-jam lamanya!!


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 4 Disember 2014

Jumaat, 28 November 2014

GA CUTI SEKOLAH by Asyu

   For my betomei-tomei kakak, yeah aku join segmen dia. Siapa dia? Dialah kak Asyu. Mizz Superzzz boleh digelarkan. Haha.

   Okay straight to the point, no bengkang bengkok, nak dipendekkan cerita.... Aku nak bagitahu kat korang yang Kak Asyu buat GIVEAWAY!

   Aaa... join jangan tak join tau. Ingat senang-senang ke Kak Asyu nak bagi novel. Hahaha.

   Nak tau apa hadiahnya kalau menang? Cuba tengok bawah...


Hadiah pertama




Hadiah kedua



Hadiah ketiga



   
Hadiah keempat



   Amacam, best tak? Kalau best cepat-cepatlah join ya. Kalau nak join boleh tekan gambar di bawah.




   
   Daripada maklumat yang aku dengar dari spy aku, mak Kak Asyu yang nanti pilih. Ayark!



♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 25 November 2014

Hye-hye; Bye-bye Baby

   Yeah. Hari ni aku mula menulis di blog. Hari ni juga hari last day paper SPM paper Biologi. Jadi, tamatlah zaman sekolah menengah untuk aku.

   Selamat tinggal semua kenangan. Tiada lagi baju sekolah, buku sekolah atau beg sekolah. Rindu ke nanti?

   Well, bye-bye sekolah. Hye-hye holiday!
♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪