“Arghh... Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapalah
aku tak pernah terfikir langsung?!” Bentak Luq dengan berbisik. Penumbuknya menumbuk
pehanya sendiri berkali-kali sejak tadi. Tiba-tiba bahunya disentuh lembut oleh
seseorang.
“Mummy....” Rengek
Luq dengan mulut yang sudah tercebik-cebik. Pandangan matanya juga sudah
dikuyukan sehabis mungkin.
“Yes Luq?”
Mummy terus mengambil tempat duduk di sebelah Luq.
“Isk
bencilah dengan Mummy,” Luq terus mengubah pandangannya ke arah berlainan. Geram
apabila Mummynya buat tak faham dengan kehendaknya.
Mummy
tertawa kecil. Puas hatinya apabila berjaya membuat anak lelakinya merajuk.
“ Yes my
cute big baby Luq. Hahaha. Dah besarpun nak merajuk?” Mummy akhiri ayatnya
dengan tawanya sendiri.
Tiba-tiba
ada seorang gadis menyampuk perbualan mereka...
“ Mummy. Luq
tu bukan besar je. Dah tua dah pun. Cuba tengok jambang serabai macam laki mati
bini,”Gadis itu terus menghilang di sebalik pintu selepas menjelir ke arah Luq.
Sebanarnya gadis itulah adik Luq yang dipanggil Ira.
“Amboi mulut
kau Ira! Berani kau cakap macam tu dekat aku. Kau tak tau penantian itu suatu
penyeksaan tau.” Jerit Luq dengan kuat. Tangannya terus meraba-raba dagunya.
‘Heh. Inilah
lambang jejaka macho. Apalah ko Ira. Itupun tak tau.’ Bisik hati Luq sekadar
untuk menyedapkan hati.
“Luq... Luq!
Hisy sempat lagi berangan dia ni...” Mummy mula membebel apabila Luq tidak
memberi renspon apabila dia memanggil Luq.
Luq terus
berlalu ke pintu. Dia sempat memusingkan kepalanya melihat ke arah Mummy.
“Mogok!”
Ujarnya lalu menyambung langkahnya masuk ke bilik. Geram hatinya apabila
Mummynya tidak membela dirinya apabila Ira memerlinya. Mummy tergeleng-geleng
kepala apabila mengenangkan karenah anak-anaknya.
“Dunia ni
dah terbalik ke? Ataupun anak aku yang terbalik?” Mug berisi Nescafe dihirup
perlahan oleh Mummy sambil melihat susasana petang yang mengasyikkan di kota Jakarta
ini.
Entah kenapa
baru tiga hari berada di situ, Luq tiba-tiba nak balik ke Malaysia. Padahal dulu
dia yang paling excited bila dapat bercuti ke Indonesia. Mummy hanya tersenyum
sinis apabila terfikirkan sesuatu...
‘Penantian
itu suatu penyeksaan.’Ayat Luq bagaikan terngiang-ngiang di telinga Mummy. Mug
di pegangannya diletak semula ke atas meja.
“Penantian
itu suatu penyeksaan? Hrmm...”
______________________________________________________________________________
Buk!
Luq terus
menghempaskan dirinya di atas katil yang empuk. Matanya tajam melihat kipas
yang berpusing. Tiba-tiba hatinya terasa sakit. Tangannya terus melekap ke
dada.
Yang pasti
sakit di dadanya itu bukan sakit yang berbahaya. Tetapi suatu penyakit yang
menyeksakan pesakitnya.
“Budak
kecik.” Bisiknya perlahan. Bantal kepala di sisinya ditekupkan ke mulut. Dia
memejamkan matanya serapat-rapat yang mungkin.
Yeah...
Mungkin ini kerja bodoh. Tapi untuk menghilangkan penyeksaannya kini. Ahhh....
“Budak
kecikkkk.... I miss youuuuuuuu!!!!” Jeritan Luq tidak berapa jelas kerana
mulutnya telah ditekup dengan bantal. Terus bantal kepala itu melayang ke mana
setelah dicampak oleh Luq.
Huf. Huf.
Huf.
“Adoiii...
semput aku.” Luq merasakan jantungnya berdegup begitu kencang. Macam baru lepas
kena kejar dengan anjing. Tiba-tiba bibir Luq terukir segaris senyuman.
Angau.
Ya, Luq
sudah angau. Itulah penyakit yang paling parah yang sedang dihidapnya. Angau
dengan seseorang yang dia tidak menyangka orang itu juga mempunyai perasaannya
yang sama sepertinya. Budak kecik? Yes. Itulah orangnya.
Laci kayu
disisi katilnya ditarik perlahan. Luq mengeluarkan sepucuk surat. Sepucuk surat
yang menjadi punca penyakitnya itu.
Kepada:
Mat Jelly.
Mula-mula
sekali aku nak ucapkan tahniah dekat engkau result SPM kau. Aku tahu mesti kau dapat
result yang terbaekkkkkan? Tak payah kau
bagi tahu aku sebab aku dulu hari dah tahu tau!
Kalau
kau tengah baca surat aku ni, maknanya kau tengah bercuti dekat Indonkan?
Seronok tak bercuti kat sana? Dari awal tahun lagi kau dah kepoh kat satu kelas
yang kau nak bercuti kat Indon. Ceh Indon je pun. Tapi betulkan kau baca surat
ni yang sekarang kau ni kat Indon? Kalau kau tak pergi lagi Indon kau simpan
dulu surat aku ni. Kalau tak aku cocok mata kau macam sate nak? Hahaha.
Sebenarnya
aku tak ada apa-apapun aku nak cakap dekat kau. Cuma aku nak cakap... Eh tulis ...yang
kalau kau tak ada kat sini mesti boring. BORING GILER!!! Nanti aku tak ada kawan nak gaduh-gaduh. Kau
je kawan aku tau. Peace!
Sekarang
ni dah berapa ramai koleksi aweks kau dekat Indon? Ramai tak? Ada tak yang macho-macho?
Nanti kau kenen kat aku tau. Hehehe. Aku gurau je.
Luq tertawa
kecil.
“Budak
kecik... Budak kecik... Kalau kau tak bagitaupun aku tahulah yang kau
bergurau... Kalau tak... Siaplah kau!” Jelas nada cemburu di situ.
Erm...
Kau bercuti berapa lama kat sana? Lama ke? Aku saje je tanya kat dalam surat ni
sebab kalau aku tanya kau face to face sure kau bahan aku nantikan? Huh. :p
Itulah
je lah aku tulis. Lagi satu cuba kau pusing kertas ni ke belakang. Kau rasa kau
ingat lagi tak? Hahaha. Surprise~
Adious Amigos n Sayonara!
Ash
Kertas itu
terus dipusingkan.
Aku sayang kau.
I love u.
Aishiteru.
Hadirnya dirimu
Bagaikan bintang yang menerangi
malamku
Menghiasi gelapnya langitku
Aku pula hanya bayang-bayang gelap
Yang hilang apabila diterangi terang
cahayamu
Akan aku sentiasa ingatkan dirimu
Kerana namamu telah terpahat di hati
ini.
#Kenapa aku bagi tau kau? Sebab Ira
kata kau syok kat aku kut. Hehehe betul ke?
Surat itu
dicium oleh Luq berkali-kali. Tangannya menyentuh gambar animate Ryotsu yang
ditampal oleh budak kecik di sudut surat itu.
Baris kata
di atas gambar Ryotsu tak jemu membuatkan Luq tertawa sendiri.
Ini Luq. Bulu kening tebal seinci macam Ryutsu. Tapi kenapa ramai minah
lain kata kau macam Mario Maurer?
Bulu kening
tebal terangkat sebelah setiap kali membaca ayat itu bak Ziana Zain. Luq
mengurut keningnya sendiri.
“Dah kurniaan
Illahi. Nak buat macam mana? Mario Maurer tu kan kiranya cousin aku tau budak
kecik. Kau tak ingat ke yang aku ni ada keturunan Thailand?” Luq berbicara
sendiri seolah-olah budak kecik berada di hadapannya.
Surat itu
dilipat kembali dan dimasukkan semula ke dalam sampul sebelum ditempatkan
semula ke dalam laci. Luq merebahkan semula dirinya di atas katil.
“Golek-goleh
ah~ Golek-golek ih~ Golek-golek ah~ Golek-golek ih~” Sambil mengikut alunan
lagu nada dering telefonnya, dia juga menggolekkan tubuhnya ke kiri dan ke
kanan. Sehinggalah....
Gedebuk!
“Adoihhh...
Sakitnya bontot aku...” Terus Luq mencapai telefon bimbitnya sambil tangan
kirinya menggosok-gosok punggungnya.
Tertera nama
panggilan dari Daddy tertera di skrin telefon Luq.
“Mushi
mushi~” Luq cuba mengajuk seperti suara perempuan.
“Assalamualaikum
Luq. Banyaklah kau punya mushi-mushi. Nak pergi keluar makan tak malam ni?” Luq
terus melompat kegembiraan. Tangannya dijulang angkat ke atas.
“Waalaikumussalam.
Of courselah nak. Bila?” Soal Luq.
“Well next
year? Hahaha...”Mulut Luq terus menyenget. Kegembiraannya terus direntap
apabila mendengar lawak bodoh dari Daddynya.
“Mushi-mushiiiii....
Hello Luq. Dah pengsan ke budak ni?”
“Dahlah
Daddy ni sama je macam Mummy. Heh!”
“Alah gurau
sikitpun tak boleh. Kita dinner malam ni.” Terus Luq tersengih lebar.
“Kat mana?”
“Kat
rumahlah.” Mulut Luq terus membulat. Hekelleh.... Kat rumah pun nak kepoh ke?
Terdengar
tawa di hujung talian. Luq menggigit bibirnya sendiri. Geram.
“By the
way.... Kita akan ada tetamu malam ni. Jadi....”Luq Mengeluh. Dia sudah tahu
siapa tetamu jemputan itu sebelum daddy memberitahunya.
“Yes Daddy.
I know. Mesti kawan business Daddykan?”Jelas nada kecewanya.
“Yup. Bye
Luq. Siap-siap tau.”Pesan Daddy sebelum menamatkan talian.
Perasaan
bosannya segera ditepis dan diganti dengan perasaan rindunya terhadap budak kecik.
Tuala yang tergantung di ampaian terus dicapai lalu dibalutkan di kepalanya.
Kakinya
dikangkangkan dengan seluas-luas mungkin. Matanya dipejam rapat. Penumbuk tangan
kanannya digenggam erat. Penumbuk itu terus dirapatkan ke mulutnya.
My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don't have to wonder why
Baby You
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground
Setiap baris
kata lirik Marc Anthony dinyanyikan semula oleh Luq dengan penuh perasaan.
Bibirnya dihiasi senyuman yang manis. Lagu itu seolah-olah menggambarkan
perasaannya. Hisy teruk betul kalau orang dah angau.
Mulut Luq
terus menyanyikan lagu itu sehinggalah dia masuk ke dalam bilik air untuk
mandi.
______________________________________________________________________________
Kawan
Business Daddy dah balik. Ahaaa... Inilah masanya!
Luq
menyendeng ke arah Mummynya. Ira yang asyik membelek majalah sempat menjelirkan
lidah kepada Luq. Luq terus mengalihkan pandangannya ke arah Mummy.
“Mummy....
Bila kita nak balik Malaysia?” Nada kegedikan Luq mula menjelma.
Mummy
memandang Daddy. Daddy memandang Ira. Ira yang kebingungan hanya menaikkan
bahunya.
“What?” Soal
Ira.
“Luq...
Luq... Luq... Kenapa tak sabar sangat nak balik Malaysia?” Soal Mummy dengan
pandangan yang mencurigakan. Tangannya juga disilangkan. Pandangannya tersirat
sesuatu yang mencurigakan.
Luq
menyengetkan kepalanya.
“Ala
Mummy... Orang boringlah tengok cerita sinetron kat sini. Luq nak tengok artis
Malaysia. Boringlah Mummy...”
“Eleh alasan
je tu...” Ira menyampuk.
“Hish ko ni
diamlah. Mulut nak kena salotape?”Ira terus mengeleng laju. Dia masih teringat
Luq pernah mengejarnya kerana selalu menyampuk dan dia tidak mahu kejadian itu
berulang lagi. Serik!
“Alah Luq.
Lagi tiga minggu je. Kejap je. Pejam celik pejam celik nanti tiga minggulah,”
Ujar Daddy sambil tergelak besar.
Luq terus
membatukan diri. Matanya dikedipkan beberapa kali.
“Daddy...”
“Yes?”
“Dah tiga
minggu ke?” Soal Luq dengan nada yang sungguh polos. Mukanya dibuat seperti
muka innoncent.
Mummy terus
mengetip bahu Luq. Semua gelakkan Luq yang mengaduh kesakitan.
“Nama je
dapat straight A’s. Tapi perangai... Fail!” Sekali lagi Luq ditertawakan.
“Luq... Kan
kita nak tunggu Aunty Rina balik sini. Kita tolong jaga rumah dia. Bila dia dah
balik sini nanti barulah kita balik Malaysia, okey?”Luq mencebik.
Heisy lambat
lagi rupanya aku nak balik Malaysia. Luq mengeleng kecewa.
“Kenapa
Daddy tengok Luq macam orang frust je?” Pergh! Luq dapat rasakan jantungnya
berdegup empat kali ganda lebih laju dari biasa. Dia dapat merasakan bahang
panas terus naik ke kepalanya.
“ Mana ada,”
Luq menafikan ayat Daddynya.
“ My baby
you. Are the reason I could Fly... And cause of you...” Mulut Ira terus ditutup
oleh Luq. Ira meronta-ronta minta dilepaskan.
‘Hisy mesti
buak ni sekodeng aku petang tadi!’ Bisik hati Luq.
“Hei Luq.
Kenapa buat Ira macam tu?” Soal Mummy yang pelik dengan kelakuan Luq. Luq terus
mengangkat kedua belah tangannya sebagai isyarat menyerah kalah.
“Mana ada
Luq buat apa-apa.”Ujar Luq seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sambil
tersengih. Mummy dan Daddy hanya mengelengkan kepala.
“Entah Luq
ni. Aku mana ada cakap apa-apa. Aku nyanyi jer pun. Heh.”Ira berkata perlahan
tapi masih boleh didengari oleh Mummy.
“Cakap?
Cakap apa?” Luq terus meraup mukanya. Ira pula terus menutup mulut dengan tapak
tangannya sendiri. Luq berasa pelik. Kenapalah malam ni Mummy dengan Daddy dah
macam detektif?
_____________________________________________________________________________________
10 tahun lalu,
Seorang
budak perempuan berlari-lari kecil mendapatkan Danial. Dia mengeluarkan sepucuk
surat dari poket baju pinaforenya dan diletakkan di atas telapak tangan Danial.
“ Danial.
Tolong bagi surat ni dekat Luq. Ada budak lain bagi. Aku nak pergi tandas ni.
Tak tahan dah.” Ujar budak perempuan itu lalu terus berlari ke tandas yang
tidak jauh dari situ.
“Oh. Okey.”
Danial terus
membelek-belek sampul surat kecil itu. Danial menghidu-hidu surat itu. Wangi.
“Sah. Ni
mesti surat cinta. Luq... Luq... Dahsyat betul engkau. Nak bukak ke tak? Nak
bukak ke tak?”Danial menggaru-garu kepalanya. Hati kecilnya menyuruh dia
membuka surat itu dan membaca isi surat itu. Tapi.... Argh tunggu Ash keluar
dari tandaslah.
Pap.
“Oi Luq. Kau
ni memang suka buat aku terkejutkan.”Marah Danial kepada Luq. Luq
tersengih-sengih.
“Dari tadi
aku tengok kau tengok tandas budak perempuan. Lepas tu pegang surat....
Heeeee......” Luq bercekak pinggang.
“Surat cinta
ek? Tak sangka aku kau boleh dapat surat...” Danial terus menayangkan surat itu
di hadapan muka Luq.
Kepada: Luq J
“Sekarang
kau cakap... Surat ni untuk siapa.” Danial terus gelak terbahak-bahak bila Luq terus merampas surat itu dari tangannya. Tangannya dipaut pada tengkuk Luq tetapi terus
ditolak oleh Luq.
“So sweet.”
Sekali lagi Danial tergelak besar.
“Syuh-syuh.
Aku nak baca surat ni. Blahlah kau.”Marah Luq.
“ Ok. Luq
tadi surat tu Ash bagi dekat aku. Lepas tu dia pergi tandas. Dia kata ada orang
lain bagi. Ntah-ntah dia tak?” Ujar Danial sambil memandang Luq dengan
pandangan yang mencurigakan. Kemudian dia terus berlari meninggalkan Luq.
“Ash?
Takkanlah.” Luq membelek-belek surat itu.
“Kejap. Ni
bukan tulisan Ash. Pasti! Tulisan Ash buruk giler. Bila masa pulak tulisan dia
jadi cantik. Hahaha.”Bahagian tepi surat itu terus dikoyakkan.
Luq membaca
baris ayat di dalam surat itu. Pendek sahaja. Tapi ayat itu membuatkan dia
tergelak besar.
Aku sayang kau.
I love u.
Aishiteru.
Hadirnya dirimu
Bagaikan bintang yang menerangi
malamku
Menghiasi gelapnya langitku
Aku pula hanya bayang-bayang gelap
Yang hilang apabila diterangi terang
cahayamu
Akan aku sentiasa ingatkan dirimu
Kerana namamu telah terpahat di hati
ini.
Peminat rahsia
“ Siapalah
peminat rahsia aku ni?” Luq menggosok-gosok dagunya. Luq ternampak Ash keluar
dari tandas dan datang menghampirinya. Surat itu segera dimasukkan ke dalam
poket.
“Surat tadi
tu tulis apa?” Soal Ash. Luq mengelengkan kepala.
“Surat
lawak.”
“Surat
lawak?” Ash mengerutkan dahinya. Luq menganggukkan kepalanya. Bibir kecilnya
tersengih lebar.
“ Nak
tengok.”
“Tak boleh.”
“Kenapa?” Ash
masih tidak berpuas hati dengan tingkah Luq.
“Sebab...
Sebab... Hah. Sebab surat ni untuk aku. Bukan untuk kau.” Luq terus berlari dan
Ash mengejarnya. Luq berhenti di tong sampah.
Tangannya
terus mengeluarkan surat cinta itu dari poket seluarnya dan mengoyaknya. Luq
terus tersenyum puas.
“Kenapa kau
koyak?”
“Sebab aku
tak nak kau atau siapa-siapa baca.” Luq berkata bersahaja sambil mengatur
langkah ke kantin.
“Oh...” Langkah
Ash terus terhenti. Luq memandang Ash dan menunggu dia menghabiskan ayatnya.
“ Okey. Bye
aku nak pergi ke tandas kejap. Kau pergilah dulu.”Ujar Ash terus meninggalkan
Luq.
Pelik.
“Bukan tadi
dia baru pergi tandas ke? Musykil musykil...” Luq terus mengatur langkahnya ke
kantin yang telah terhenti sambil menggook-gosok dagunya.
Sementara Ash
di tandas...
‘Sampai
hati... Sampai hati kau koyak surat aku, Luq.’ Mata Ash mula berkaca. Dia terus
membasuh mukanya dengan air. Betapa sakitnya hati dia bila dia melihat Luq
mengoyak surat yang ditulisnya hingga menjadi cebisan-cebisan kecil di
hadapannya. Kemudian Ash mengeleng-ngelengkan kepalanya.
‘Tak. Luq
tak jahat. Aku yang bodoh. Kenapalah aku tulis surat itu?’Ash menggengam
penumbuknya. Dia masih ingat. Dia curi-curi tulis surat cinta itu selepas emak
dan bapanya tidur. Mujur dia sudah mengagak segala kemungkinan yang akan
berlaku.
Sebab itulah
Ash menukar bentuk tulisannya berlainan dari tulisan kebiasaannya. Sekali lagi Ash
membasuh mukanya dengan air.
“
Sekurang-kurangnya dia tak tahu siapa yang tulis surat tu. Nasib baik aku tak
tulis nama aku.” Ash tertawa kecil sebelum meninggalkan tandas. Dia
mengetawakan kebodohan dirinya sendiri.
Luq melihat Ash
melangkah ke arahnya dengan sebungkus nugget di tangannya. Seperti biasa Ash
akan rehat bersama-sama dengan Luq dan Ira yang ketika itu baru darjah satu.
Luq
menjeling ke arah Ash yang duduk di sebelahnya yang mengunyah nugget seperti
biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Luq melihat Ira dan Ash berbual seperti
biasa.
Seperti
biasa!
‘Dia ni tak
jelous ke aku dapat surat tu?’Sekali lagi Luq menjeling Ash sebelum menyambung
kunyahan roti yang dibelinya tadi.
‘Ash... Aku
tak nak bagi kau baca surat tu sebab aku tak nak bagi kau sedih. Aku...’Luq
melihat nugget Ash sudah tinggal lagi seketul. Sedangkan roti di tangannya
masih berbaki lebih dari separuh.
‘Ash... Aku
suka kau ke?’ Bisik hati Luq sendiri.
______________________________________________________________________________
Luq meletakkan tangannya di atas
kepala. Bilah kipas yang berpusing laju masih tidak dapat menyejukkan tubuh
Luq.
“Tinggal
lagi dua hari jer Luq. Sabar Luq.” Luq tersenyum sendiri. Hatinya gembira.
Sangat gembira sebab dia akan pulang semula ke Malaysia lagi dua hari. Tapi dia
juga dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Kenapa?
______________________________________________________________________________
“Yo Mat
Jelly!” Suara yang dirindui Luq membuatkan kepala Luq terus terangkat. Namun
tidak lama. Luq terus memuncungkan mulutnya dan memandang ke luar tingkap.
Kerusi di hadapan Luq ditarik dan
dipusingkan ke arah Luq.
“Alamak....
Dasar kau ni Mat Jellylah. Cepat sangat merajuk. Kalah aku. Aku jugaklah yang
kena pujuk kau . Nah denda aku sebab buat kau merajuk.” Ash menghulurkan
aiskrim Cornetto kepada Luq. Luq mengecilkan matanya.
Tangannya
pantas mencapai aiskrim di tangan Ash. Terus Ash tersenyum lebar. Senyuman yang
membuatkan hati Luq berdebar kencang.
“Kenapa kau
lambat? Lama aku tunggu tau!” Soal Luq dengan nada merajuk sambil menjilat
aiskrim.
“Saja.”Bulat
mata Luq mendengar jawapan yang keluar dari bibir Ash.
‘Sabar Luq.
Dia nak test kau je.’Luq cuba menyabarkan hatinya.
Mata Luq
menjeling ke arah Ash yang sedang menongkat dagu melihat dirinya. Seragam
sekolah menengah yang tersarung di tubuh Ash membuatkan diri Ash kelihatan
lebih kecil. Entah kenapa.
“Woi budak
kecik. Mana aiskrim kau? Kenapa kau tak makan?” Soal Luq setelah menyedari Ash
tidak makan aiskrim.
“Saja.” Luq
mengerutkan dahinya.
Kenapa budak
kecik ni lain macam je?
Ash
tiba-tiba terus berdiri. Tiba-tiba dia menggosok-gosok rambut dan mencuit
hidung Luq.
“Eh?”Ash
hanya tersenyum. Dia melangkah menuju ke pintu kelas.
“Bye.”Ujar
Ash sambil melambai ke arah Luq. Luq masih membisu.
“I love you.”Terus Ash membuat flying kiss
kepadanya.Mata Luq terkebil-kebil melihat kelibat Ash yang berlalu pergi.
Luq
menyentuh rambut dan hidungnya.
‘Dia... Dia
suka aku ke?’ Muka Luq terus memerah.
‘Tapi...’Luq
memegang dagunya. Mukanya jelas dengan kehairanan.
“Kenapa dia
pegang aku?Aku bukan mahram dia.” Tanpa sedar, Luq terus menampar mukanya
sendiri.
“Ouch.
Hehehe...” Luq tergelak sendiri. Tiba-tiba ada benda sejuk di atas seluarnya.
Mata Luq terus membulat.
“Makkkk ...
Aiskrim aku dah cairrrr!”
Dush.
“Apa
aiskrim-aiskrim hah? Banyaklah kau punya aiskrim. Air liur yang meleleh. Tak
malu.”Marah Ira.
“Astaghfirullah”
Mimpi rupanya Luq. Alahai....
Mummy dan
Daddy terus menggelakkan Luq. Kali ini
Luq juga ikut ketawa.
“Eleh mimpi
pasal aiskrimpun nak gelak ke?”Soal Ira. Tak pernah abang dia gelak kalau kena
gelak. Merajuk lagi adalah.
Luq
menjeling ke arah Ira.
“Kau jeles
apahal?”Ira hanya mencebikkan mulut mendengar ayat yang dikatakan Luq.
‘I love
you.’
‘I love
you.’
‘I love
you.’
Luq
menongkat dagu di tepi cermin tingkap kereta. Dia melihat banyak kereta
bergerak di atas jalan raya apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Ya,
kini dia sudah pulang ke Malaysia.
‘Ash. Kau
memang buat aku angau. Itu kau baru cakap dalam mimpi. Kalau aku dapat dengar
kau cakap....’ Sekali lagi Luq tersenyum sendiri. Namun senyum itu tidak lama.
Dahinya pula berkerut.
‘Ehhh....
Tak logik betul mimpi aku tadi. Kan kita orang dah habis sekolah. Apalah aku
ni...’ Terus Luq menepuk dahinya sendiri.
______________________________________________________________________________
“Takkanlah...”
Ujar Luq hampir menjerit. Dia tak percaya. Tak percaya!
“Luq sabar
Luq... Sabar.”Pujuk Mummy sambil memeluk Luq. Mummy dapat rasakan suhu tubuh
Luq berasa benar-benar panas. Ira pula hampir menangis apabila mendapat tahu
Ash kemalangan dan sedang koma.
“Mak cik
tahu Luq kawan baik Ash. Luq... Ira... Tolong doakan Ash ya.”Pinta Mak Ash.
Mummy mengangguk lalu menyentuh bahu Mak Ash sebagai tanda simpati atas
kejadian yang telah terjadi kepada Ash. Ira memeluk Luq.
Mereka masih
tidak percaya. Ibarat bermimpi. Luq mengetuk rumah Mak Ash tetapi tiada
jawapan. Tiba-tiba Mak Ash berada di belakang mereka dan memberitahu mereka Ash
sedang koma.
Daddy pula
sedang berbincang sesuatu dengan ayah Ash. Kelihatan Daddy sesekali
menganggukkan kepalanya.
“Tadi...”Semua
memandang ke arah Luq.
“Luq mimpi
Luq jumpa Ash.” Luq terdiam seketika sebelum menyambung katanya.
“Dia pujuk
Luq.”Air mata mak Ash sudah tidak tertahan apabila mendengar ayat Luq itu.
“Dia...”
Tangisan Ira yang semakin kuat menghentikan kata-kata Luq.
Mak Ash
menghampiri Luq dan Ira. Dia memeluk kedua-dua insan itu dengan seerat mungkin.
“Malam ni
korang rehat dekat rumah. Besok kalau Luq dengan Ira sudi, jenguklah Ash dekat
hospital ya.” Ira menganggukkan kepalanya.
Luq
memandang ke arah ayah Ash.
“Macam mana
Ash boleh kemalangan?” Soal Luq. Dia ingin tahu. Kenapa? Kenapa Ash boleh
kemalangan.
Namun, belum
sempat ayah Ash berkata, kedengaran suara azan dari masjid berdekatan.
“Balik dulu.
Lepas Isyak nanti baru pakcik cerita.”Ayah Ash berkata.
______________________________________________________________________________
“Ash.” Luq
rasa tidak sanggup melihat wajah Ash yang lebam-lebam. Ingin sekali dia
menyentuh wajah itu namun dia masih tahu batas mereka.
“Luq.”Mata
Luq terus memandang ke arah Ira.
“Jom kita
cari hadiah yang Kak Ash nak bagi tu?” Ajak Ira. Dia masih ingat kata-kata mak
Ash malam tadi.
“Dia kemalangan sebab dia kena ragut. Dia
sebenarnya baru lepas belikan hadiah untuk Luq. Lepas dia beli hadiah tu terus
dia bagi tahu kat makcik. Dua hari sebelum tu sebenarnya Ash demam teruk. Tapi semalam
tak tahulah kenapa dia degil sangat nak carik hadiah untuk Luq.” Terus wajah
Luq berubah mendengar kata-kata Mak Ash. Hatinya terasa sangat sakit.
“Tapi
kami tak salahkan Luq.”Sambung mak Ash. Ayah Ash menganggukkan kepalanya.
“Jadi
Luq jangan rasa bersalah. Tolong jangan salahkan diri Luq.” Luq masih
menundukkan wajahnya. Ira hanya memandang abangnya.
“Luq?” Ira
memegang tangan Luq. Luq terus tersentak.
“Jom cari?”
Ajak Ira sekali-lagi.
“Mesti Kak
Ash kecewa bila dia tahu hadiah dia bagi hilang,kan?”Pujuk Ira. Pantas Luq
mengangkat mukanya.
Ya, dia tak
mahu menghampakan Ash lagi. Cukuplah dulu dia pernah mengoyakkan surat
pemberian Ash dulu.
Luq memandang
Mummy, Daddy, mak Ash dan ayah Ash bergilir-gilir. Mereka semua mengangguk
sebagai isyarat bersetuju. Luq sempat menjenguk Ash sebelum meninggalkan
kawasan hospital.
______________________________________________________________________________
“Argh...
Mana hadiah tu? Luq rasa hadiah tu ada lagi ke kat sini?”Ujar Ira sambil
mengelap peluh di dahi. Matahari sudah naik meninggi. Sudah berejam Luq dan Ira
mencari hadiah Ash, tapi masih tak jumpa.
Luq
melangkah perlahan ke sebatang pokok yang rendang dan duduk berteduh di situ.
Dia memejamkan matanya dan cuba membayangkan kejadian ragut yang menyebabkan
Ash koma.
Tanpa sedar
dia menyebut nama itu. Di dalam hatinya dia berdoa supaya dia jumpa hadiah
pemberian Ash. Tiba-tiba bagaikan ada bayangan imej yang dapat dilihatnya.
Luq terus
berdiri dan menyambung pencariannya semula. Ira juga menyambung semula mencari
hadiah itu.
“Ira. Sini
aku dah jumpa.” Jerit Luq. Ira terus berlari ke arah Luq. Bulat matanya melihat
bungkusan plastik di tangan Luq. Tangan luq mengeluarkan objek di dalam plastic
itu.
Baju.
“Pink?”Luq
seolah-olah tak percaya. Warna pink bukan warna kegemarannya. Badan Ira sudah
bergerak-gerak akibat menahan ketawa.
Mata Luq
tajam menjeling Ira.
“Kalau nak
gelak tu gelak ajelah.” Muncung Luq sudah kedepan.
“Dia nak
test aku ni... Sebagai anak jantan, dugaan ini tersangatlah kacang.”Sambung Luq
sambil ketawa. Ira juga mengeleng-ngeleng kepala melihat abangnya yang gembira
mendapat pemberian dari Ash. Baju itu dikucup berkali-kali oleh Luq.
“Mana tau
hadiah tu dari Kak Ash?”Soal Ira. Tangan Luq menunjuk sehelai resit. Tarikh Ash
kemalangan. Ira mengangguk berpuas hati.
Mereka terus
ke motor dan pergi ke hospital semula.
Pencarian
sudah tamat.
______________________________________________________________________________
Dua minggu.
Dua minggu
Ash koma.
Dua minggu
itu, setiap hari Luq akan pergi ke hospital.
Melawat Ash.
Melihat
wajah Ash.
Hati Luq
sakit setiap kali melihat mata Ash terpejam setiap kali dia melawatnya.
“Budak kecik.
Cepat bangun. Kalau tak bangun aku carik makwe lain. Melepaslah kau tak dapat
nak tengok kening Ryotsu aku ni.” Bisik Luq di tepi telinga Ash.
“Yuhuu...
Hari ni hari jadi aku. Aku nak kau bagi aku katak macam tahun lepas. Hehee.”
Ash masih
diam. Koma.
“Budak
kecik. Sampai hati kau bagi aku baju warna pink. Kau tau aku tak suka kan? Kau
ni saje je.” Luq mengulum senyum.
“I love you
Ash.” Luq tersengih sendiri.
“Lepas ni
aku nak kau bangun dan kau kena cakap I love you kat aku jugak. Hahaha.”
“Ash. Bangun
tau. Kita orang semua ada kat sini. Kita orang tunggu kau. Aku tunggu kau.”
“Luq.”Terus
Luq memandang ke arah Ira di belakangnya.
“Mummy dengan
Daddy datang kejap lagi. Mak ayah Kak Ash tak dapat datang hari ni sebab ayah
Kak Ash demam.”Luq hanya mengangguk mendengar kata-kata Ira.
“Luq. Happy
birthday.”Luq hanya memberi senyuman tawar mendengar ucapan itu dari Ira.
Apalah ertinya dia menyambut hari lahirnya
sedangkan ada orang kesayangannya sedang terlantar koma.
Suasana
kembali sepi. Jam di wad baru pukul tiga petang. Luq mengeliat kecil. Sudah
sejam dia di situ menemani Ash rupanya. Ira pula asyik membelek majalah yang
baru dibelinya sambil duduk di sebelah katil Ash.
“Luq...”Mata
Luq dan Ira terus memandang Ash lalu tersenyum. Akhirnya!
______________________________________________________________________________
***Nota penulis
Sebenarnya cerita ni aku pernah tulis dalam blog lama aku.
Cerpen ni sangat sangat sangat istimewa bagi aku. Sebab cerita dalam cerpen ni ada kaitan dengan aku. Watak Mat Jelly kacukan Indon
dengan Thailand memang wujud. Itupun kalau dia tak tipulah. Kisah surat
cinta. Sangat gila kan? Oh, lupa pula.
Jangan pula korang ingat Mat Jelly tu hero dalam hidup aku. Aku cuma suka
karakter dia. Hahaha. Aku masih ingat lagi ada sorang kakak comel ni, nama dia
Kak Asyu dan dia pernah suruh aku buat sambungan. Kak Asyu, I ingat lagi tau!
Hrmm... Kena tunggu ilham ni. *gelak lagi*. Jenab pulak, nantikan hadiah istimewa dari aku nanti!
♪ Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪