Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Sabtu, 18 Julai 2015

Salam Syawal 1436H - 2015

Yosh~!




Assalamualaikum,

Kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada sesiapa yang baca blog aku.

Tahun ini masih macam tahun-tahun yang sebelumnya.

Banyak kawan-kawan aku yang balik ke kampung.

Ada yang balik Johor. Ada yang balik Melaka. Ada jugak yang balik Kedah. Oh btw aku baru tau banyak kenalan aku yang ada kampung dekat Johor. Hahaha.

Aku pulak beraya dekat mana?

Mereput kat rumah je Nokzz. Tapi 'tol' tetap dapat beb. Ahak...

Almaklumlah... Aku ni tak ada kampung. Jadi beraya kat KL saja.

Hah!

Korang dah dapat kutip berapa banyak tol?

Banyak? 

Wuu... Dah berapa siri?

Ehh... Lebih-lebih pulak.

Hahahaha.

Ada sesiapa yang dapat kad raya tahun ni?

Aku hanya dapat sehelai kertas raya je. -Mizz Bom yang bagi.

Isk sadis betul.

Buat pengetahuan korang. Tahun ni aku baru jumpa satu manusia jenis baru dalam hidup aku.

Manusia yang tak suka kad raya.

Dia cuma suka wassap.

Bila aku suruh dia makan rendang.

Dia kata dia makan ayam masak merah jer.

Tak pasal-pasal aku pulak yang kecur air liur.

Haih...

Inilah orang pertama yang mengaku dekat aku macam tu.

Ramai ke orang macam dia? *angkat bahu*

Entahlah... 

Semoga korang baca entri aku yang seterusnya. Chau.

Peace!






































Eh.

Lupa pulak.

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
-yang benar Tee


Sekian,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 12 Julai 2015

Lima Impian - Me n Blog

Yosh~!

Dekat bawah merupakan angan-angan purbakala aku bila aku buat blog. Ehem. Tau tak yang aku mula berblog sejak aku tingkatan dua? -x-

1. Dapat duit
Yeah. Dulu aku siap berdaftar dengan iklan churp-churp. Tapi last-last aku malas. Ke laut juga harapan aku yang kononnya nak kumpul duit dengan blog.

2. Famous
Peh.
Ini memang tak boleh blah. Bila aku fikir-fikir balik... Eh apa yang aku fikir dulu eh?
Takpe. Aku yang dulu bukan seperti yang sekarang. Hahaha.

3. Stalker
Ini memang tabiat aku sampai sekarang. 
Aku stalk blog orang. Termasuk blog budak ex-classmate aku yang sekarang sambung study di UPM. Sampai sekarang aku tak bagi tahu yang aku masih lagi mengintai blog dia.

4. Nak buat novel
Wuuu...
Tak boleh blahkan? Aku memanglah bercita-cita nak jadi penulis. Macam Nass Alina Noah ke...? Kenal tak? Aku minat giler dengan siri novel Romeo versus Juliet yang dia tulis. Ada siapa-siapa nak jual dekat aku tak? Ehh... Sempat pulak.

5. Hobi menulis
Yeah. Ini merupakan kronologi kepada cita-cita aku nak jadi penulis.
Kiranya menulis dekat blog, penulis jugak? So, one misson accomplished! Yeay~
Tapi aku selalu tak ada idea nak tulis apa. Kenapa ya?
Sebab aku tak ada misi ke? Atau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab aku memang blur ke? -..-







Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 5 Julai 2015

Otak Tak Kritis

Yosh~!

Otak kena kritis bila masuk form six. 
Nanti senang nak kritik. 
Jangan jadi macam saya. 
Otak berkarat. 
Gear tak larat nak pusing lagi. 
Kan seronok kalau ada kedai servis otak? 
*sengih*

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Buku : Catatan Matluthfi

Yosh~!

Hello... Ada siapa yang tak kenal Matluthfi ke? Waktu dulu dia meletup habis sampai bersepah-sepah pasal dia. Aku tahupun sebab kawan-kawan fb aku sibuk cerita. Video dia itulah. Inilah. Tapi aku pernah tengok satu video je. Itupun tak sampai habis sebab internet slow. Hahahaha.

Blog dia pulak? Erm. Sebenarnya aku malas nak baca balik entri-entri lama dia. Aku pernah baca beberapa entri yang dia pernah tulis. Nasib baik tak baca semua. Kalau tak mesti aku tak beli buku ni. :x





Di tengah buku. Terselitnya dua keping kad raya xD


Penulis : Matluthfi
Penerbit : Open Bridge Publications Sdn Bhd
Harga : RM 25.00

Sinopsis

Ini semua catatan seorang manusia dari Utara yang guna nama Matluthfi. Dalam buku ni banyak kisah yang bercampur-campur macam rojak. Jangan tak tahu yang dia dari Utara dah sampai ke Perth. Disebabkan Matluthfi ni famous, dia pernah dapat banyak anugerah. Antaranya seperti Shout Aloud Award, Digi Wow Award dan Vlogger Terbaik. Nak tau apa catatan lelaki ini? Sila baca sendiri. 

Komen

Dia guna ayat slamber. Tapi boleh buat kita gelak. Dia buat beberapa ayat. Kita boleh jadi sentap. Aku suka gaya tulisan dia. Aku suka kulit buku dia. Aku suka gambar monyet dalam buku dia (m/s 4).

Bro. Saya bagi anda lima per lima bintang.

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 4 Julai 2015

Definisi Seni

Yosh~!

Walaupun kita kata seni itu umum. 
Berbeza mengikut pandangan individu. 
Aku cuba mengikut petua tersebut semasa mencoret satu ayat.
Salah.
Habis dua garis merah bersilang di kertas soalan. Di tepi jawapan.
Siapa kata seni itu umum?
Yang penting teori itu musuh umum.
Macam conan dengan kaito.
Musuh.
Ada masa bertembung juga.

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Tak Tahu

Yosh~!

Kadang-kadang tak tau.

Gembira ke?

Sedih ke?

Marah ke?

Suka ke?

Benci ke?

Sayang ke?

Tak kenal diri sendiri. Layak ke nak judge orang? Momentum reminder...

Ouch.

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ilusi

Yosh~!

Setinggi manapun bangunan
Hanya ilusi bangunan yang mencecah langit.

Seupaya manapun jari menunjuk

Hanya ilusi jari menyentuh langit.


Moral:
Jangan mudah cepat kagum. Watlek dulu. Perhati. Baru nilai ok atau ko.

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Jangan Salah Pilih

Yosh~!

Situasi salah pilih sarung kusyen raya.

Ambik bungkusan. Ambik resit. Masuk plastik. Jumpa cashier. Pergi tukar. Done.

Tapi.

Kalau...

Salah pilih kawan.

Macam mana pulak?

Takkan nak sangkut kat hanger?

Aku bukan kawan yang baik. Atau aku memang kena sumpahan tak boleh berkawan?

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Selasa, 30 Jun 2015

Pra-U Life #1

Yosh~!

_kawan

Puh~

Puh~

*bunyi tiup habuk 1 cm*

Hai. Dah lama aku tak menulis. Notebook aku ni dah berhabuk sebab tak bersentuh selama beberapa hari. Ceh, kononnya.

Itulah dulu senior tu kata busy, tak percayakan? Siap suruh dia sambung menulis lagi. Erk!

Kesempatan yang aku ada pada hari ini ingin aku menyatakan bahawa bila kita dah masuk kehidupan pra-u ataupun ada yang masuk U mahupun kolej... Sukar.

Yeah bagi aku sukar. Kisah itu akan aku kupaskan dalam entri yang seterusnya (tak janji aaa...). Pada pagi yang diriuhi dengan bunyi burung-burung gembira berkicauan *pergh* aka hari ini, aku cuma nak bercerita pasal kawan.

If you are in my 'world'... Then you will know how I feel.

Serius.

Bila kau dah masuk zaman pra-u macam aku... Kau kena set dalam otak. Sekolah baru *kepada yang berkenaan sahaja*. Cikgu baru. Subjek baru. Tapi yang paling penting... Kau akan jumpa spesis makhluk-makhluk yang baru terlepas dari jungle. Nampak tak ada hiperbola di situ?

Pengaruh kawan amat berleluasa pada zaman ini. Seolah-olah permainan pemburu vs diburu. Siapa lagi yang diburu melainkan diri aku sendiri. Aku sendiri masih takut. Aku takut aku terperangkap dalam sarang labah-labah mereka. Bolehkah aku menyelamatkan diri aku sehingga 'last game' ini?

Dah sebulan lebih aku bersekolah di situ. Dah macam-macam perkara jadi dekat diri aku. Sebagai satu contoh... Adalah tiga orang minah ni. Nama mereka yang berlainan sungguh daripada kad pengenalan masing-masing iaitu Jemah, Senah dan Munah. Tiga-tiga makhluk ni suka kata aku dengan satu senior ni.

Kau akan rasa terawang-awangan di situ. Ops. Bukan terawang-awang sebab kau diangau cinta. Tapi sebab berdengung dek ayat-ayat mereka yang asyik menerobos lubang telinga kau yang dah tak digali selama sebulan. Betul.

Sebab namanya dah satu sekolah. Jalan sana nampak senior tu. Maka si Jemah akan sibuk menyiku lengan aku. Jalan situ nampak lagilah... Bibir Si Senah pulak tak boleh duduk diam. Tapi agak berbeza dengan Munah. Bila aku pandang atas nampak senior tu, Si Munah pulak tak sabar nak jumpa. Aiseyman beb. Kalau suka tolong please jangan tarik aku boleh tak?

Haa... Itu baru satu cerita.

Tak campur lagi kisah godaan mengajak aku jadi minah salleh tak menjadi. Apa lagi kalau bukan warna rambut. Nasihat aku pada yang terkena macam aku, tak payahlah sibuk nak cat rambut kau mahupun kuku kau. Dah cukup cantik dah. Katanya warna rambut tu boleh tahan beberapa hari je. Kalau kuitik*tak reti eja* sekarang ada yang boleh cabut je. Cukuplah kalau kau mengecat dinding rumah kau sempena raya nanti. Apa warna kau nak letak... Suka hati kau lah. Sebenarnya aku ada satu soalan nak tanya dekat makhluk sebegitu.

"Tak cukup ke baju dah berwarna-warni? Tak cukup ke gelang, rantai dan jam anda ber'bling-bling' sudah. Nak rambut plus kuku berwarna warni jugak? Komen aku simple je. Just be simple as you can. Beli DVD Conan lagi best. Sponsor aku boleh?"

Ada jugak kawan yang akan membuatkan kau rasa nak brainwash balik otak. Ini memang tahap dangerous. Tak nak cakap.

Selain itu! Ada jugak mamat yang bila nampak, macam sesuci minyak murni je. Tapi dalam wassap... Bukan minyak murni dah. Dah macam minyak pak cik pasar malam goreng ayam berkali-kali sampai hitam legam warnanya.

Setakat ini aku rasa masih normal. Tolong doakan aku tetap normal sampai tahun depan. Jangan biarkan pemburu-pemburu itu terus memburu aku ataupun diri kau sendiri. Sila ambik apa yang baik saja dalam entri ini. Yang lain sila filter sendiri.

Kadang-kadang, melalui susunan ayat boleh menjadi motivasi.
#tq_bro


Salam 13 ramadhan gais.

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 4 Jun 2015

Review: Mei Chan No Shitsuji

Yosh~!

:: kredit ::


Episod : 10
Tahun : 2009

Kisah drama ni mengenai seorang gadis bernama Mei. Kehidupan asalnya dia mempunyai mak ayah yang berniaga udon. Tapi satu hari kedua-dua orang tuanya mati dalam kemalangan. Kehidupan biasa-biasa Mei berubah bila dia dapat tahu bahawa diri dia pewaris Hongo yang kaya-raya. 

Jadi dia terpaksalah bersekolah dekat St. Lucias' Academy. Itupun sebab datuk dia yang paksa. Dekat sekolah tu, semua pelajar perempuan ada seorang butler kacak. Tiap butler pulak ada ranking sendiri. Termasuk diapun dapat seorang butler bernama Shibata Rihito, butler kelas S Tertinggi. 

Awalnya, semua orang tak suka dia. Tapi, lama-lama barulah dia ada ramai kawan. Kawan baik Mei, Kento aka adik Shibata sanggup menjadi butler dekat sekolah situ. Sebenarnya dia jelous sebab diapun ada hati dekat Mei. 

Rupa-rupanya dekat sekolah itu, Mei ada pesaing pewaris Hongo iaitu Shiori. Ada jugak yang sanggup jadi tali barut demi Shiori untuk hapuskan Mei. Macam-macam dia buat dekat Mei. Tapi Mei sabar je.

Dekat sekolah itu pulak ada satu undang-undang bahawa butler tak boleh bercinta dengan tuannya sendiri. Tapi Mei dah terjatuh cinta dengan Shibata. Shibatapun suka dekat dia jugak. Dan... Shiori pulak syok sendiri dekat Shibata. Maknanya Shiori bukan saja berebutkan menjadi pewaris Hongo tapi dia juga nakkan Shibata jadi butlernya.

Jalan cerita best jugak. Dengan keletah budak-budak sekelas dengan Mei. Pe'el butler dengan tuan dorang masing-masing memang kelakar.



Bintang : 4/5

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 31 Mei 2015

Hooray cuti sekolah!

Yosh~!









Haih. Best jugak jadi budak pra-U. Sekolah cuti, akupun tumpang sekali cuti. Padahal ada budak-budak ex-classmates aku baru daftar masuk U semalam. Baru nak mulakan hidup balik. Good luck gais yang baru nak menempuh hidup luar kenormalan. Asal pulak? Iyelah selama ni kan boleh terbongkang kat rumah. Sekarangkan dah berhijrah ke 'rumah' baru. *ngeee*

Sepanjang beberapa minggu aku dekat sekolah baru ni... Isy tak payah cakaplah. Ada kenangan yang mengembirakan sampai tahap nak terbang ke langit. Ada juga rasa geram sampai nak je tumbuk dinding laju-laju . Tapi yang paling tak boleh blah ialah pengalaman yang memalukan!

Isk... Kenapalah aku ni selalu sangat memalukan diri sendiri dekat depan mamat-mamat senior? *mengeluh* Tapi bila fikir-fikirkan balik, rasa kelakarpun ada. Tapi... rasa macam nak tutup muka dengan buku Ekonomipun ya jugak. Hahahaha.

Sekarang ni tempoh percubaan di sekolah baru dah habis.

Aku terfikir. Habis cuti sekolah dua minggu ni... Adakah aku akan berbalik ke diri aku yang dulu? Atau kekal dengan diri aku yang sekarang.

Dua-dua sisi itu ada baik dan ada buruknya. Aku sendiri keliru.

Ehem. Apa-apapun happy holiday gais! Maybe lepas ni aku lagi suka menulis sebab aku dah ada boyfriend. Putih melepak lagi. Siapakah?

Dia Capital A, Mr. Asus

\(^o^)/

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 23 Mei 2015

Tragedi Jumaat !

Yosh~!

Serius aku nak gelak bila anak buah aku hantar wassap dekat aku kelmarin. Tengah malam dia gigih taip aku tanya soalan dekat bawah.


Lin-

Sekolah tu okay tak?

Budak 2 sana tak miang ke apa

Daus kata budak sana gatal


Aku-

Mana ada miang

Baik belake jer... Hahahaha

Sana best woo


Untuk pengetahuan korang, sekolah tingkatan enam aku ni sekolah lelaki. Tapi aku no hallah. Asal jangan nak piwiit-piwiit mahupun kenyit-kenyit dah okay.

Tapi bukan untuk hari semalam. Serius. Sesuatu yang aku tak pernah jangkakan pun telah berlaku.

Semalam aku dengan Zaf, Sarah dan Wan pergi ke library. Lepas tu ada satu kumpulan budak-budak masuk duduk depan meja kitorang. Aku jeling je waktu diorang main cekik-cekik. So diorang terus senyap.

Tiba-tiba je ada budak tu mintak nombor wechat. What? Yezza. that is the truth.

Ya Allah... Aku rasa macam nak jadi kura-kura je. Mak oih. Ada jugak budak merenyam macam tu. Dengan kakak seniorpun nak tackle. Dahlah baru tahun peralihan. Pandai-pandai je nak mintak nombor wechat.

Sorrylah dik. Hakak tak main wechat. Hakak main wassap je. Peace!

Hei Lin... Masin mulut kau. Sekarang aku rasa nak pelangkung je kepala kau sekali Lin. Grrr...!

Isk...tak kuasa aku 


Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Hari orientasi tingkatan Enam #2

Yosh~!

New Life


Woah... Busy like a bee. Siapa? Akulah. Aiyooo rindunya aku dekat blog. Kepada yang sudi menyinggah dekat blog aku, harap maaf sebab line internet sedang mengalami kesemputan.

Well... hello gais. Apa khabar? Yang ambik form six aka pra-u okay ke? Atau ada yang dah mencongak nak lari jauh-jauh bila dah dapat rayuan? Semoga korang buat pilihan yang tepat. Jadi aku sambung balik kisah minggu orientasi dekat sekolah aku yang telah berakhir pada jumaat minggu dulu.


Hari Kelima + Keenam

Tak ada apa-apa. Cuma berlatih dan berlatih dan berlatih menyanyi lagu choir.


Hari Ketujuh

Ouh yeah... Aku suka hari ketujuh. Hari persembahan. Kumpulan aku semua jadi awekzz dan mamatzz black metal sebab pakai baju seluar serba hitam. Dan tau apa kumpulan aku dapat? *senyum*

Kalah.

Ahahaha. Dahlah sebelum show aku ada tanya salah soalan kat satu mamat ni. Soalan yang disebabkan kesalahan teknikal otak blur aku sendiri. Malu! Sampai sekarang (tak surepun dia ke tak) aku akan pandang ke tempat lain bila nampak dia. Hahaha.

Lepas tu kumpulan aku menebus maruah dengan memenangi tempat pertama dalam pertandingan explorace yang aku memang tak boleh join.

Hari tu jugak semua budak dapat kertas untuk mintak signature dekat semua cikgu dan senior. Ouh yeahhh... Ini part yang paling best. Cikgu-cikgu dan senior-senior ambik kesempatan untuk membuli insan yang lemah seperti aku. Uhuk.

Macam-macam kena buat woo... Macam-macam gelagat... Ini pengalaman pertama bagi aku. Seingat aku, aku dulu pernah cakap dengan senior tak sampai sepuluh orang dekat sekolah lama dalam jangka masa lima tahun. Hahaha.

Di sekolah baru ni, aku membiasakan diri memanggil senior-senior aku kakak dan abang. Sebenarnya aku lemah nak sebut abang. Aku lagi suka panggil senior (atau mamat). Okay tau. Jangan ikut perangai aku. Serius aku tak pernah panggil abang dekat senior-senior lelaki dan aku akan cuba elakkan daripada sebut perkataan itu. *sengih*

Dan ini memang klimaks habis. Aku memang ada target satu mamat senior. Dia ni ex-student sekolah lama aku. Sebenarnya sebelum aku masuk form six aku ada terbaca blog dia dan ... Hahaha tak sangka dia masih 'wujud' di situ siap ada jawatan lagi. Esko Agama tu. Mungkin dia jugak salah satu sumber inspirasi aku nak masuk form six. Mungkin ye... Sekali lagi aku tekankan. Hahaha.

Berikut dialog aku dengan dia.

"Hrm... Nama apa?"

"Nama abang ke?" Aku memang confuse kat sini. Part senior selalu kenakan orang.

"Haah. Kalau nak bagitau nama sendiripun boleh." *oh.. siaplah!* Umpat dalam hati.

"Abang Ir kan?" Dia gelak sambil amik kertas dan baru dia nak sign...

"Abang ada blogkan?" Aku cakap sambil tahan sengih. Dia terus stop dan tengok aku.

"Pernah bukak ke?" Muka dia muka tak percaya tau. Aku angguk laju-laju.

"Apa nama blog tu?" Dia tanya.

"Ala... Tak ingatlah. Nanti saya balik saya carik balik." Part ni memang aku dah gelak tengok muka dia.

"Aduh... Alamakkk."

"Kenapa dah tak tulis lagi?" Aku saje tanya sekali nak bagi galakan sebenarnya. Hahaha.

"Oh. Busylah." Aku angguk sambil cuba memahami.

"Nanti bila menulis balik jangan lupa bagitau ye." Dia angguk terus berdesup lari. Hahaha.

Waktu aku balik aku memang dah tersengih-sengih. Tiba-tiba aku dengar lagu senior aku menyanyi - Pool. Memang hobi dia memekak termasuk dalam group wassap.


Hari Kelapan

Pergh!

Ramai giler ponteng hari ni. Jadi cikgu kumpulkan semua dekat bilik Merpati Putih aka bilik mesyuarat. Mula-mula cikgu kaunseling cakap pasal Hala Tuju Tingkatan Enam. Cikgu terangkan apa kelebihan mengenai tingkatan enam.

Lepas tu orang dari celcom pulak promote tentang pakej celcom untuk pelajar. So aku belilah satu. Habis semua tu cikgu bagi kebebasan dekat kitorang untuk mintak signature. Wahaha... memang part tak boleh blah.

Cikgu yang mula-mula aku mintak tandatangan suruh aku bagi tiga simpulan bahasa. Alamak... Kacang je. Aku bagi tiga simpulan bahasa dan dapat signature yang pertama. Tiba cikgu kedua aku nampak ramai giler budak-budak beratur. Aiseyman dia mintak nyanyi. Ada yang dia mintak baca doa dhuha. Aduh mak, dia suruh bagi resepi. 

Budak perempuan teragak-agak bagi resepi. Sekali cikgu tu cakap apa tau? Dia kata fail nak jadi menantu. Hahahha. Serius aku nak gelak. Tapi aku sendiripun... Kikikikkk *tutup muka dengan kusyen* Tiba turn aku, aku nyanyi je terus. Ciput jelah. Aku ni nama je dengar lagu tapi tak hafal. Sekali pengerusi MPP aka ex-senior sekolah lama sebelah aku der. Terstop aku nyanyi. Dapat sign cepat-cepat aku blah.

Now masa aku mintak signature kakak-kakak dan abang-abang senior. Okaylah sikit hari ni. Takde teruk sangat. Setakat tanya nama atau jawatan. Cuma ada somebody je kena dera suruh buat ala-ala proposal. Hahaha. 

Aku pulak terkena suruh nyanyi. Alamak... aku ni malas bebenor nak nyanyi. Bukannya apa. Aku nyanyi ni lari tempo. Kalau aku nyanyi pastu rakam balik. Isk syahdu. Tak rela nak dengar balik. Hahaha. Jadi aku memboikot tak nak menyanyi. Akhirnya aku dapat berbelas jugak signature pada hari ni. 


Hari Kesembilan

Well. Hari ni tak ada apa-apa. Cuma duduk dekat bawah dewan sampai tengah hari dan masuk kelas. Dan hari ini hari penamat minggu orientasi.


So... conclusionnya. Aku suka mula sukakan sekolah ni dari awal. Banyak memori manis+masam+kelat dekat sini. Tak macam sekolah lama. Hari pertama lagi dah rasa diabaikan. Sekarang ni aku cuma fikir tutup buku lama dan buka buku baru. :)

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 11 Mei 2015

Si Kaki Selfie

Yosh~!

donnowattosay


Aku sebenarnya tak kisah kalau orang nak berselfie.

Cuma kadang-kadang rasa ada gangguan.

Terasa privasi terceroboh bila diorang duk berselfie.

Iyelah. Macam-macam gaya pelik bebenor nak tangkap gambar.

Isk.

Tahulah nak jadikan gambar kenangan.

Atau nak masuk dalam pesbuk atau twitt tuh.

Tapi beragaklah orang sebelah.

Atau orang belakang.

Bukan semua orang suka.

Gangguan di mana saja.

-,-

Tolong fahami 'kami' !

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Jumaat, 8 Mei 2015

Hari orientasi tingkatan Enam #1

Yosh~!

Aku nak taip entri ni dari hari selasa. Lepas tu baru tahu internet dah habis, Nak tulis hari rabu dah penat. Hari khamis terbongkang terus. Hari jumaat pulak... Eh hari ni lah!

Okay, aku nak sharelah sikit hari orientasi aku dekat ... Sekolah baru akulah :p


Alkisahnya cenggini...


Hari Pertama

Fuh.

Ramai giler orang. Ada yang aku kenal. Ada yang tak. Lepas daftar aku rilek dekat tiang sampai cikgu suruh semua orang duduk. Tengah cikgu bagi intro adalah satu mak cik datang ke ibu aku. Alahai... Dah jadi projek jejak kasih kau!

Lapas tu macam biasa. Cikgu-cikgu bagi penerangan kasar tentang form six. Kepada yang tak tahu sekarang form six guna satu sekolah pusat dalam satu zon (rasanya). Tak ada lagi sini sekolah form six... situ... sinun... tak ada. Cuma ada satu saja. Dan sekarang dah boleh berpakaian kasual.

Habis cikgu bagi penerangan, para senior pulak memunculkan diri. Aku pulak macam...

"Wehhh budak sekolah aku tu. Perghh jadi pengerusi MPP (Majlis Persatuan Pelajar) kau. Tak sangka..."

"Eh mana senior yang dulu aku skodeng blog dia?"

"Jap macam kenal je... Senior sekolah lama aku eh?"

Setiap senior ceritakan pengalaman mereka sendiri. Ada wakil aliran sains, kemanusiaan dan yang tukar jurusan dari sains ke kemanusiaan.

Dalam banyak-banyak senior aku paling suka dengan Kak Fathia. Akak ni mula-mula ambil aliran sains dan hanya belajar dalam seminggu ke dua minggu (kalau tak salahlah...). Kemudian baru dia decide nak masuk aliran kemanusiaan dan telah ketinggalan lima topik. Jadi aku terus terfikir. Aku rasa aku tak patut paksa diri terima benda yang tak kena dengan soul aku. Sebelum menyesal kemudian hari aku dah kena fikir. Now!

Dah habis segala intro, kitaorang dipecahkan ke lapan kumpulan. Aku ditakdirkan ke kumpulan tujuh. Sama dengan 'someone' yang aku teringin nak lontar jauh-jauh. Grrr.... Dialah pujaan ramai. Duduk dengan dia aku rasa macam aku kena jajah dengan British. Sangat menyeksakan jiwa dan raga.

Selepas ice breaking, kumpulan aku dapat tugasan buat persembahan choir! Nasib baiklah tu kalau nak dibandingkan senam tari. Tak rela you.

Lagu yang dipilih ialah satu Malaysia. Sebab tema persembahan satu malaysia. Cikgu dengar tajuk lagupun dah cebik sambil... berlalu pergi. Uhuk. 


Hari Kedua

Ehem. Pagi tu macam biasa cikgu masih lagi penerangan. Sampailah masanya pelajar form six diarahkan masuk ke kumpulan masing-masing. Bersama abang-abang fasililator yang membimbing kitaorang untuk berlatih choir.

Bila duduk dalam group, aku rasa aku ni macam alien. Semua ada partner sekolah masing-masing. So I am lonely. Tak ada kawan. Aku tengok muka kau, kau tengok muka aku. Bila dah terasa seram pandang jauh-jauh. Hahaha... Siapalah tu ye? *sengih sambil peace*

Bilik mula-mula kitaorang masuk penuh dengan sawang. Haiyoo... apa keslah? 

Masuk bilik dua elektrik takde pulak! Sempat aku skodeng atas meja ada majalah-majalah sekolah tahun 2009. Uisy. Enam tahun tu... Macam manalah sesat kat situ eh?

Masuk bilik ketiga aka bilik masakan dan mulalah sesi menyanyi. Bukan memasak tau! 

Sangat penat weh. Trust me. 


Hari Ketiga

Hari ketiga bermulanya sesi taklimat mata pelajaran. Memang kena spare bawak buku catatan dan pen. Nak buat apa? Catitlah apa yang cikgu terangkan pasal subjek. Tak kisahlah subjek tu ada kaitan atau tak dengan aliran yang korang dapat. Bukannya apa. Manalah tahu korang berubah hati nak ambil subjek lain.

Kalau korang salin, korang bolehlah tahu gambaran kasar tentang subjek-subjek yang ada.

Tengah hari pulak ada program minat kerjaya. Mata dah kuyu. Perut dah kenyang makan mee sepinggan. Main tanda ajalah. Cikgu bagi penerangan dah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jangan ikut perangai ini!

Tiba-tiba lagu choir tambah lagi satu. Nyanyi lagu Itulah Sayang.

Tanya apa yang tak fahampun masih tak faham. So... Tiga huruf Holland diisi dengan hentaman saja. Habis je program tu sambung balik aktiviti 1 Malaysia Talent. Eleh... cakap ajelah choir. Tambah tiga orang ahli kumpulan tapi lelaki masih pupus. Oh... ketandusannya lelaki dalam kumpulan aku ni.

Waktu praktis entah macam mana aku tertembi muka kawan sebelah. Mamat senior sorang tu memang dah gelak sakan. Siap kata kalau rakam memang lawak. Haa... memang lawak. Kejap lagi menyumpah tak boleh jawab exam baru tau. 

Tapi kejam sangat pulakkan? So... diam ajelah. Huhuhu.


Hari Keempat

Hari terakhir segala penerangan pasal subjek. Bila masuk dalam kumpulan, baru perasan budak perempuan pulak semakin pupus. Budak lelaki pulak ramai. Keputusan yang berjaya dicapai iaitu hanya nyanyi lagu Itulah Sayang. 

Yeay!

Tapi time praktis memang tak boleh blah. Memang fail kalau nak jadi macam wonderpet tu. Huhuhu.

Sekian guys.

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 27 April 2015

Me versus Basikal

Yosh~!

Gila !

Ini semua kerja gila !

Mari mulakan satu pemberontakan !

Errr apa kejadahnya? Ahahahaha. Alkisahnya pagi tadi bapak aku bawak aku pergi Tasik Titiwangsa. Ha korang tahu tak yang dekat situ ada tempat sewa basikal?

Sejam- RM 10

Aku terpaksa belajar naik basikal weh. Kalau tak macam mana aku nak bawak motor. Kalau tak... musnahlah harapan aku nak SKUTER!!!

kayuh~ kayuh~ kayuh~


Ehem.

So. Percubaan pertama naik basikal. Hampeh.

Kali kedua. Hampeh gak.

Kali ketiga. Sangat hampeh.

Kali keempat. SUPER HAMPEH.

Nak kayuh sekalipun F-A-I-L. Isy isy isy. Macam biasa. Bapak aku bukannya nak bagi sokongan moral. Dia suruh aku naik basikal budak-budak. Serius? Yup. Yang ada tayar kenit kiri kanan tu? Yup.

Malu!

Drop water face aku. Adoii... Dahlah sakit duduk atas seat tu. Tapi rasa macam budak kecikpun ada. Seingat aku, dulu aku ada basikal macam tu. Waktu aku kecik-keciklah.

Tiba-tiba je rasa macam kanak-kanak ribena. Oi Tee, sedarlah dah umur lapan belas tahun. Bukan lapan tahun. Erk...

Bapak aku kerja dia duduk dekat meja asyik jerit je. Takut aku terbabas. Alamatnya karang aku terminum air tasiklah. Tapi sweet apa? Panas kut cuaca. Orang mengayuh pagi-pagi. Aku pulak panas terik gigih mengayuh. Hahahaha.

Dahlah ada budak sekolah international mana jogging dekat situ. Aku buat muka suci je sambil gigih mengayuh. Haila nasib....

Skuter. I want you beb.

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 25 April 2015

Nasib- kelas kpp02 motor

Yosh~!



8.00 pagi

Aku bersemangat pergi ke tempat ejen aku belajar motor. Sebelum tu sempat bapak aku hantar pergi petronas beli kudap. Lepas bapak aku blah aku tunggu berapa lama entah baru makcik tu sampai. Ada seorang kakak 19 tahun dengan pak cik mana entah nak belajar bawa kereta rasanya.

8.30 pagi

Mula bertolak ke tempat institut. Check in. Aku tak tahu nak pergi mana. Tanya orang kaunter- "Pergi dekat tempat parking motor." . Aku pergi nampak ada satu kumpulan. Dengan slambernya aku duduk. Cikgu yang tengah mengajar cakap- "Pergi bilik nombor lima." Hadoih malu tak boleh cakap. Tapi slamber ajelah. Patutlah aku tengok tag aku warna hijau. Yang lain warna kuning. Arghh...
Masuk kelas tengok video penunggang motorsikal accident pulak!

9.00 pagi

Cikgu Faizal masuk dalam kelas. Dia terangkan semua pasal RPM dan RSM. Termasuk komponen motor sikit. Habis lepas tu dia tanya siapa tak pandai bawak motor. Tiga orang angkat tangan. Termasuk akulah tu. Pandai bawak basikal? *gulppp* Geleng sajelah. Aku saje kali ni. Dengan Cikgu Faizal pun geleng. Isk isk iskkk...

10.30 pagi

Kitorang rehat. Tapi aku tak rehat sangatpun Sembang dengan budak sama baya dengan aku. Nama dia Nurul Syahira. Dia antara yang angkat tangan tadi.

11.00 pagi

Aku sorang je dikecualikan daripada bawak motor. Hahahaha. Melongolah aku kat tepi tiang. Rasa macam nak pelukpun ada. Dahlah keliling aku semua lelaki. Seram! Lama jugak aku berdiri. Bila aku pandang belakang. Lorhh... berderet perempuan. Grrr...

12.00 tengah hari

Dah lama sangat aku berdiri, baru aku duduk dekat bangku. Jeng jeng jengg... Baru aku nampak ada mamat sama sekolah dengan aku. Cuma lain kelas. Aku dah monolog. Ah sudah... Sure dia nampak aku sedap menyandar kat tiang tadi. *tutup muka*

1.15 tengah hari

Pergi balik ke pejabat nak check out. Lama giler woooi !

2.00 petang

Dah siap! Yeaaayyyy~ Call bapak suruh ambik. Dia bantai bawak aku pergi Ong Tai Kim. Ah mogok.... Dahlah tak dapat nak bawak motor. Uhuk.

Moral - Belajarlah mengayuh dulu kawan-kawan. Kini tiada lagi perkataan from zero to hero. Gulp !

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Meng-doodle

Yosh~!

Dah lama giler tak buat doodle. Tetibe rasa teringin. Akhirnya berjam-jam aku buat doodle yang merapu.

Haisy... Memang gua tak pro lagi. Lopek -,-


Sebenarnya tu bukan rupa asal doodle aku. Saja aku try letak mata macam tu.

Err... macam comel gak eh?

He'ehh....

Beberapa jam lagi kelas kpp02 motor. Erkk seram !

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rabu, 22 April 2015

Dia sudah mati !

Yosh~!

Hyeee..... Sekali lagi aku di sini menaip dalam blog yang ketandusan. Eh? Ketandusan apa? Idea kut? Hahahaha.

Oh bye the way cer check balik tajuk dekat atas. Mati. Uiks apa benda yang dah mati? Err... Nak tahu ke? Sure? Yakin? Adakah anda pasti tidak mahu menggunakan talian hayat?

Eh budak ni! Debik baru tau...

Peace bro. Lekkk. Bawakan diri tu menyabar sikit. Acah je.



Alkisahnya cerita ini berlaku pada tahun dua ribu lima belas tahun dahulu. Waktu tu zaman dia sama macam sekarang. Ada kereta. Ada mat rempit. Ada mat romeo yang merayap di mana-mana. Ada juga suatu tempat yang dinamakan sebagai shopping mall.

Adalah seorang mak cik ni. Namanya Mak Mah. Alaa biasalah orang tua. Jalan sikitpun dah penat. Kutuk anak dia dalam hati walaupun dia sendiripun dua kali lima. Jadi mereka berdua duduklah berehat dekat bersandar dekat dinding.

Pap!

Tanpa disangka-sangka ada suatu makhluk jatuh di depan mereka berdua. Hampir sahaja makhluk itu berpaut pada sekumpulan manusia yang tercepat melangkah sesaat. Kalau tidak pasti akan ada kejadian histeria.

Makhluk itu memandang wajah mereka berdua dengan penuh khusyuk. Matanya bukan seperti manusia biasa. Begitu juga dengan posisi badannya yang aneh. Orang lain yang berjalan di kiri kanan depan belakang langsung makhluk itu tidak hiraukan. Cuma sesekali apabila terasa tengkuknya lenguh, bergeraklah kepalanya ke sisi beberapa kali. Mak Mah berbisik kepada anaknya.

"Nanti kalau benda tu lompat ke kita macam mana?" Soalan Mak Mah membuatkan anaknya menayangkan gigi.

"Apa susah. Kalau dia lompat ke kita, kita pulaklah yang melompat. Kacangkan?" Sempat Mak Mah mencebik mendengarkan jawapan super bernas tersebut. Anaknya hanya terkekeh dengan jawapannya sendiri. Apa punya perangai daa...

Datang pula seorang lelaki tua. Siapa lagi kalau bukan laki Mak Mah itu sendiri. Setelah mendapat isyarat daripada anak bininya, perlahan-lahan dia menghampiri makhluk yang masih statik itu. Baru sebentar tadi makhluk itu dipijak-pijak oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Maka mahu atau tidak makhluk itu kini hanya memerhati manusia kejam dari tepi pasu dengan senyap.

Elok Mak Mah sekeluarga mahu beredar ada seorang manusia telah menggelek makhluk itu dengan kenderaan besi bertayar empat yang diisi dengan bermacam barangan. Anak Mak Mah meneropong makhluk itu.

"Ah kejamnya manusia! Habis kulit makhluk itu tersiat. Mesti tiada harapan lagi..." Bisik anak Mak Mah perlahan. Lima saat kemudian mereka sekeluarga masuk ke dalam perut gergasi aka GIANT.

Lebih kurang empat puluh minit kemudian, mereka selesai sudah membeli belah. Tanpa disangka makhluk itu sudah mati dengan keadaan mulut terjelir.

"Isk. Sungguh kasihan..." Bisik Mak Mah dan anaknya. Apa boleh buat. Barang yang lepas sudah dikenang. Pulanglah mereka ke rumah dengan hati yang tabah untuk meneruskan kehidupan.

"Ibu. Apa nama makhluk tadi?"

Mak Mah cuma mengambil masa sesaat untuk menjawab pertanyaan itu.

"Mengkarung."

Namun lakinya juga sibuk menyampuk.

"Sesumpahlah..."

Terdiamlah anak Mak Mah. Memikirkan apa nama sebenar makhluk itu.

"Alahai... Mati sudah..."

#truestory-99.9%

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Isnin, 20 April 2015

Adoi Konflik...

k-o-n-f-l-i-k

Yosh~!

Hidup aku ni boleh disamakan dengan drama hindustan. Paling senang sinetron. Asal nak babak gembira mesti ada babak yang... Alahai. Malas aku nak taip. TST sudah. *keluh*

Sekarang aku tengah berlawan dengan satu raksasa. Ah raksasa. Raksasa yang macam ultraman selalu lawan lawan manja tu. Siap ada fire woo... Aichewah dramatik sungguh.

Attention! Sebenarnya ini kisah aku berkonflik dengan diri aku sendiri. Hua hua hua... Sesungguhnya konflik dalaman ni memang bikin jiwa kacau. Iyelah. Aku tengah konflik nak ambik tingkatan enam apa.

Ehhh?!

Betullah wei. *keluh lagi*

Jurusan sainskah? Atau jurusan kemanusiaankah? Ah... Konflik sungguh. Tak apa. Hidup harus diteruskan! Go! Go! Go!

Aku baca dalam wassap. Budak-budak kelas aku ada yang ambil swasta. Well aku tengok diorang macam tengah banding siapa paling banyak guna duit *angkat bahu* Orang lagi nak save bajet. Ini tak. Hailaa... *again.... aku mengeluh*

Aku cuma fikir nak save bajet. Lagipun aku tak mau lari jauh-jauh lagi dari rumah. Tak sanggup you~ Hahaha.

So korang korang dan korang yang batch 97! Are you ready? Dah buat keputusan nak pergi mana? Nak ambik apa? Ah... Sila fikirkan lagi. Masa masih ada lagi...

Sayonara,

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Sabtu, 18 April 2015

Happy Birthday plus Tingkatan Enam!

omomomom


Yosh~!

Bla bla bla... Nak je aku bagi seribu satu alasan dah lama tak menulis. Tapi benda yang lepas buat apa nak dikenangkan. Betul tak? Hahaha. Past is past.

Well... Kalau korang nak tahulah hari jadi aku minggu lepas. Jumaat lepas. Tak dapat apa hadiahpun. Cuma ibu aku masak rendang ayam dengan pulut kuning. Sedap. Cuma akulah yang demam. Rasalah over dose pahit masinnya. Aiyoo...

Aku rasa tahun ni aku sambut birthday dengan aman. Sebab tahun ni tak adalah budak kelas aku duk menjerit-jerit kata happy birthday kat aku yang langsung tak reti nak bagi respon. Cuma buat muka slamber je. Kecuali bila babak cikgu BM kata aku dah boleh kawen. Time tu aku rasa macam... Aiseymen. Wat de hal?

Okay tukar topik. Aku tak dapat matriks. Bukan nasib aku. Cuma aku dapat tingkatan enam. Aiseyman kena bangun pagi baliklah. Berkemungkinan lepas ni takhta untuk pergi ke kedai akan kembali pada ibu aku balik. Ha... tahu aku dapat jurusan apa? Jurusan sains dan aku rasa macam... Why? Why me? Oh my.... *buat muka dramatik*

Apa aku boleh buat? Hentak-hentak kaki. Tarik rambut. Pusing keliling flat. Itulah benda yang aku nak buat. Tapi jap. Aku masih waras. Aku cuma mampu berdoa supaya aku dapat tukar jurusan. Sesungguhnya sains is not my soul.

Jadi... Ada siapa-siapa yang dapat masuk SMK Tinggi Setapak?

Sayonara,


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Jumaat, 13 Mac 2015

LIEBSTER AWARD by Fafa Kyraa




Well kena jadi mangsa tag lagi? Hahaha. Nasib badan.


#sowatderules

\\ Answer the questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
\\ Notify your nominate //


#dearjawapan

1. Kalau frust, tak kira la frust sebab apa contohnya cinta. Apa yang awak buat selain dekatkan diri dengan Allah?

Akan dengar lagu jiwang berunsur melupakan. Lupa tajuk tu. Aku akan ulang dan ulang nyanyi lagu tu. Well... kata-kata itu doa.


2. Masa awak belajar last minute untuk exam, apa yang awak akan buat kalau otak awak betul betul dah takleh hadam apa yang awak baca?

Krohhh.... Krohhh....


3. Top 3 or lebih fav songs dalam playlist awak.

* ribaibaru
*uptown girl
*kiroro mirai
*love story


4. Suka budak? Kalau terlalu nakal nak buat apa dengan budak tu? Nak tumbuk lumat ke cemana? T..T

Tak suka budak. Kalau nakal marah je....


5. Bila orang troll awak, apa yang awak akan buat? Sindir balik ke diam senyum je? Nyatakan sebab awak buat camtu.

Fire!!! Sebab tak suka diperbangangkan.


6. Tabiat paling pelik yang awak ada tapi orang tak tahu.

Rahsia. Hahaha...


7. Pernah kena bash? Sebab?

Bash? *blurrr*


8. Suka post ow ow tee dee? Selalunya post dekat mana?

Tak pernah dengarpun.


9. Suka baca blog macam mana? Contohnya personal ke, islamic ke, travelling ke. Bagi 3 atau lebih bloglist awak.

Personal.
Bloglist :
http://www.dayangdeno.com/
http://princess-of-husnaland.blogspot.com/
http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/

10. Soalan ni bosan tak? T.T

Tak. Cuma bikin den poning jo.



#dearsoalan

1. Jenama telefon anda.

2. Baki top up dalam telefon sekarang.

3. Berapa sim kad dalam telefon anda sekarang.

4. Ada simpan gambar seseorang untuk diushar dalam diam? Hahaha.


#deartag

http://encikskema.blogspot.com/
http://hidayah97-bittersweet.blogspot.com/
http://feycasnowie.blogspot.com/
http://shamstallion.blogspot.com/
http://dotdotmissme.blogspot.com/


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Ahad, 22 Februari 2015

LIEBSTER AWARD by Nurul Syafiqah




Okay hari tu aku tag dia. Kali ni dia pulak tag aku. So, mari kita mulakan sesi soal jawab! Hahahaha.


#sowatderules

\\ Answer the questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
\\ Notify your nominate //


#dearjawapan

1. Benda yang kau orang menyesal?

Pergi ke sekolah pada 'detik' sebelum patah kaki kat sekolah.


2. Kau orang suka tak lagu jiwang? Listkan dalam lima lagu.

+ pencuri - mark adam
- dealova - once
+ uptown girl - west life
- love story - taylor swift
+ ribaibaru - mayumi itsuwa


3. Describe pasal kawan-kawan kau orang.

+ suka gossip 
- syok sendiri
+ tut tut dan tut....


4. Benda pelik yang pernah terjadi kat korang.

Pernah nampak nenek kebayan dekat luar kelas sambil melambai ke arah daku...


#dearsoalan

1. Hitam atau putih. Sebab?

2. Benda yang korang suka tengok? 5 sebab.

3. Bila dalam gelap, apa benda yang korang bayangkan?

4. Suka radio atau tv? Sebab?


#deartag


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

LIEBSTER AWARD by Nrd Sktr



Alahai... Lepas ni budak Nrd ni nak sekolah balik dah. So, tak boleh kacau dia dah. Huhuhu. Syok jugak kacau dia. Apa-apapun, jom jawab soalan!

#sowatderules

\\ Answer The Questions //
\\ Nominate others bloggers //
\\ Create your questions //
 \\ Notify your nominate //


#dearjawapan

 Berikan 10 lagu fav .

+ dan sebenarnya - yuna
- merpati putih - oag
+ pencuri - mark adam
- dealova - once
+ uptown girl - west life
- que sera sera - doris day
+ big big world - emilia
- love story - taylor swift
+ ribaibaru - mayumi itsuwa
- kiroro - mirae


 Cerita serba sedikit tentang anda pada zaman kanak kanak ribena .

Hahaha. Waktu kecik-kecik dulu banyak kawan lelaki. Kalau tak salah, dulu suka ajak jiran (iqbal n ikram kut?) nyanyi lagu uptown girl. Lepas tu pindah, ada jugak jiran lelaki. Adam, fahmi dan basyirah (adik perempuan diorang). Adam dengan fahmi suka acah-acah orang. Grr geram!

 Anda pakai spek mata atau tidak ?

Simple answer. Tidak :)


#dearsoalan

1. Tahu menjahit? Tulis nama-nama jahitan yang masih diingati.

2. Hitam atau putih? Nyatakan 5 sebab.

3. Sokong telefon pintar atau tidak. Tulis 5 sebab.

4. 5 binatang yang korang takut.



#deartag

1. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/
2. http://kakaktiricinderella95.blogspot.com/
3. http://hanadababygurlzstory.blogspot.com/
4. http://hidayah97-bittersweet.blogspot.com/
5. http://missobsesi.blogspot.com/


♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Khamis, 19 Februari 2015

Patung : Permulaan Sebuah Cerita...


Sambungan...
                Anak mata hitam itu tajam merenung ke satu arah. Hanya sesekali matanya berkedip hanya apabila terasa matanya pedih. Patung.

                “Aku benci kau!” Teriaknya dengan sekuat-kuat hatinya. Suaranya bergema kuat di dalam bilik itu. Hanya sedikit melodi teriakan itu menerobos ke luar.

                Sebilah pisau digenggamannya ditikam berkali-kali pada tilam. Habis span di dalam tilam terkeluar. Kemudian, tilam itu juga ditoreh-toreh sehingga hatinya puas.

                 Matanya yang merah semakin berair. Beberapa detik kemudian, air matanya terus mengalir selaju aliran air di sungai. Dari bunyi esakan yang perlahan bertukar menjadi raungan.

                 Hampir sebulan dia meratap. Menyendiri di dalam bilik yang gelap bercahayakan lilin. Keadaan dirinya sangat jauh berbeza berbanding sebelum berlakunya kejadian yang menyeksakan dirinya. Yang menjadi jawapan apa yang menjadikan dirinya kini.

                Dia tidak pernah menyangka bahawa tunangnya telah mencurangi dirinya. Malahan tunangnya juga meninggalkan dia demi jejaka lain. Dia langsung tidak boleh menerima kenyataan itu.

                “Ariana. Kenapa kau buat aku macam ni?” Jelas getaran kesedihan dalam suaranya. Sayang hati Ariana tewas untuk terus setia setelah mengharungi detik-detik pahit dan manis bersama. Bukan mudah untuk dia memenangi hati keluarga Ariana. Sudah terlampau banyak dugaan yang terpaksa dia tempuhi.

                Patung pemberiannya buat Ariana telah dipulangkan kembali kepadanya setelah kisah kecurangan wanita yang dicintainya itu terbongkar. Perlahan-lahan dia bangun dan mengambil patung perempuan itu. Kepala patung itu dikerat menggunakan gunting dengan berhati-hati.

                Sebaik sahaja kepala patung berpisah dari tubuhnya, pantas pergelangan tangannya dihiris dengan sebilah pisau tanpa ragu. Darah merah pekat yang mengalir dititiskan ke dalam badan patung itu. Kemudian dia mencantumkan kembali kepala dan badan patung itu dengan sisa tenaga yang ada walaupun jahitannya itu sudah tidak kemas.

                Walaupun tubuhnya sudah tidak mampu menanggung kesakitan, dia masih tersenyum. Tergambar riak kepuasan di wajahnya. Seolah-olah suatu perasaan yang selama ini telah menghempap, menghimpit dan menikam-nikam dadanya selama ini telah pergi. Pergi jauh dari dirinya dan tak akan kembali lagi.

                “Aku bersumpah... aku akan membalas dendam kepada sesiapa yang curang.” Ujarnya sambil tangan kanannya memegang pergelangan tangan kirinya yang telah dikelar.

                Tidak lama selepas itu, tubuh kurus itu terbaring di atas lantai. Tiada lagi tenaga di dalam dirinya. Semuanya mengalir bersama darahnya.

                “Aku bersumpah...” Ayat terakhir yang berjaya diungkapkannya sebelum nyawanya pergi meninggalkan jasad.

                Pada waktu yang sama, seorang wanita sedang mengetuk-ngetuk pintu rumah lelaki itu dengan gopoh. Wajahnya seperti orang yang sedang risau.

                Tetapi dia tidak tahu. Tiada apa lagi yang harus dirisaukan. Roh lelaki itu telah pergi. Dan sudah tidak akan dapat diseru kembali. Betapa lelaki itu terlampau lemah menghadapi dugaan.

                Kemudian barulah wanita itu teringatkan sesuatu. Dia mengangkat pasu di tepi pintu itu. Ada kunci. Tanpa meminta kebenaran, segera dia masuk ke dalam rumah itu. Langkahnya segera menuju ke pintu biliknya yang tidak berkunci lalu ditolak perlahan.

                Terkakulah wanita itu di pintu. Lututnya terasa begitu lemah. Dia terus terjelepok jatuh melutut. Tangannya masih memegang bingkai pintu. Bibirnya terketar-ketar mahu mengungkapkan sesuatu.

                “Ar... Arman?” Mata Arman seolah-olah masih merenungnya. Renungan kebencian.

                “Maafkan Ariana.”Air mata Ariana mengalir deras. Dia tahu dia sudah terlambat. Ariana memukul pehanya sendiri berkali-kali. Dia terasa seperti dirinya dihukum. Kini Ariana tidak tahu sama ada dia perlu menangis dia atas kematian lelaki yang benar-benar mencintai dirinya ataupun takut dengan pandangan mata Arman.

                Kemudian, Ariana melangkah perlahan-lahan ke arah jasad tidak bernyawa itu. Lalu duduk di sisi tubuh Arman. Tangan Arman yang sudah tidak berdetak nadinya digenggam kuat. Lalu jari-jemari itu diletakkan ke pipinya. Tangan kaku itu seolah-olah mengelus pipinya seperti selalu.

                Entah bagaimana mata Ariana terpandang patung di sisi tubuh kaku Arman. Dia masih ingat bahawa patung itu merupakan hadiah hari lahirnya daripada Arman. Patung perempuan di sisi mayat itu diambil dan dipeluk erat. Dikucupnya sepuas hati walaupun patung itu sudah dicemari dengan darah.

                “Arman... Maafkan Ariana. Ariana tau Arman cintakan Ariana. Maafkan Ariana sebab Ariana tinggalkan Arman. Tapi Ariana baru sedar yang Arman dah banyak berkorban untuk Ariana.” Kata-kata nya terhenti seketika untuk mengambil nafas.

                “Arman dah buktikan betapa Arman sangat cintakan Ariana. Sangat sangat... Kenapa Arman buat macam ni? Kalau tak kita boleh mulakan balik perhubungan kita. Maafkan Ariana sebab Ariana dah menyeksa Arman sampai macam ni.” Mata Ariana melihat tubuh Arman yang sudah kurus kering. Hatinya asyik berdenyut kesal.

                “Tapi bila Arman buat macam ni.... Arman lagi menyeksa Ariana sampai mati!” Kata Ariana seperti marah. Entah marahkan kesalahan dirinya atau marahkan Arman yang mengambil keputusan terburu-buru sebegitu.

                Ariana tidak mengetahui ada ‘sesuatu’ di dalam bilik itu yang memerhati setiap perbuatannya. Sesuatu yang Ariana tidak boleh melihat tapi boleh merasa. Tiba-tiba sahaja dia berasa tengkuknya seperti dihembus angin hangat. Nafas.

                Pantas kepala Ariana menoleh ke belakang. Tiada apa. Sesungguhnya dia tidak mengetahui sumpahan yang menanti dirinya.

                “Arman?” Dia mula meneka. Kemudia terasa sekali lagi hembusan hangat di tengkuknya. Bibir Ariana mula mengukir senyum.
..........
                “Hahaha... Arman ingat lagi tak.” Tiba-tiba sahaja Ariana terhenti katanya apabila pintu biliknya diketuk kuat. Mulutnya mencebik geram. Kenapa mesti ada sahaja gangguan?

                “Ariana cakap dengan siapa?” Salmah bertanya kepada anaknya. Ariana cuma mengelengkan kepalanya. Dahi Salmah berkerut-kerut.

                ‘Mustahil. Tadi aku dengar suara Ariana bergelak sakan.’

                “Mak. Mana ada siapa kat sini. Ariana nak sambung tidur balik ni. Makpun pergilah tidur.” Salmah mengangguk dan perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam biliknya sambil memikirkan apa yang sedang berlaku. Suaminya yang sedang tidur di atas katil digerakkan sehinggalah Haji Muin bangun dari tidur. Dia memandang wajah isterinya sebelum duduk.

                “Apa ni gerak abang malam-malam buta ni. Ada apa?” Soal Haji Muin kepada isterinya. Salmah mengambil tempat di sisi suaminya.

                “Abang. Tadi Salmah dengar lagi Ariana macam cakap dengan seseorang.” Haji Muin mengeleng kepalanya beberapa kali. Mukanya diraup perlahan.

                “Dah berapa malam abang tunggu depan bilik anak kita. Senyap aje. Tak adapun abang dengar suara dia cakap dengan siapa-siapa.” Salmah masih tidak berpuas hati. Kedengaran Haji Muin menghembus nafas. Terlampau banyak benda yang berlaku belakangan ini. Kecurangan anaknya. Kematian Arman membunuh diri.

                “Habis tu suara siapa yang awak dengar?” Salmah mengetap bibir. Payah untuk dia menjawab soalan itu. Namun dijawab juga dengan perlahan.

                “Arman.” Nama seorang lelaki yang sengaja dia meletakkan banyak syarat untuk diterima sebagai menantu. Haji Muin terus tersentak.
...........
                “Ariana sayang...” Suara garau itu menyedarkan Ariana dari lamunan semasa menyikat rambut. Pantas dia menoleh ke belakang. Jelas tubuh Arman di hadapannya kini. Segera dia mencapai tangan Arman dan dipimpinnya ke katil. Kepala Ariana dilentokkan ke bahu kekasih hatinya.

                “Ya Arman. Mana Arman pergi? Lama tak jenguk Ariana. Arman dah tak sayangkan Ariana?” Soal Ariana perlahan. Air mata rindunya sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi. Arman memeluk bahu Ariana. Tangannya yang sebelah lagi pula mengusap wajah Ariana. Seperti biasa.

                “Arman sentiasa cintakan Ariana. Sentiasa cintakan Ariana. Sampai Ariana curangkan Arman, Arman masih mencintai Ariana. Walau sampai Arman mati...” Pantas jari telunjuk Ariana hinggap pada bibir Arman. Disentuh pada bibir merah Arman.

                “Ariana nak dengar yang Arman cinta Ariana. Bukan tentang curang. Bukan tentang... mati.”Ayat terakhir, Ariana sengaja melambat-lambatkan. Kemudian dia memandang tepat ke wajah muram Arman.

                “Maafkan Ariana sebab sakitkan Arman. Berikan Ariana merasakan kesakitan yang Arman pernah rasa.” Barulah Arman tersenyum girang. Inilah senyuman pertama yang Ariana terima semenjak Arman wujud kembali dalam hidupnya. Ariana terus memeluk tubuh itu dengan seerat mungkin.

                Tapi tak lama. Arman membuka pelukan gadis itu. Dia melutut di hadapan Ariana. Ariana tertanya-tanya.

                “Betul Ariana nak rasa betapa sakitnya hati Arman? Buktikan. Jangan cuma cakap sahaja. Buktikan yang sekarang Ariana cintakan Arman semula.” Dengan penuh pengharapan Arman berkata. Ariana terus mengangguk.

                “Jadi Ariana sekarang kena ikut cakap Arman.” Sekali lagi Ariana mengangguk. Baginya ini satu-satunya cara untuk dia menghapuskan rasa bersalahnya terhadap Arman.

                Arman mengerling matanya ke sesuatu di atas meja Ariana. Pin yang besar dan tajam itu diambil sebelum dia duduk di sisi Ariana semula.

                “Ariana nak tahu. Masa mula-mula Ariana tinggalkan Arman, sakit dia rasa macam ni.” Jari telunjuknya ditekan ke dalam pin sehingga keluar sedikit darah. Mata Ariana membasah sekali lagi.

                “Tapi... Lama-lama luka kecil itu semakin meluas. Meluas sehingga ke seluruh diri Arman.” Kali ini pin itu ditoreh berkali-kali di tapak tangannya. Mulut Ariana melopong. Dia tidak sangka Arman melakukan perbuatan sebegitu.

                Mata Arman merenung mata Ariana sedalam-dalam mungkin. Ingin diteroka apa di dalam hati Ariana melalui sepasang mata itu. Tiba-tiba sahaja Ariana mengambil pin itu dari tangan Arman. Dia ingin melakukan sebagaimana Arman telah buat. Namun tangan Arman tiba-tiba mengenggam tangan Ariana.

                “Buat di tempat yang mereka tak boleh nampak. Ariana tak nak mereka jadi penghalang lagikan? Lebih-lebih lagi mak Ariana.” Arman berkata sambil tersenyum. Ariana mengangguk faham. Dilipat lengan bajunya. Matanya dipejam rapat. Dibenamkan pin itu ke dalam lengannya. Ukiran-ukiran tidak berseni mula terukir. Bibirnya diketap apabila dia terbayangkan penyeksaan yang telah Arman lalui.
...........
                “Sekarang tiba masanya untuk pengakhiran.” Bisik Arman di tepi telinga Ariana. Kali ini Ariana tersenyum lesu. Bibirnya yang dahulu sentiasa lembab dengan lipbalm kini sudah kering dan mengelupas. Mukanya pula tiada berseri lagi.
                “Pengakhiran?”

                “Ya. Pengakhiran. Pengakhiran yang gembira.” Dahi Ariana masih berkerut tidak faham dengan kata-kata Arman. Arman memegang wajah Ariana dengan lembut.

                “Apa yang lebih indah selepas melalui pelbagai penyeksaan. Selain... kematian?” Kata-kata itu ditutur dengan lembut. Ariana mula ceria. Kini baru dia mengerti kenapa Arman mengambil keputusan yang dikatakan tindakan yang pernah dianggap paling bodoh.

                “Ariana nak ikut Arman? Kita sama-sama selamanya.”

                “Ariana memang tunggu Arman cakap macam tu. Ariana nak sentiasa bersama Arman.”

                Senyuman Arman semakin melebar. Tangannya mengelus rambut panjang Ariana.

                “Mula-mula Ariana kena pergi ke dapur. Jangan bagi siapa-siapa sedar tau. Ambil...” Arah Arman. Ariana tersenyum kecil sebelum pantas bangun dari pembaringan. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Kakinya dijengket menuju ke arah dapur seperti yang diarahkan oleh Arman. Tangannya baru mencapai sesuatu...

                “Ariana buat apa tu?” Terus Ariana terasa seperti jantungnya mahu melompat keluar. Dia terus menoleh memandang Haji Muin. Haji Muin memandang tangan Ariana yang memegang sebiji epal dan sebilah pisau.

                “Lapar...” Ujar Ariana sambil tersengih. Haji Muin juga tersenyum. Lega apabila Ariana sudah mahu makan setelah tiga hari dia berkurung di dalam bilik. Haji Muin cuma mengangguk apabila Ariana meminta izin hendak makan buah epal di dalam bilik.

                “Dah.” Arman memegang bahu Ariana.

                “Okay. Mula-mula Ariana kena pejamkan mata.” Kemudian Arman berdiri di belakang Ariana. Disuruhnya Ariana membuka mulut. Disumbatnya buah epal ke dalam mulut gadis itu. Jari-jemarinya mengenggam tangan Ariana. Dirapatkan tangan Ariana ke leher Ariana sendiri.

                Dahi Ariana mula berpeluh. Dia baru sedar bahawa dia masih punya banyak dosa. Masih banyak benda yang dia belum buat. Malangnya kini tubuhnya sudah beku. Tidak mampu bergerak langsung. Lama-kelamaan pisau itu benar-benar di kerongkongnya. Ariana cuma mampu menelan air liurnya.

                “Kau tahu Ariana apa punca aku bunuh diri...” Bisik Arman di telinga Ariana.

                “ Kau. Kau puncanya.” Ujarnya sambil mengetap giginya. Selepas itu digelengkan kepalanya.

                “Bukan kau. Tapi anak kau. Kau jangan ingat aku tak tahu kau mengandungkan anak lelaki tak guna tu!” Jerit Arman. Ariana cuma mampu mengerutkan dahinya.

                “Aku tau. Mak kau tak akan terima cucu haram dia. Sebab tu kau nak suruh aku jadi pak sanggup. Kau jangan ingat aku tak tahu Ariana sayang...” Nada suara Arman semakin menurun. Perlahan-lahan pisau itu ditekan ke kerongkong itu. Sehingga mengalir darah merah membasahi baju Ariana.

                Pap.

                Tubuh itu terus jatuh ke lantai. Di dalam gelap. Gelapnya bilik. Gelapnya malam. Dan gelapnya dendam.
..........
                “Perempuan bodoh. Dia ingat aku hadap sangat dengan dia? Dah matipun aku tak nak dengan kaulah!” Jerit Arman. Matanya meliar mencari mangsa baru. Masih tiada yang boleh menepati cita rasanya. Tangannya masih memegang patung sumpahannya. Entah siapa yang ‘bertuah’ akan menerima hadiah patung itu.

                Arman berjalan di tengah-tengah ramainya manusia. Tiada siapa yang menyedari kehadirannya. Tiada siapa yang sedar kewujudannya. Tiada siapa yang merasa apabila berselisih dengannya.

                “Ya sayang. Maira busylah. Bos bagi kerja banyak. Tak dapatlah nak keluar sama-sama. Hrmm... okay. Janji. Bye!” Bibir gadis itu terus mengetap bibir sambil dahinya berkerut setelah panggilan itu ditamatkan. Pada mulanya Arman cuma melangut di hadapan gadis itu.

                Memerhati tubuh gadis seksi itu. Dari atas sehingga bawah. Tiada apa yang terlepas dari pandangannya. Dia juga memerhati gadis itu mula mendail sebuah nombor.

                “Hello Jack. What? Dinner? I boleh je. Tapi wife you tak marah ke? Oh... Outstation? Patutlah hihihi. Nakal you ni tau. Eh?” Gadis itu mengetap bibir sekali lagi. Tapi kali ini mengetap bibir menahan jeritan keseronokkan. Wajahnya terpancar kegembiraan. Arman yang duduk mencangkung di hadapan gadis itu masih memerhatinya. Menunggu.

                “Nak bermalam kat rumah I? Erm. Okay. Sunyi? Tak apalah kan malam nanti kita jumpa. Time biasakan? Mestilah nanti I pakai baju cantik-cantik. Hihihi. Love you too Jack. Muah.” Gadis itu memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg tangannya. Bibirnya terukir senyuman. Dalam masa yang sama Arman juga tersenyum.

                “Interesting... My dear next target.”

Sebenarnya ini permulaan yang menerangkan siapa Arman. Hehehe. Jadi dah baca jangan lupa komen tau! ^^

♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪