Yo! Ini Tabung Duit

Pengikut

Rabu, 31 Disember 2014

Melangkah Ke Tahun Baru -2015!

Adat bumi berputar keliling matahari. Sekaligus masa terheret sama untuk terus berdetik setiap saat, minit, jam, hari, bulan atau tahun. Tak pernahpun masa berhenti walaupun hujan, kilat atau taufan melanda.

   Ya, tahun 2015 bakal menjelma. Aku hanya akan rasa meluat bila orang kata -"Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je sambut tahun baru.". Kadang-kadang aku rasa manusia yang terlalu lembab sampaikan banyak saat yang disia-siakan. Heh.

   Apa ada pada tahun baru? Bagi aku, tahun baru bermaksud aku akan membuka helaian diari baru. Yup aku ada diari dan tahun 2015, aku masih belum ada nama untuk diari aku lagi.

   Well... Bagi aku tahun 2014 terlampau banyak benda yang berlaku. Terlampau banyak. Itu belum lagi dicampur dengan apa yang terjadi dekat negara kita.

   Tahun 2014 terlampau banyak perasaan yang aku terpaksa hadap. Mungkin lebih tepat kalau aku kata tahun 2014 tahun dugaan. Bila aku diduga rasa marah, aku rasa nak 'meletup'. Bila rasa malu, aku rasa 'stupidosss'. Bila aku rasa rindu, aku rasa nak benci. Bila aku rasa sedih pulak, aku rasa nak pergi ke satu tempat yang khas untuk aku seorang.

   Apa yang menanti aku pada tahun 2015? Itu semua rahsia tuhan sebab aku bukan tukang tilik. Sekarang harapan aku untuk tahun 2015 sedang menggunung. Setinggi langit, mungkin. Apa-apapun semua terserah pada kehendak Allah. Tuhan yang maha mengetahui. Semoga aku lebih tabah. Semoga kita lebih sabar.

   Kalau nak tahu, berbelas-belas tahun dulu, satu januari ialah tarikh atok aku meninggal. Yang dituruti semua 25 (kalau tak salah) saudara yang lain. Aku tak kenalpun siapa mereka. Cuma sejarah keluarga.

   Apa-apapun, selamat datang wahai tahun 2015. Semoga setiap helaian diari aku akan diisi dengan perkara yang lebih bermakna.

o=(^3^)=o
♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Tiada ulasan:

Catat Ulasan